Monday, December 15, 2014

mutiara yg mengalir...

Assalamualaikum...

" Korang adik beradik manja sebab mak ayah terlalu manjakan korang sangat." <--- ayat daripada seseorang yg dirahsiakan namanya sebab aku dah tak ingat siapa yg cakap macam nie dekat aku. Yg aku pasti, orang tu kenal kami adik beradik dan kenal mak ayah kami.

Hari nie aku nak jawab ayat dekat atas tu...
"Ya, memang aku manja. Bukan aku je, adik beradik aku pun semua manja-manja sebab mak ayah kami layan kami dengan cukup kasih sayang. Tiada yg kurang dalam didikan mereka. Pernah je kami dimarah, dipukul, dikurung, dihambat, dirotan tapi saat kami membuat @ mendapat sesuatu yg cemerlang dan membangakan... kami akan dihargai... Walaupun hanya mendapat tempat pertama dalam pertandingan silang kata peringkat darjah 6 kami masih diraikan. Sekadar saguhati pertandingan coral speaking tetap disambut. Hanya berjaya dapat kredit dalam SPM dengan satu A, masih juga diberi kata semangat. Tiada apa yg kurang dengan layanan mak dan ayah...

Sepuluh orang terlalu ramai untuk diberi perhatian dan terlalu banyak ragamnya. Melihat mak macam mana berusahanya tidak membeli dan memakan rambutan didalam rumah hanya kerana anak sulungnya tidak suka rambutan. Saat hari raya korban, ayah masih ke kedai mencari ikan, udang, sotong dan ayam hanya kerana anak tengah-tengahnya tidak makan daging. Saat adik beradik yg lain inginkan satay, mak dan ayah turut membelikan nasi goreng ayam khas buat anaknya yg tidak makan satay. Diwaktu teringin memakan buah mata kucing, dicuba elakkan memakannya saat anak lelaki kedua mereka ada dirumah. Setiap hari akan ada sahaja lauk kicap walau pun jemu namun menu itu seolah-olah wajib ada setiap hari kerana si gadis kecil sukakannya. Sentiasa dibelinya keledek dan jagung, kesukaan anak lelaki kedua bongsu dan anak gadisnya ketiga. Kari ayah yg dimasak tidak terlalu pedas walaupun hakikatnya semua yg dewasa sukakan pedas demi menurut citarasa anak lelaki bongsu mereka. Paling tabah, mak dan ayah terpaksa sembunyikan telur dan berpuasa daripada makan telur hanya kerana tidak mahu anak gadis kesayangannya mengamuk (that me....hihihi).

Sebab didikan yg sempurna itulah aku cepat menitiskan mutiara jernih air mata ini saat diri terasa sangat tertekan dan marah. Kemarahan yg teramat sangat boleh membuatkan aku menangis teresak-esak seperti babi yg baru lahir kelaparan susu. Saat terpaksa menanggung sakit walaupun hanya demam dan selsema juga boleh membuatkan aku menangis. Oh, manjanya diri ini... kerana aku memang terbiasa dimanjakan...

Nota: Sayang mak abah sampai bila-bila. Semoga aku boleh menjadi sesabar dan setabah mak dan abah yg sabar dan tabah melayan kerenah anak-anaknya... Abah lagi sabar sebab nak kena layan kerenah guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, anak-anaknya, cucu-cicitnya dan saudara maranya... Saya bangga ada Mak & Abah yg penyayang...

Sunday, November 30, 2014

Kata2 Sampah

Assalamualaikum...

Eee....geram... geram... geram...
Geramnya bila orang tak bagi semangat, cubalah bagi semangat sikit pada orang lain. Hidup mereka bukan sama dengan hidup kamu pun. Jadi, tolong bagi semangat pada dia. Yakinkan yang dia boleh buat. Kau memang bagus tapi kau kena yakin dengan kebolehan dia juga.

Seribu kali duk cakap benda yang sama. "kena belajar, kena belajar..." Tapi, kau tak pernah pun ajar dia. Sampai bila dia nak belajar kalau kau tak ajar dia?

Jangan jadi bodoh dengan hanya pandai mengeluarkan kata-kata kosong. Aku penat nak dengar benda bodoh yang kau selalu keluarkan. Kenapa aku nak kena dengar benda-benda sia-sia dari kau kalau aku boleh belajar banyak benda dengan tidak mendengar kata-kata kau...

Nota: "Jangan duk sibuk cakap benda yang kosong je sebab bukan semua orang rela nak dengar hang cakap!!!" --->marah+sakit hati

Wednesday, November 26, 2014

Hati...

Assalamualaikum....

Lama juga rasanya jari ini tidak menari-nari di keyboard handphone, maklumlah sejak dah start ada pelajar nie... tungang langgang rasanya hidup ini... sibuknya, hu...macam dah tak wujud erti rehat....<--ayat poyo

Nie baru ada masa sikit nak menaip. Maklumlah hati tengah bunga2 sebab tu terus nak menulis nie....hihihi....

Macam mana nie??? Aku dah mula jatuh cinta nie... Bila tak dapat mesej dari dia satu hari rasa sunyi sangat, bila call2 dia tak angkat rasa kelam je hari, bila dapat call dari dia pula rasa happy sangat2...

Macam nie rupanya orang bercinta. Indah terasa saat ini. Ada orang yang akan merindukan kita dan ada orang yang boleh kita rindu. Walau tanya kabar dah cukup buat aku happy satu hari... Indahnya percintaan itu rupanya, tapi dalam indah ada bahayanya... Semoga cinta ini terpelihara sehingga tiba saat halalnya nanti...

Catatan indah:
"Duit untuk kawen dah cukup. Nak kawen?" FAA.
"emmm...." aku.
(Tahniah, abg memang hebat buat saya terdiam dan tidak terkata)

Sunday, November 16, 2014

TOLONG INGATKAN AKU

Assalamualaikum...

Khas buat awak, ya awak... awaklah siapa lagi... kenapa nak pelik pulak, memang saya maksudkan awak... Yup, awak... kalau bukan awak siapa  lagi... Awak je yang sudi baca post nie kan... Jadi, saya tulis nie untuk awak...

Awak, saya nak minta tolong dengan awak. Awak boleh tolong nasihat dan ingatkan saya tak? Saya selalu buat salah, saya cepat lupa, saya tak sempurna, saya nakal dan susah nak diduga.... Saya ada awak je untuk sentiasa ingatkan saya...

Note: En FAA selalu juga mengingatkan diri ini. Dia tegur dan nasihat dengan elok dan kena caranya membuatkan diri tidak terasa... Ok, mungkin sebab bunga2 mengembang di taman hati...sebab tu semua nasihat dan tegurun dapat diterima dengan elok...hihihi...

Wednesday, October 15, 2014

KAIN FELT & BENANG...

Assalamualaikum...

Hobi masa lapang, gunakan kain felt yang ada untuk buat sesuatu. Tapi tiba-tiba je teringat dekat abah bila aku nak masukkan benang dalam jarum. Terimbas kembali kenangan lama dengan abah. Abah rabun dekat, jadi tak nampak nak masukkan benang dalam jarum. Tapi abah sangat suka menjahit terutama benda yang simple2.

Bila sampai bahagian masukkan benang, abah akan suruh anak2 dia buat. Satu hari tu, abah suruh adik aku masukkan benang dalam jarum tapi adik aku pula ada perkara lain nak buat. Lepas tu, abah cakaplah... nanti masukkan benang nie dalam jarum. Beberapa minit kemudiaan aku nampak abah tidur dekat depan pintu. Aku tanya adik aku kenapa abah tidur depan pintu? Lepas tu dia baru teringat, abah minta tolong dia masukkan benang dalam jarum.

Kasihan abah tunggu anak dia masukkan benang dalam jarum sampai tertidur depan pintu. Abah memang suka buat kerja depan pintu sebab terang katanya. Tapi abah tak marah pun anak dia, cuma kitaorang rasa serba salah je...

Rindu abah sangat2... Bila call abah mesti abah tak angkat, mak je yang tolong angkatkan. Bila time aku nak balik kampung, bukan main excited abah call tanya nak gerak pukul berapa, naik bas apa, pukul berapa sampai... tapi, bila nak balik kl balik...abah cuba lambat2kan masa...  Comel betullah kelakuan abah bila ingat balik...hihihi...

Rindu...14x
Rindu abah, rindu mak...
Rindu my family...

Sunday, September 21, 2014

Soalan yang tiada jawapan...

Assalamualaikum...

Hello... hello... hello... Nie ada satu cerita panas... panas dan panas sangat... nak tau kenalah baca...(sila baca ayat di atas dengan gaya mak cik - mak cik bergosip ya...)

Semalam tak boleh tidur, mungkin sebab otak nie dah set yang hari nie cuti. Waktu tengah baca post- post dekat fb, tiba-tiba terfikir nak baca balik post-post En FAA sebelum aku kenal dia.

Bermula dengan 2 tahun 2009, dia banyak je post. Bila tengok post dia, baru tahu yang dia sangat-sangat mencari cinta. First love dia rasanya, sebab tu dia susah sangat nak lupakan gadis tu. Kalau ikut post dia, dalam tahun 2010 dia putus dengan girl tu. Tapi, macam...girl tu yang tinggalkan dia je... Kalau ikut cerita dia...emmm....ok, aku dah lupa. Dia cerita dekat aku waktu aku penat baru balik kerja dengan jalan yang jem menyakitkan hati...mana aku nak fokus dengan cerita dia...hihihi sorry...

Sepanjang tahun 2011 dan ke atas, dia terus mencari cinta. Tapi boleh nampak dia berubah dari tahun je tahun melalui apa yang di postkannya saban hari... Oh ya, jumpa blog dia tapi... blog yang dah lama tinggal umpama rumah usang di tengah hutan (tu dia perumpamaannya).

Aku mula terfikir, ada ke orang yang usha fb aku? Kawan lama atau mungkin secret admire? Hahaha.... buget hotkan...(perasan je)

Note: Tadi dia cerita, semalam dia pergi kenduri kawen dengan kawan baik dia. Kawan baik dia baru 10 hari dapat baby. Dia cakap, kawan baik dia excited sangat dapat baby sampai dia jeles...
Aku terdiam tiada apa yang mampu aku tolong kemudia aku membalas... "perancangan Allah adalah yang terbaik..."

Tuesday, September 16, 2014

Hobi part time...

Assalamualaikum...

Sekarang dalam proses nak lapangkan masa layan hobi part time nie. "Kenapa part time?" "Sebab...hobi aku sekarang mesej @ whatsapp dengan EnFAA jadi hobi baru nie hanyalah part time hobi aku..." ----> kelas gitu...jawapan dia...

Oklah, semalam tiba2 terfikir nak buat craft felt. Lepas tu teringat yang ada seorang sahabat nie nak nikah bulan 10 nie. Birthday En FAA pun bulan sepuluh. Lepas tu terus mesej2 sahabat nie. Tanya, dia nak bunga tangan tak? Kalau nak bolehlah I buatkan.

Dan hasilnya, tara.... gambar di bawah hasil kerja tangan aku... Baru suku, gam uhu pula dah habis...

Wednesday, September 10, 2014

Cheese cake...

Assalamualaikum...

Minggu nie ada jual2 cake dekat tengah2 Ampang Park. Semalam time lunch, bawalah dua tiga orang member jalan2. Kebetulan, semua pun suka kek jadi memang kenalah. Nak cakap murah tu...taklah juga cuma harganya oklah selepas diskaun.

Harga satu bekas RM6 tapi kalau beli 3 dapatlah RM15. Kira jimatlah RM3. Bagi kami yang kerja makan gaji nie, RM3 itu sangatlah bermakna.

Tadi untuk kali kedua kami pergi lagi. Tapi sayang, pergi lepas lunch... tak dapat nak rasa testers yang ada. Bila orang kedai hulur bagi rasa terpaksa tolak sebab memang sangat kenyang tak boleh nak masuk apa2 dah.

Tadi aku belilah dua kek sebab kongsi dengan akak office. Akak tu nak satu jadi, aku pun ambil 2 nak jimat RM3 tu. Cadangnya satu tu nak bagi En FAA tapi dia busy pula. Jadi, aku bawa balij je dua2 tu makan dekat rumah. Sampai je rumah dalam pukul 5 lebih En FAA call tanya pasal kek dia...

"tadi kata nak bagi kek, tak ada pun atas meja?" ---> En FAA
Amboi, nak kena hantar sampai atas meja... Tak kisah ke satu office tau???
"kek beli ke? Ingat buat sendiri tadi?" ---> En FAA
"Sini tak ada dapur, tak boleh nak buat sendiri..." ---> Miss MOON
"Pandailah nie buat kek?" ---> En FAA
"Emmm...pandai je sebenarnya cuma malas dengan rajin je." ---> Miss MOON
Sorry, sebelum nie pernah cakap dengan En FAA yang I tak tau masak. Oh dear, sorry. Waktu tu saja nak uji U, nak tengok U serius dan ikhlas ke tak dgn I... Sebenarnya...I memang tahu masak tapi tak adalah hebat mana sekadar tahu jelah. Sorry, jangan marah ya...

Thursday, September 4, 2014

My day

Assalamualaikum...

Terlalu banyak benda dan perkara yang ingin diluahkan. Aku mula berkira-kira untuk meluahkannya di fb. 'fb tak boleh, terlalu umun ramai yang akan baca. Nanti ada pula terasa hati' detik hatiku. Kalau insta... 'tapi insta kena letak gambar,  mane boleh dedah-dedah gambar sendiri pada orang sangat. Takut nanti kena santau' bisik hati ini. Oklah, wechat. 'Emmm... wechat nanti officemate baca. Nanti diaorang sibuk je tanya-tanya kenapa...' Tweeter. 'tak boleh, aku dah delete account tweeter...'

Huuu....nak tulis dekat mana nie, nak luah dekat mana nie. Kalau aku simpan seorang, sakit hati ini. Nak tulis dalam buku? Aku tak suka menulis sejak aku mula aktif menaip. Luah pada adik? Dia pun ada masalah sendiri yang tak selesai-selesai. FAA kan ada, cakap dengan dia? Tak nak, tak nak dia tahu pasal masalah aku. Sahabat? Oh, ya... tapi... mereka pun sibuk dengan urusan mereka, tak naklah susahkan mereka fikir masalah aku.

Akhirnya, aku tulis je dalam blog nie apa masalah aku... Masalah aku sebenarnya pening nak tulis dekat mana je. Dan blog adalah tempat terbaik untuk aku menulis sebab aku hanya nak menulis dan tak nak terima sebarang komen atau cadangan saat ini...

Masalah = selesai akhirnya...

Monday, September 1, 2014

Selfish...

Assalamualaikum...

Hello readers... (<--- bajet, macam banyak followers + readers)

Tadi singgah solat dekat surau awam. Surau perempuan itu terletak di tengah-tengah antara surau lelaki dan tandas awam. Sesiapa yang nak ke tandas tak kiralah lelaki atau perempuan perlu melalui surau.

Didalam surau, cermin diletakkan pada arah bertentangan dengan kiblat (belakang ruang solat). Dan pintu pula berada di sebelah kanan cermin. Jadi, kalau tengah betul tudung... buka pintu... memang jelas nampak.

Nak dijadikan cerita, aku tengah betulkan tudung. Lepas tu ada seorang remaja cantik bertudung juga keluar dari surau dengan beg besarnya. Dia buka pintu dan berada di luar surau dengan pintu terbuka menantikan sahabatnya. Aku rasa, dia adalah seorang sahabat yang bagus, setia menanti sahabatnya.

Lepas tu aku pandanglah dia (konon nak bagi signal suruh dia tutup pintu sebab ada kakak sebelah aku nie tidak bertudung lagi). Lepas tu dia buat tak tau je (ok, signal aku tak sampai pada dia). Lepas tu kawan dia pun keluar... (Huu...lega sikit) Tapi sayangnya kawan dia tu lemah,  dia tidak mampu menutup pintu surau itu serapat-rapatnya.

Last sekali, aku cepat2 pakai tudung dan keluar dari surau itu dengan pintu yang rapat tertutup.

'Kamu jaga aurat kamu, tapi kamu terlupa saya juga jaga aurat saya dan dia juga jaga aurat dia serta mereka juga menjaga aurat mereka. Tolong jangan pentingkan diri, kita semua sama2 nak masuk syurga...'

Sunday, August 17, 2014

Detik Terimbas...

Assalamualaikum...

Sedikit detik manis yang tidak ingin dilupakan. Lalu, dikepekatan malam ini... aku menarikan jemariku menaip detik2 itu. Penulisanku ini akan membuatkan aku tidak lupa detik itu...

Detik pertama,
Saat dia menghantar aku pulang dari kerja setelah hampir sebulan lebih kami tidak naik kereta bersama. Hari itu, aku memintanya menghantar aku pulang kerana cuaca hujan. Bagi mengelakkan demam, aku meminta tolong dia menghantarku pulang. Kebetulan dia juga ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan denganku.

Setibanya di pondok pengawal, dengan lancarnya dia sebutkan nombor rumahku. Aku memandangnya terkejut + kagum. Aku bertanya padanya, "abang hafal nombor rumah orang?"
Dia memandang aku sekilas sebelum memulakan pemanduannya sambil berkata, "tak hafal pun... ingat jelah."

Detik kedua,
Aku menelifonnya kerana ada beberapa perkara yang perlu aku conformkan dengannya sebelum majlis kami berlansung. Namun malangnya, kredit aku habis sebelum aku sempat menghabiskan soalan2ku. Beberapa saat kemudian dia menelifonku semula. Katanya, dia ada beli satu no celcom yang sangat jimat. Dia ingin aku guna nombor tu. Dia sebut nombor tu dan nombor itu berakhir dengan 789. Lepas tu dia cakap, "macam kena dengan u, bulan 7 tahun 89. Abang beli nombor nie sebelum kenal dengan u tak sangka kena pula."

Seriously, dia sangat senang menghafal setiap yang berkaitan denganku. Tapi aku, sedikitpun susah nak ingat ape yang pernah dia cakap. Apa yang pernah aku cakap padanya pun belum tentu aku boleh ingat...hihihi...

Nota: Dia akan jadi pengingat yang boleh sentiasa mengingatkan aku. Thanks...

Wednesday, August 13, 2014

Sweet + sentap

Assalamualaikum...

"Jawatan pensyarah tapi tak mengajar, tak rasa ke dapat duit tu..." ---> Ayat yang tersentap sekejap sebab keluar daripada mulut dia.

Benda yang dah selalu aku fikir. Sampai tadi, aku tergerak untuk berhenti daripada meneruskannya. Aku cuba cari tempat lain, tapi aku buntu. Tak tau nak cari dekat mana. Tiba-tiba tadi, waktu call En FAA... dia cadangkan cari dekat melaka.

"Kenape melaka?" aku tanya.
"Asal, dah tak nak duduk melaka dah? Tak puas lagi duduk kl?" jawabnya.
"Emm..." aku tak sempat jawab dia balas...
"Duduk melakalah, dekat sikit dengan mak ayah. Kalau diaorang sakit, kita ada nak jaga."
"Okay..." jawabku sebelum disambung dengan beberapa sebab lain yang membuatkan balik melaka adalah pilihan terbaik.

'Ya, memanglah nak balik melaka tapi tak sangka pula secepat ini... Bukan tak puas duduk kl cuma, terlalu mendadak keputusan En FAA tu. Ingatkan, dalam 2 3 tahun duduk kl baru pindah melaka tapi nampak gayanya macam tidaklah...'

Teringat kata-kata mak beberapa hari lepas. "Lepas nie kena banyak terimalah sebab nampak gaya macam En FAA tu lebih menjaga mak ayah dia." 'Mak... kata-katamu itu betul belaka. Waaa....'

Nota kecil,
Ada hikmahnya aku tergerak untuk berhenti. Ada hikmahnya hatiku tertutup untuk cari rumah sewa lain. Ada hikmahnya aku tergerak nak kerja melaka balik. Ada hikmahnya...

Thursday, August 7, 2014

bunga plastik vs hidup...

Assalamualaikum...

Sabtu lepas waktu majlis pertunangan I dengan En FAA tu... En FAA bawa 5 hantaran yang semuanya cantik digubah menggunakan bunga hidup. En FAA yang buat sendiri semua hantaran itu, okay... Teringat ayat dia waktu kami ambil gambar bersama dengan hantaran. "Nie semua abang buat sendiri. Kretiviti abang dengan tangan sendiri..." Lepas tu aku balas balik. "Yang sana tu pun semua orang buat sendiri juga..."

Ok, memang diakui... hantaran yang dia bagi tu memang vogue giler... Sampaikan kakak sepupu I yang jadi tukang mekap I pun cakap "Uit, tak pernah akak tengok orang bawa hantaran tunang vogue macam nie. Kalah kau nie..." Aku pun balaslah, "Ya ke akak, cantik sangat ke?"

Mak2 saudara dengan sepupu2 yang tengok hantaran tu semua pakat nak ambil sekuntum dua bunga rose yang menjadi bunga gubahan hantaran. Ada yang siap nak ambil bunga tangan yang En FAA buat khas untuk aku. Aku pun cakaplah, bunga yang lain boleh ambil tapi bukan satu jambak bunga rose merah nie ya...hihihi...

Tiba2 kakak aku dapat idea, dia pun cakap... "Dia bagi ko bunga hidup tanda yang cinta dia bukan palsulah." Aku pun balas, "Aku pula bagi dia bunga plastik nak bagitau yang cintaku kekal selamanya, tidak ditelan masa."

Esoknya, waktu pergi rumah dia. Nampak dia letak hantaran sirih junjung yang aku buat dekat atas rak tv rumah dia. Dia boleh cakap pulak, "nak tunggu daun tu layu dulu baru nak buka". Saje je En FAA nak kenakan aku, taulah aku gubah sirih junjung tu pakai daun plastik tak macam dia yang gubah sirih junjung guna daun ori...

Apa2 pun, tak kisahlah maksud di sebalik bunga itu... Semoga hubungan yang terjalin ini diredhai Allah dan semoga ianya kekal hingga ke akad nikah dan membawa ke syurga...

Wednesday, August 6, 2014

Raya di office...

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, kami dekat kolej space tu ada buat sambutan hari raya tapi kecil-kecilan je. Perancang programnya aku, dah aku master dalam bidang pengurusankan jadi aku pun rancanglah satu sambutan hari raya kecil-kecilan dekat pejabat. Tujuannya untuk merapatkan lagi ukhwah semua pekerja di kolej space. Nak memudahkan, aku senaraikan semua makanan yang bersesuaian dengan hari raya. Lepas tu, buat cabutan. Setiap orang  kena bawa makanan berdasarkan cabutan yang dibuat itu. Tak kiralah manager ke, executive ke, assistant exec ke, clerk ke semua tak terkecuali.

Makanan pun tak kisah, nak buat sendiri ke, beli ke, jumpa ke janji makanan tu sama seperti yang telah dicabut undi. Jadi, bila kumpul-kumpul makanan tu semua... jadi banyaklah menu pada hari itu.

Kami mula susun makanan pukul 1 tengah hari, makan mula pukul 1 lebih sikit. Daripada pukul 1 lebih tu, kitaorang open door sampailah pukul 5 masa balik kerja. Sebabkan makanan pun tak berapa banyak jadi kami cuma jemput department yang kecil-kecil je. Kalau nak jemput semua, memang tak cukup makanan yang dibawa.

Disertakan gambar makanan pada sambutan hari raya kolej space di bawah ini.... tara....

Sunday, August 3, 2014

Milik dia...

Assalamualaikum...

En FAA bagi I bunga mawar merah sejambak semalam... wah... terharu sangat. Tambah2 bila dia hulur bunga tu depan2 my family members... So, sweet...

Waktu nak ambil gambar, kitaorang duk jauh2. Lepas tu diorang duk sibuk suruh kami duduk dekat sikit. En FAA bangun duk dekat sikit, tapi still jarak dia dekat setengah depa dengan I. Lepas tu, diorang suruh duk dekatlah sikit...jauh sangat tu... En FAA pun buat isyarat tangan suruh I duduk sebelah dia. I pun bangun duk dekat dia. Tapi sayang I tak ada gambar tu... Kalau nak kena minta dengan En FAA... huhuhu...

Friday, July 25, 2014

akhir ramadhan...

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah nak habis bulan puasa. So, macam mana puasa tahun ini? Ok dari tahun2 lepas atau sama je macam tahun2 lepas... (jawapan mungkin berbeza setiap orangkan...)

Tinggal 2 hari je lagi. Entah kenapa hati ini rasa sedih sangat nak tinggalkan bulan ramadhan nie. Masih banyak yang aku ingin mohon dalam doaku. Masih banyak juga kekurangan dalam ibadahku seharian. Andai aku ditakdirkan mati esok hari...mampukah aku meraih syurgaMU YA ALLAH...

Takutnya aku saat memikirkan kematian yang pasti akan berlaku. Sering tertanya-tanya cukupkah ibadahku selama  ini padaMU. Bagaimana pula dengan mereka yang aku tinggalkan. Adakah aku telah benar-benar menjalankan tanggungjawabku dalam kehidupanku sebelum ini.

Menitis air mata saat teringatkan dosa2ku yang lalu. YA ALLAH, bantulah aku dalam setiap perkara yang aku lakukan dan dalam setiap keputusan yang aku ambil.

Buat diriku: Masih ada 2 hari untuk aku betul2 beramal dan mengumpul pahala... Semoga aku terus istiqamah dalam ibadahku sehinggalah syawal menjelma nanti...

Wednesday, July 16, 2014

Dapat apa yg diberi...

Assalamualaikum....

Sepatutnya, kita akan dapat sesuatu setelah kita beri sesuatu. So, selayaknya orang menyombong dengan kita bila kita start menyombong dengan orang lain. Sekarang decidelah, nak menyombong dekat orang lagi tak???

[benci dengan 4 beradik yang menyombong dengan kami 10 beradik... Kami lagi ramai ok... hahaha....]

Wednesday, July 9, 2014

kursus kawen...

Assalamualaikum....

'Amboi, seronok sangat duk cerita psal kursus kawen dan segala bagai taulah orang tengah bahagia ada en abg...' ----> ayat yg bakal aku dapat tapi tak pa, abaikan je...hihihi...

Ok, nak cerita pasal kursus kawen. Aku sebenarnya dah lama ambil kursus kawen nie time belajar dulu. Waktu tu tak ada terfikir nak kawen pun cuma saja nak ambil sebab nak habiskan masa dengan sahabat2. So, salah satu caranya ialah ambil kursus kawen sebab sahabat2 pun ramai yang amik...

Memang bestlah pergi belajar sesuatu yang baru tapi bila benda tak nak guna so tak adalah fokus mana dalam kelas. Sekarang rasa menyesal pula tak tumpu perhatian waktu kursus tu...

Okay, hasil daripada kursus kawen yang aku pergi bersama sahabat tu hanya satu sahaja sahabat yang datang dengan pasangannya dan Alhamdulillah mereka telah berkahwen tahun lepas. Ada tiga orang lagi sahabat yang juga telah berkahwin tahun lapas, diaorg nie pu join aku sama2 ambil kursus kawen. Yang selebihnya termasuk aku masih single. Tapi tak palah, sijil kursus kawen tu bukan tamat tempoh pu.....hihihi....

[terfikir tulis pasal nie lepas dapat invitation semalam daripada En FAA untuk pergi kursus kawen lepas raya nie. Tapi, tak palah... saya dah ambil kursus kawen nie.... =)]

Tuesday, July 8, 2014

Gabung dua...

Assalamualaikum...

Ok nak cerita sikit pasal kuih raya yg aku jual dan juga yg En FAA jual...

Tak payah cerita pajang2, jom tengok gambar nie...

Sunday, June 29, 2014

ramadhanku...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah berada di dalam bulan ramadhan. Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam...

Antara perkara atau aktiviti yang seronok nak buat ialah....
1) puasa di siang hari
2) taraweh
3) bazar ramadhan
4) moreh
5) buat kuih raya

Nak bagi tau, yup sebelum masuk bulan ramadhan kita kena tengok anak bulan dulu. Ada yang bertanya, kenapa nak tengok anak bulan?
Jawapan dia ialah sebab dalam bulan islam, hari2nya ditentukan oleh anak bulan. Anak bulan akan kelihatan pada setiap 1 hb pada setiap bulan islam. Sebenarnya, bulan2 islam yang lain juga ditentukan dengan melihat anak bulan juga cuma bulan ramadhan di war-warkan kerana bulan ramadhan itu sangat dinanti- nantikan oleh semua umat islam...

Bulan islam bilangan harinya tak sama dengan bulan qamariah (kalender biasa) sebab bulan islam tak sampai 31 hari pun (untuk satu bulan). Bila bulan penuh, itu menandakan yang waktu itu 15 hb dalam bulan islam. Tak percaya? Nanti 15 ramadhan bolehlah luangkan masa 5 minit lepas taraweh untuk melihat bulan penuh di langit.

Nota: rindu ramadhan jadi perlu betul2 menghargainya. Tak nak ia berlalu dengan sia2 meninggalkanku. Takut inilah ramadhan terakhir buatku...

Friday, June 27, 2014

Planning...

Assalamualaikum...

Minggu nie balik kampung sekali lagi. Minggu lepas balik, minggu nie balik, balik jelah kerja aku. Nasib baik kampung aku dekat je...

Kali nie balik dengan kereta sebab adik aku nak baiki kereta tu. Tapi, macam tak sempat je... Esok dah sibuk satu hari sebab keluarga En FAA nak datang rumah. Ahad first ramadhan ada ke kedai kereta yang buka?

Okay, sebenarnya tu bukan point utama nak tulis dalam episod kali ini. Yang aku nak cerita dalam episod ini ialah... aku dah start planning for my wedding event... okay silap bukan my but our... Cadang nak buat sekali dengan adik aku senang... [ jangan tanya apa yang senangnya sebab nanti ia akan jadi essay atau mungkin novel panjang penulisannya]

So, sepanjang balik dari serdang [tempat kerja adik aku] sampailah jumpa jem (selepas hentian sebelah pedas) kami duk sembang pasal majlis kawen. Macam2 yang kami bincangkan. Tak sangka aku akan bercakap pasal benda2 macam nie sebab dulu aku tak fikir pun pasal benda2 nie. Aku ingat mak dan abah akan uruskan segalanya, rupanya tidak... Aku perlu juga terlibat secara langsung sebab majlisnya majlis aku...

Kesimpulannya, kami decide nak nikah dan buat majlis sama2 sebab senang tak perlu nak jemput atau buat majlis dua tiga kali. Buat majlis sekali je untuk dua orang terus... Buat pun ikut kemampuan tak payah nak meriah2 sangat sebab takut riak.

Nota:
Tak tau apa akan jadi esok cuma berharap segalanya berjalan dengan lancar... Langkah pertama sebelum ke gerbang bahagia...

Thursday, June 26, 2014

Dia gula2 hati...

Assalamualaikum...

Bukan dari keluarga yang senang namun dia sangat menghormati mak dan ayahnya. Kasih sayangnya pada mak dan ayahnya membuatkan aku malu dengan diri sendiri. Betapa teruknya diri ini kerana aku tidak sehebat dia dalam menyayangi mak dan ayahku.

Dirinya sanggup berkorban demi adik beradiknya. Sanggup membantu walaupun gajinya tidak sebanyak mana. Berhabis demi keluarga dan menolak tepi semua kepentingan diri sendiri.

Nampak biasa namun sangat kuat ilmu agamanya. Walaupun pendidikannya tidak tinggi mana namun ilmu agamanya sangat kukuh. Menghormati mak dan ayahnya. Sayangkan adik beradiknya.

Saat bertanya, bolehkah diri ini diterima oleh ahli keluarganya. Dia hanya ketawa dan berkata jangan bimbang ahli keluarganya okay semuanya. Tenang hati ini...

nota ringkas:
nak ikut cara belah2 pantai timur walaupun kawen dengan orang belah2 selatan... nasib baiklah aku tak kisah sebab bagus juga, buat ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih risau timbulnya riak nanti...
(belom apa2 dah fikir kawen, hihihi.... perancangan katanya...)

Kejutan dari U

Assalamualaikum...

"Sabtu nie jadi tau"

"Okay"

"Nanti mak, ayah, adik abang, kakak abang dengan abang abang datang tau"

"Ha? Ramainya..."

"Yalah 12 orang..."

"Semua datang ke?"

"Yalah, nak bawa family abang datang kenal family cik bulankan. Tapi tak semua datanglah..."

"Okay..."

[Aku dengan En FAA]

"Sabtu nie dia nak datang umah kita dengan family dia. Mak ayah, kakak, abang dengan adik dia semua datang."

"Ha... baguslah..."

"Cuaklah aku, ramai kut family dia yang datang...."

"Ha'a... ko cakap jelah kat dia, kita buat rumah terbuka terus... Macam hari raya tu... Family dia + family kita, ramai tu..."

"Ha'akan, family kitapun dah lebih 10 orang nie + abang omar dengan anak2 along lagi... Memang boleh buat open house sambut ramadhanlah..."

[Aku dengan adik aku]

Nota:
Bila dua family besar bertemu... apa akan jadi ya? excited + cuak menghitung hari mendatang. Berharap segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...

Wednesday, June 25, 2014

Kasut yg hilang

Assalamualaikum...

"Misi mencari kasut yang hilang. Tinggal sebelah je, entah manalah hilang sebelah lagi. Kepada yang jumpa sila pulangkan..." ----> lebih kurang ayat En FAA untuk status fb dia beberapa hari lepas.

Kelakar pula baca status En FAA nie... siap letak gambar kasut yang tinggal sebelah lagi. Terus buat aku terfikir untuk tulis post nie...

Kasut ada banyak jenis, warna, corak, saiz dan bentuk. Mungkin juga secara tidak sengaja kita terpakai kasut yang sama dengan member kita. Tapi biasanya, kita tak akan ada hanya satu kasut kan... Yalah, kasut sukan lain, kasut pergi jalan lain, kasut masuk toilet lain, kasut pergi kerja lain. Tapi tidak dinafikan, ada juga yang hanya ada satu kasut je. Mungkin keadaan familynya yang tidak semewah orang lain atau mungkin juga terlalu selesa dengan hanya satu kasut itu.

Apa yang aku nak sampaikan ialah...

Kita tidak akan ada masalah yang sama dengan orang lain. Ya, mungkin ada tapi betulkah ianya betul2 sama? Contohnya masalah dengan bos. Si A dan Si B dua2 ada masalah dengan bos mereka tapi jenis masalah tentu tak sama. Si A cakap bos dia selalu cari salah dia. Si B pula cakap bos dia selalu paksa2 suruh buat kerja last minute. So, jenis masalah tak sama walaupun dua2 mereka mempunyai bos yang sama.

Jadi... kesimpulannya, jangan mudah membuat kesimpulan dengan hanya melihat keadaan diri sendiri. Cubalah berada dalam situasi orang itu sebelum nak cakap apa2 pasal orang itu.

Sama dengan kes aku semalam... Aku cakap dr R tu baik tapi kawan2 yang lain semua cakap tak. Aku cakaplah, dari segi percakapan dr R tu nampak dia baik. Penampilan dia juga nampak baik dan sopan. Tapi, semua orang tak puas hati dengan aku. Tiba-tiba aku teringat kembali, mereka boleh berkata begitu sebab mereka pernah bekerja dengan dr R tu. Aku pula? Hanya melihat dr R dan baru mengenali dr R itu. Maka, aku pun terus diam daripada terus membela dan menegakkan pendirianku. (yalah, karang tak pasal2 aku pula yang kena tengking sebab menyebelahi musuh mereka)

Peringatan untukku,
Cubalah try pakai kasut mereka jika aku ingin tahu bagaimana hidup mereka. Jika ia terlalu susah untuk aku terus melangkah, tinggalkanlah kasut itu dan pakai semula kasut aku sendiri sebab aku tidak akan pergi jauh sekiranya aku teruskan melangkah dengan kasut orang lain. Walaupun murah, walaupun buruk, walaupun ketinggalan zaman... namun itulah kasut yang aku ada dan dengan kasut itu juga aku berjaya melangkah jauh...

Notaku:
Sehari selepas En FAA post kasut dia hilang, esoknya dia post balik yang dia dah jumpa sebelah lagi kasut tu. Nampak macam tak guna je kasut tu. Bolehlah simpan pakai waktu kawen nanti.... hihihi....

Tuesday, June 24, 2014

teruji kesabaranku...

Assalamualaikum...

Pesanan tuan rumah;
Entry ini lebih kepada luahan hati penulis yang tidak puas hati dengan pelajarnya.... Jangan baca jika tidak suka sebab penulis akan tulis sesuka hatinya kerana penulis menulis dalam keadaan marah dan sakit hati.... tq

Eee.... sakitnya hati aku.... Kau boleh complain pasal aku dekat orang atas maca kau tu bagus sangat. Buat assessment macam sampah. Aku dah tolong kau bagi clues untuk jawab pun kau masih buat ala kadarkan.

Mentang-mentanglah dia masuk kelas tu free, company yang bayarkan... hai....sakit betul hati nie. Nak aja aku buang nama dia.

Kau ingat kau dah cukup bagus? Dalam kelas bila aku tanya ada masalah ke tak, kau diam... Siap suruh aku teruskan kelas.... Bila suruh hantar assessment, sampah yang kau hantar kan.... Kalau tak tau nak buat tu terus tanyalah, jangan bagi alasan sibuk nak mengelak buat assessment....

eeee... .nasib baik kau bukan depan biji mata aku kalau tak aku dah baling kertas jawapan kau nie dekat muka kau.... Sakitnya hati nie dapat pelajar macam kau yang bujet bagus dalam kelas....

Kau sorang je yang masalah dalam kelas tu dan kau sorang juga yang tak tahu nak hormat pensyarah.... Oooooo.....mentang2lah aku nie muda, tak ada pengalaman bolelah kau main2kan... Kau ingat aku tak ada kuasa ke ha? Jaga kau....

" Dengan kuasa yang aku ada, aku akan reject kau punya assessment.... BUAT BALIKKKKK!!!!!"

Hu, puas hati aku dapat menulis pasal kau. Untunglah, kau jadi sumber inspirasi untuk aku menulis di blog... Senget....

Wednesday, June 18, 2014

Ingat sejenak...

Assalamualaikum...

Pejam mata kejap, cuba imbas kembali saat2 getir yang pernah korang lalui suatu masa dahulu... Lepas tu, cuba ingat balik siapakah mereka2 yang setia berada di sisi ketika itu... Senyum dan bersyukurlah...

Ambil masa beberapa minit untuk kenang kenangan semalam yang berlalu. Siapakah yang tenangkanmu saat kamu sedih dan terluka... Senyum dan bersyukurlah...

Terlalu mudah untuk ucapkan ucapan sibuk itu saat mereka memerlukan sedikit perhatian daripadamu, sangat menyakitkan untuk mendengar ucapan sibuk itu saat diri sendiri memerlukan teman berbicara...

Susah dan senang kita tidak berlaku dalam suatu masa yang sama supaya kita berpeluang untuk tunjukkan keikhlasan kita saat dia perlukan kita dan saat kita perlukan dia...

Fikirkanlah, perlukah kita bermegah dan berbangga dengan kejayaan yang kita kecapi kini sedangkan mereka2lah yang membuatkan kita berada dimana kita berdiri kini. Sedikit keceriaan yang dia berikan pada kita dahulu terus kita lupakan sedangkan saat ini dia sangat perlukan keceriaan itu. Berilah semula keceriaan yang pernah diberikannya suatu masa dahulu  saat dia perlukannya...

Siapakah mereka itu yang sentiasa berada di belakang kita?

Mereka ialah orang2 yang menjadi watak sampingan dalam kisah hidup kita saat kita merupakan watak utama atas pentas dunia...

Mak cik cleaner mungkin tiada kaitan dalam hidup kita tapi dia yang membuat kita rasa gembira kerana kita dapat gunakan tandas dalam keadaan bersih. Ya, pemotong rumput juga bukan orang yang penting dalam kisah hidup kita tapi dia yang buat kita rasa selamat untuk berjalan diatas rumput yang telah dipotong pendek. Mungkin nelayan bukan pekerjaan yang hebat tapi merelah yang telah korbankan nyawanya untuk tangkap haiwan di laut...

"Sekarang, apa sebab untuk engkau bangga, bongkah dan tinggi diri? Selagi kau perlukan orang lain untuk kau teruskan hidup selagi itulah kau perlu merendah diri dan bersyukur..."

Nota: Ingatan buat diriku yang sentiasa terlepas pandang perkara2 penting ini.

Tuesday, June 17, 2014

hari bapa

Assalamualaikum...

Khas buat abah, my best friend...

Dua tiga hari lepas, aku tengok ramai betul orang tulis dan update status berkaitan hari bapa nie. Ada yang bagi ucapan, ada yang post gambar bapa dia ada juga yang tukar profile picture letak gambar dia dan bapa dia... Tak kisahlah itu semua, masing2 ada cara mereka sendiri untuk luahkan rasa sayang mereka pada bapa mereka...

Jadi, apa yang aku buat? Macam mana aku luahkan rasa sayang itu pada mereka?

Hadiah istimewa buat abah pada hari bapa tahun ini ialah bakal menantu... Taraa... "abah, orang nak kawin... nie bakal menantu abah...dan ini juga hadiah hari bapa untuk abah". hihihi....

Saat yang paling best dengan abah waktu.... ok, setiap waktu aku bersama dengan abah. Saat sedih waktu.... oh ya, waktu first time masuk matrik. Waktu salam2 sebelum mak, abah dan adik2 balik tu... Aku toleh melihat kearah abah... Aku tengok abah sedih...tapi, dalam masa yang sama abah cakap "nak hantar anak belajar, kenapa nak sedih." 'Abah sedih waktu tu sebenarnya sebab first time hantar anak dia belajar jauh, tambahan pula anak yang dia sayang.'

Sampai sekarang pun, aku duduk kl abah still datang kl juga sebab nak tengok anak kesayangan dia nie. Teringat waktu first time kerja. Waktu nak balik tu hujan lebat jadi aku suruh adik aku yang kerja dekat bangi datang ambil aku dekat office. Tapi sebabkan lambat sangat, aku pun balik sendiri. Aku nak call adik aku tapi battery hp dah zero pula. Sampai rumah aku terus charge hp dan bila on je hp... Berlambak miscall... Waktu tu aku tau, aku dah buat sesuatu yang salah sebab biarkan mak abah risau...

Tapi itu dulu, kini mak abah dah tak risau dah sebab aku dah cukup dewasa untuk dia terus risau pasal aku. Sesuatu yang aku suka kini, setiap kali aku berpisah utk balik kl dengan mak  abah... Mak abah mesti bagi ciuman di pipi kanan dan kiri... Terasa diri disayangi... Love u mak n abah...

Berharap suatu hari nanti mak dan abah terbaca blog anak kesayangannya ini... "mak abah, walaupun wujud insan lain yang org sayangi... mak abah tetap insan pertama yang org sayang dan tak akan pernah berubah..." ---> sorry dear, saya sayang mak ayah saya sebab tu saya suruh awak jumpa mak ayah saya waktu awak nak berkenalan dengan saya dan nak jadikan saya isteri awak...

Friday, June 13, 2014

Rindu dia....

Assalam...

"Perh... tajuk tak boleh terima langsung... rindu dengan sape nie?" ---> antara ayat yang bakal aku dapat kalau adik atau parents aku terbaca post aku nie...

Tak tau nak tulis dekat mana, fb ada dia... ig ada dia... wechat ada dia... twitter dah delete... hanya ada blog je untuk tulis luahan hati yang dia tak akan tahu...

Seriously, rindu dia... siapa dia tu? Hihihi... siapa lagi, dah tentulah sahabat2 sepalapes... gilalah, perkara yang kita sama2 buat sepanjang kita di dalam palapes ternyata memberi banyak kesan pada aku. Sebab tulah, walaupun dah bertahun tinggalkan zaman palapes namun kenangan bersama sahabat2 sepalapes tidak pernah luput...

Sedar tak sedar dah nak dekat 3 tahun kita tauliah sebagai pegawai muda... hari tauliah kita 9 julai 2011 dan sebulan lagi 9 julai 2014... fuyoo... tiga tahun tu... tapi, alhamdulillah... hubungan kita tak pernah terputus atau terlerai... bagus betul jurulatih2 kita, berjaya latih kita sampai sekarang ikatan persahabatan atau lebih tepat lagi ikatan adik beradik kita masih utuh...

Note: rindu kamu adik beradik sepalapes batch 19... rindu dan akan sentiasa merindui saat2 pahit manis suka duka yang pernah kita lalui suatu masa dahulu... :)

Wednesday, May 28, 2014

Geng Walla

Assalamualaikum...

Bila jauh terasa rindu sedangkan dulu sering bergaduh pendapat...

Bila jauh mula teringat sedangkan dulu tidak terlintas untuk mengenangnya...

Tapi, sahabat tetap sahabat... persahabatan ini takkan terpisah....
Yuhuu....macam dalam lagu tu, takkan terpisah...

Catitan & catatan:
Kita kawan sampai bila2 tau, tak kiralah apapun yg berlaku kita tetap kawan2... (",)

Saturday, May 10, 2014

Duhai Hati

Salam...

Aku tergamam saat dia bertanyaku sudikah aku berkawan dengannya. Aku bertanyanya semula, apa yang dimaksudkan dengan kawan? bukankah kalau ingin berkawan tidak perlu bertanya? Dia mungkin tersenyum melihat mesejku itu. Beberapa minit kemudian aku menerima balasan mesej darinya. Kita kenal hati budi dulu. Oh hatiku terkejut, berkawan yang bagaimanakah yang dimaksudkan dengannya ini...

'Boleh abang datang rumah berjumpa family?' persoalan yang mengejutkan. Berbagai-bagai soalan mula timbul di fikiranku... 'seriuskah dia? betulkah apa yang aku buat? cepatnya?' Hati ini membenarkan namun separuh hati ini masih sangsi dengan keikhlasan yang ditunjukkannya itu.

Saat2 bersama abah dalam perjalanan balik kerumah dihabiskan dengan berbual mengenai lelaki yang baru muncul dalam hidupku. Abah tidak kisah dengan pilihanku cuma ada satu soalan abah yang mengejutkan aku di petang itu. "Berapa gaji dia?" terkejut aku mendengar soalannya itu. Kenapa soal gaji yang ditanya? Abah menjelaskan kepadaku, aku berpelajaran dan gajiku akan besar InsyaAllah pada masa akan datang jadi bolehkah aku menerimanya sedangkan dia tidak bergaji besar dan tidak berpendidikan tinggi? Aku terdiam, terdiam yang sungguh panjang...

Kini aku menemui jawapannya, sebab itulah hatiku masih ragu-ragu untuk menerimanya mungkin sebab soalan itu masih belum terungkai di dalam hati ini. Aku berrpesan di dalam hati, sekiranya dia lebih tua daripadaku tidak ada masalah soal pelajaran dan gaji. Sekiranya dia ikhlas denganku dan hubungan yang terbina ini juga diredhai Allah, tidak akan timbul sebarang pertikaian mengenai pelajaran dan gaji, InsyaAllah...

Dia ikhlas denganku, tidak pernah sekalipun dia mesej atau telefonku untuk bertanya benda yang melalaikan. Dia tidak pernah mengajakku keluar atau berjumpa walaupun kami bekerja di dalam satu bangunan yang sama. Dia juga beriya-iya ingin berjumpa dengan orang tuaku. Teringat semula awal-awal perkenalan, dia bertanyakanku tentang umurku dan juga planningku untuk berumah tangga. Saat itu aku dapat rasakan yang dia betul-betul ingin mengajakku kearah itu. Semoga hubungan yang terjalin ini mendapat keredhaan Allah dan bukan semata godaan syaitan dan desakan nafsu...


gambar edit selepas diambil dari google, bukan gambar I ya...

nota:
"Terima kasih, abang buat saya berfikir untuk berumah tangga kini." Ayat gedik...
Hihihihihihi.... aaaaaaa malu....

Saturday, April 26, 2014

Cahaya yang terpadam...

Salam...

Aku terbangun dari tidurku. Waktu rehatku pada hari ini dihabiskan dengan tidur di surau tempat aku bekerja. Aku terus melangkah mengambil wuduk yang terletak di kawasan luar ruang solat. Terasa segar semula tubuh badan ini saat air wuduk itu menyentuh anggota badanku.

Aku melangkah ke rak yang menempatkan telekung di sudut hujung ruang solat. Sepasang kain solat aku tarik dan sehelai sejadah aku capai. Aku membawanya ke ruang tengah dan membentangkan sejadah di situ. Saat aku menoleh ke belakang, aku terlihat sahabatku, Nita yang bersama-sama denganku. Dia sedang mengejutkan seorang sahabat disebelahnya. Terlalu lena sahabat itu sehingga suara Nita yang nyaring itu tidak mampu membangunkan dirinya.

Sewaktu aku menyarungkan telekung ke kepalaku... tiba-tiba aku terdengar Nita menjerit jerit memanggil namaku. Aku menoleh kepadanya. Aku lihat, diriku terbaring kaku disebelahnya. Ternyata sahabat yang aku sangkakan tidur mati itu adalah diriku. Aku mula hairan bercampur keliru. Apa yang telah berlaku kepadaku?

Aku lihat Nita telah menitiskan air mata disebelah jasadku yang terbaring kaku. Aku melangkah menghampirinya namun langkahku terhenti tiba-tiba seolah-olah ada yang menghalangku untuk terus melangkah menghampiri jasadku itu. Aku lihat, beberapa orang telah mula berkumpul di sekeliling jasadku itu. Aku tidak mampu berkata-kata, berkali-kali juga aku menjerit memanggil Nita namun Nita tidak mengendahkannya. Nita masih lagi menangis menatap jasad kakuku.

Aku terus menangis dan menjerit. 'Apa yang berlaku kepadaku sebenarnya?' 'Kenapa ini berlaku?' Namun tiada siapa yang mendengar jeritanku itu. Sekilas terimbas kenangan lalu. Betapa lalai dan lekanya aku hidup di dunia sehingga melupakan segala perintah Allah. 'Kenapalah aku tidak tahu bersyukur? Kenapa...' jeritku.

Terlalu banyak kelalaian yang aku lakukan sepanjang hidupku ini. 25 tahun ini bukanlah masa yang singkat namun aku masih lagi tidak insaf dan cuba mengubah diriku. Aku menangis menyesali segala kesilapan laluku saat itu. Tiada siapa yang tahu masa silamku selain diriku sendiri. Tiada siapa yang tahu kezaliman apakah yang telah aku lakukan selain diriku sendiri. Masihkah layak untuk aku mengejar syurgaMU YA ALLAH...

Aku menangis teresak-esak seperti kanak-kanak yang kehilangan ibunya. Tiada lain yang aku fikirkan saat itu hanyalah dosa-dosa dan ke khilafan semalam yang menghantui aku. Saat aku sedang menangis teresak-esak, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahuku sambil memanggil-manggil sayup namaku. Aku membuka mata dan menoleh kearahnya...

"Mun, kau ok ke? Kenapa kau nangis nie?" Tanya Nita yang mungkin terkejut melihat diriku menangis.
Aku memeluknya lalu berkata, "Nita, aku bersyukur masih dihidupkan lagi. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sebelum ini. Nita, aku tak bersedia untuk semua ini...".
Nita terkejut dan cuba menenagkan aku. Aku dapat merasakan beberapa pasang mata yang terdapat di dalam surau itu memandang pelik kepada kami berdua. Aku bersyukur YA ALLAH masih diberi masa untuk bertaubat dan berubah. Terima Kasih YA ALLAH di atas nikmat hidup yang engkau berikan kepadaku ini.

Nota:
Syukur aku hanya bermimpi, semoga mimpi ini menjadi suatu iktibar dan ingatan buatku untuk mempersiap sediakan aku menghadapi hari itu.

Friday, March 28, 2014

Tersirat yang tidak dapat dilihat...

Salam....

Nak kongsi perbualan abah dan aku saat minum petang tadi...

Abah: Tau kenapa angah dapat kerja dekat kl tu?

Aku: Sebab... yalah kalau bukan... kenapa bah... (aku tak terus cakap sebab abah dah faham sangat jawapan apa yang akan aku berikan...)

Abah: Nie sebab usaha angah nak mengajar dekat kolej tu.

Aku: Ha?

Abah: Yalah, angah dapat info pasal benda nie waktu pergi utm skudaikan. Angah g utm skudai sebab nak cari bahan mengajar dekat kolej tu.

Aku: .......  (Terdiam dan berfikir...)


Imbas kembali,

Sebelum aku buat keputusan untuk pergi utm skudai, kawan sepejabat ada ajak untuk pergi utm kl cari bahan. Bila aku cakap dengan abah dan mak, mereka seolah-olah tidak memberi jawapan (jadi maksudnya mereka tak setujulah aku pergi kl). Aku pun akhirnya membuat keputusan untuk pergi skudai dengan alasan nak jumpa pensyarah sebab nak tanya berkenaan dengan Phd. Jadi, abah setuju dan mak pun setuju. Diaorang siap hantar lagi dekat melaka sentral pagi ahad itu. 

Waktu di sana, aku berusaha pergi perpustakaan fakulti dahulu untuk cari bahan mengajar. Lepas tu aku terus ke perpustakaan besar. Dalam perjalanan nak ke perpustakaan utama itu, aku telefon pensyarah aku. Dan berbual-bual kejap tanya pasal kerja dan segala macam. Beberapa minit kemudian, di dalam perpustakaan utama sedang aku mencari bahan mengajar tiba-tiba dapat call daripada pensyarah tu semula. Dia call semula sebab nak bagi tahu jawatan kosong dekat kl dan suruh aku cuba try test...

Aku pada mulanya macam malas juga sebab memang yakin yang aku tak layak untuk jawatan itu walaupun sebenarnya aku sangat berharap untuk dapat. Jadi, aku pun teruskan dulu cari bahan dan dalam masa yang sama aku call abah bagi tahu pasal jawatan kosong di kl tu. Abah suruh mohon gak tapi aku cakap nantilah aku fikirkan.

Keesokkannya, ok hari isnin tu aku cuti sebab diaorang nie ajak makan2 malam ahad jadi tak boleh balik hari ahad. Hari isnin aku teruskan juga dengan mencari bahan untuk mengajar. Waktu aku duduk melayari internet di perpustakaan utama, tiba-tiba dapat call daripada pensyarah. Dia tanya dah mohon belum jawatan kosong kat kl tu. Aku pun cakaplah aku tak balik melaka lagi. Lepastu dia cakap kena cepat. Aku pun buka emel cari borang2 yang ada dan berkenaan dengan yang dia minta terus mohon jawatan kosong di kl tu. Bila cerita dekat abah, abah pun suruh cepat2 mohon jawatan kosong itu.

Ada hikmah di setiap apa yang ibu bapa kita suruh buat rupanya. Sebab tu aku kena ingat supaya tidak melawan cakap mereka. Setiap apa yang mereka suruh kita buat dan larang kita buat itu ada hikmah disebaliknya. Love you abah dan mak ketat-ketat...

Note:

Dua insan yang berbeza, usia mereka tidak jauh beza dan perwatakannya sangat serupa... Dua orang ayah, cuma seorang abah tersayang dan seorang ayah terhebat. Terima kasih yang tidak terhingga buat dua insan yang tidak berkira dan tidak mengeluh saat terpaksa menghabiskan masa untukku dan tidak jemu2 mengajarku...('',)

Wednesday, March 19, 2014

Kebetulan???

Salam...

Alhamdulillah, nanti 1 April akan bermula kerja di tempat baru. Sangat berharap segalanya berjalan dengan lancar. Sekarang pun masih tercari-cari rumah sewa yang boleh disewa. 

Terbaca status fb daripada seorang sahabat, dia daftar kerja pun pada 1 April nie. Wah... samalah kita. Cuma tempatnya sahaja berbeza. Satu je yang perlu awak tahu, saya doakan yang terbaik buat awak walau dimana awak bekerja. Mungkin rezeki awak bukan di semenanjung tapi tak apalah pengalaman untuk awak bekerja di negeri jauh dari tempat asal awak. Samalah macam saya cuma saya masih di dalam semenanjung ini. 

Oh ya, semakin nak habis nie semakin baik pula pelajar-pelajar aku nie. Pening kepala aku nak melayannya. Aku pernah tercakap "Awak tak payahlah baik sangat dengan saya. Saya tak lama dekat sini.". Boleh pula pelajar tu cakap, "Miss, miss jangan patahkan hati saya...". 'Hoi, saya patahkan hati kamu... Yang kamu patahkan hati saya dengan keputusan teruk kamu waktu test tu tak apa pula...' Hahaha....macam2 ragam budak2 nie. Tapi sangat seronok bila dah rapat dengan mereka. Seronok rasa nak ajar mereka sampai ada yang cakap... "Saya suka dengan miss nie, setiap kali masuk kelas miss mesti senyum dan miss tak marah. Tak macam miss2 lain susah nak senyum." <----ayat bodek="" hai...students...="" lebih...="" markah="" nak="" p="" sebab="">
Oh teringat pula cerita minggu lepas. Aku terpaksa batalkan kelas sebab ada program kolej yang mewajubkan aku untuk hadir program tu. So, aku cakap dengan students aku sebab kebetulan mereka2 tu datang jumpa aku. "Ha, kelas korang esok tak ada tau. Saya ada hal. Semua pensyarah untuk department nie ada program esok. Kelas ganti nanti kita buat kemudian ya." Ujarku kepada students2ku.
"Ha, apa miss? kelas batal miss..." ujar beberapa pelajar yang berhampiran denganku.
"Yup, saya ada program..." balasku pendek sambil memerhati mereka untuk melihat gelagat mereka satu persatu.
"Yess miss... terima kasih miss... sayang miss..." ujar seorang pelajar siap bagi flying kiss lagi... (Hai...budak2 nie suka sangat kelas tak ada. Bila nak buat kelas ganti pula, selalu je jadual dia penuh... pening kepala aku dengan budak2 nie banyak sangat alasannya...)

Tapi apa2 pun aku mula suka dengan kerjaya nie. Sambil berkongsi pengalaman sepanjang aku belajar dulu, aku juga dapat mencurahkan segala ilmuku kepada pelajar2... Semoga segala ilmu yang aku cerahkan itu mampu membantu mereka berjaya di hari kemudian. Teringat ayat seorang sahabat yang saya2 pensyarah... "Kita bertanggungjawab untuk markah yang kita beri pada students sebab markah itu yang mereka gunakan untuk berjaya dihari kemudian" hai....naik seram pula dengar ayat tu. Aku adalah penentu kepada kejayaan mereka, salah aku ajar maka salahlah kefahaman mereka dan salahlah juga prektikal  mereka kelak. Hu...besar gak tanggungjawab itu...

Note:
Berharap students2 semua dapat menjawab soalan final exam dengan tenang dan penuh ilmu didada. Tak sampai hati pula nak cakap dekat mereka yang aku hanya tinggal 2 minggu je lagi bersama mereka sebab aku takut aku pula yang sedik bukan mereka. Terlalu banyak aku mendengar harapan mereka pada awal aku mula mengajar mereka, mereka sangat berharap supaya aku terus mengajar di situ sehingga mereka grad diploma tapi aku ada tanggungjawab aku yang lain. Khas buat pelajarku...Saya tunggu korang di UTM, konvolah cepat saya cuba datang konvo korang di UTM nanti...=)

Sunday, March 16, 2014

karya terbaru...

Salam....

Teringin sangat mewatakkan diri dan sahabat2 di dalam cerita penulisanku sendiri. Dah penat rasanya baca sinopsis buku novel cari nama2 yang ada kaitan dengan diri ini dan baca namun semua cerita itu tidak sama seperti yang digambarkan. Jadi, aku perlu menulis sebuah novel untuk mengambil semua sahabat2ku dan diriku sebagai watak utama di dalam novel. Bagaimana pahit manis kami berjumpa, berkenalan, berjenaka, berjalan2 dan berpisah... Ingin sekali perkara itu berlaku semula namun ia sangat mustahil untuk berlaku apa yang ku harap kini ialah supaya segala kenangan dan memori yang kita lalui itu tidak pernah hilang dari ingatan ini.

Akan tiba suatu saat aku kehilangan memori itu dan saat itu aku berharap sahabat2ku datang menceritakan ia semula kepadaku sama seperti yang kita biasa buat sebelum2 ini... Aku cukup bersyukur kini, aku dapat mengingati sahabat2ku melalui pelajar2ku. Aku cukup berharap semakin ramai pelajarku semakin ramai sahabat2 yang boleh aku ingat semula. Aku sangat menghargai ikatan persahabat yang terbina antara kini sejak ia mula terjalin sehingga kini, walaupun engkau bukan lagi disisiku kini, walaupun engkau telah lama aku tinggalkan, walaupun engkau telah mula melupakan aku, walau apapun yang berlaku....

Pergilah Duka

Ia menceritakan kisah empat orang sahabat yang terpisah akibat salah faham yang berlaku menyebabkan masing-masing menyimpan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Namun masa mengubah segalanya, mereka mula merancang untuk berjumpa semula setelah sekian lama terpisah. Pertemuan semula empat orang sahabat itu membuatkan mereka rapat semula namun kerana sejarah dan kenangan silam membuatkan mereka ragu-ragu antara satu sama lain. Apakah kesudahan empat orang sahabat ini...

"Jika jodoh kita tiada, aku relakan perpisahan ini." Ucap Husein perlahan lalu pergi meninggalkan Syanim sendirian di taman permainan itu.
"Memang itu yang dia nak. Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah." Balas Syanim sambil berjalan meninggalkan Syaher dan Elfa berdua di taman mainan itu.
"Sahabat U yang sorang tu memang tak pernah berubahkan sejak dulu." Elfa melepaskan kemarahannya kepada Syaher.
"U pun sama. Tak pernah nak percayakan I dan dengar penerangan I kan..." Marah Syaher semula.

Ada rahsia hati yang disimpan oleh empat orang sahabat ini namun mereka semua malas untuk membukanya akhirnya keempat-empat mereka terluka dengan sikap masing2 yang tidak pernah mahu mengalah dan mendegar penjelasan. Segala suka duka sepanjang mereka bersahabat turut diselitkan di dalam cerita ini. Nantikan keluaran cerita penuhnya nanti...


Note:
Jika aku ada video kamera akan ku rakam setiap ragam sahabat2ku setiap kali aku berjumpa supaya aku dapat melihatnya semula saat aku merindui mereka... 

Thursday, March 13, 2014

Masih ku ingat....

Salam...

Tangan terasa kekok setelah lama tidak menaip di blog. Banyak huruf yang ditaip dan kemudian dipadamkan semula akibat kekekokkan ini. Akhirnya, tangan mula laju setelah minda memberi bantuannya dengan menyusun ayat yang cantik2 sebelum tangan mula menaip. Terima kasih atas bantuan minda itu tidak dilupa juga buat mata yang memerhatikan perlakuan jari jemari ini menaip supaya ayat yang di taip tidak salah dan sama seperti apa yang diberikan oleh otak.


Bermula cerita,

Tadi waktu tengah bawa kereta nak pergi kerja tiba-tiba ternampak lori dekat depan. Jadi, sebagai pemegang baru lesen memandu aku pun tak beranilah nak potong lori tu. Aku pun ikut je lori tu dengan penuh kesabaran. Sedang leka mengikut belakang lori itu tiba-tiba tergerak nak tengok no plat lori tu. Yalah, bosan kut dahlah lori tu bawa tak laju, nak tengok tepi kiri kanan takut merbahaya pula pada pemanduan aku jadi tengok jelah depan.

Waktu tengok no plat lori tu aku terperasan sesuatu yang membuatkan aku teringat pada seseorang. "Eh? 143... Macam pernah lihat siapa ya..." "OOoooooo.......Eifa..... Ha, birthday dia 143...." aku berbicara sendirian.

Nota:
Saya ingat birthday kamu eifa.... Kamu kena berbangga sebab banyak2 benda, tarikh lahir kamu menjadi benda yang saya ingat.... Hehehehe....

Monday, March 3, 2014

Mencari yang lebih hakiki...

Salam...

BAB 1
Hanie merenung permandangan padang golf yang dilihatnya dari luar balcony rumahnya. Cantik dan tenang rasanya namun gelisah hatinya di dalam tidak setenang wajah yang dipamirkannya. Dia masih di dalam dilema, lamaran Hariz minggu lepas masih membuatnya terfikir-fikir sehingga kini. Setiap detik dia cuba menilai adakah perlu menerima atau pun tidak lamaran itu. Ibunya bersungguh-sungguh menyuruhnya menerima namun hatinya masih belum terbuka buat insan lain selain cinta pertamanya.

"Hanie...." Farha menegurnya membuatkan dia hampir menjerit. Hanie menoleh kearah Farha yang sentiasa ceria dan gembira. Sesekali timbul juga rasa cemburu dihatinya kerana dia tidak mampu menjadi seperti Farha yang sentiasa ceria itu.
"Farha, terkejut aku... Kau nie..." Balas Hanie sambil menghulurkan senyuman kepada Farha sahabatnya.
"Aku tengok kau nie macam ada masalah je. Ce cerita dengan aku... Manalah tau aku boleh tolong ke... Tak pun aku boleh tolong dengar...." Panjang lebar Farha memulakan perbicaraannya.
"Aku malaslah nak cerita..." Jawab Hanie endah tak endah...
"Hanie.... Janganlah macam nie... Aku ikhlas nie nak tolong kau..." Farha meyakinkan Hanie sahabatnya itu.
"Aku tak sedia lagi nak cerita. Bagi aku masa sikit untuk cerita. Aku harap kau faham... Farha..." Lembut Hanie memujuk sahabatnya itu. Bukan dia tidak tahu sahabatnya yang sorang itu, mudah sangat terasa dan tersinggung walaupun wajahnya sentiasa ceria dan gembira. Tapi, rajuknya pun tidak lama dan tidak susah dipujuk. Maklumlah, anak bongsu katakan itulah yang perangainya pelik sedikit...
"Ok, aku tunggu.. tapi janji, kau kena cerita dengan aku...okay..." Jawab Farha mengalah. Hanie bukan orang yang boleh dipaksa-paksa. Kalau tidak jawapannya maka tidak jugalah dia akan membuatnya.

Wednesday, February 12, 2014

Miss, miss, miss...

Salam...

"Miss, mak saya kata saya jahat..." student
"Kamu tak jahat cuma kamu nakal. Semua orang boleh berubah dan saya yakin kamu pun boleh berubah."
"Saya waktu sekolah dulu teruk miss..." student
"Saya pun sama juga. Setakat poteng sekolah, tak masuk kelas, lari dari cikgu, tak jalankan tugas dan tak buat kerja sekolah tu... Saya rasa, semua tu sejarah yang bukan untuk dikenang dan dibanggakan tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk berubah menjadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa"
"Tapi saya waktu sekolah saya pernah tumbuk muka budak lelaki..." student
"Perkara dah lepas kenapa nak ingat. Kamu boleh berubah, benda tu dah lama berlaku... Saya time belajar dulu pun teruk juga... Curi motor kawan, pecah masuk bilik member curi hp, selongkar bilik mak cik cleaner, bawa lari peti ais daripada mini mart dan curi no plat motor orang. Tapi tu semua kisah dululah sebelum saya berubah..."
"Miss, tapi saya..." student
"Setiap orang boleh berubah dan sebenarnya semua orang diberi peluang untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari cuma kadang-kadang orang itu sendiri yang tidak mahu berubah sebab mereka telah terbiasa dengan kehidupan mereka yang sebelumnya. Mereka terleka dengan kegembiraan dan kenikmatan yang sementara sehingga mereka lupa untuk memperbaiki diri sendiri. Kamu boleh berubah."
"Saya tak pandai miss..." student
"I am not best student. Saya bukan pelajar cemerlang, saya bukan budak dekan setiap sem, saya pernah gagal dalam exam tapi itu semua membuatkan kita mempunyai satu semangat untuk berubah. Kalau saya pelajar cemerlang, saya tak duduk dekat sini mengajar korang. Kalau saya budak dekan setiap sem, kita dah tak jumpa dah hari ini. Kegagalan saya di masa lalu membuatkan saya nak belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pada awalnya ia terasa membebankan sebab saya bukan pelajar cemerlang tapi akhirnya membuatkan saya berminat dengan ilmu dan ingin mendalaminya lebih lagi."
"Saya pelajar lain miss..." student
"Habis saya tak pernah jadi pelajarlah. Saya tahu, waktu2 macam awak sekarang nie terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu kamu hadapi tapi kamu kena yakin pada diri yang kamu boleh buat dan boleh berjaya. Ok, sebelum nie mak kamu cakap yang kamu jahat. Buktikan pada mak kamu yang kamu tak jahat seperti sangkaannya. Kamu boleh berjaya. Setiap orang yang berjaya mempunyai kisah susah payah mereka sendiri. Nak berjaya perlu melalui jalan yang sangat bercabang dan berliku-liku mana boleh guna highway."

* Kejayaan itu milik semua orang, semua orang berhak untuk berjaya cuma mereka perlu memilih kejayaan dalam bentuk apakah yang mereka inginkan.
* Kenangan lalu bukan untuk diulang tetapi diceritakan kepada orang lain supaya mereka boleh mengambilnya sebagai pedoman atau pengajaran buat mereka sebab itulah kenangan lalu setiap orang itu berbeza-beza.
* Semua orang diberi peluang untuk berubah selagi mereka masih bernafas di atas muka bumi ini.

Ingatan buat penulis blog...
"Kau perlu kuat dalam menghadapi setiap kerenah anak2 didikmu."

Sunday, February 2, 2014

Belajar vs mengajar...

Salam...

Alhamdulillah, syukur... dah genap sebulan seminggu aku bekerja sebagai seorang pengajar. Walaupun berbagai-bagai halangan dan dugaan yang datang melanda sepanjang sebulan lebih ini, aku masih berusaha untuk mencurahkan ilmu kepada mereka-mereka yang ingin belajar...

Tadi terbuka emel. Terkejut dengan emel daripada seseorang yang tajuknya sangat membuatkan aku teruja + takut. Tajuk emel itu ialah Congratulations on your acceptance to UTM... Oh really??? seingat aku, aku tak mohon untuk sambung PhD pun sebab awal-awal lagi dah dapat nasihat daripada seseorang supaya kerja dulu. 



Bila dah mula bekerja, aku mula menghargai masa-masa mudaku. Aku dah malas nak habiskan masa-masa remajaku dengan mengadap buku dan artikel lagi. Aku mahu terus membina kerjaya aku dan mula berbakti kepada kedua mak dan abah. Boleh mula merancang masa depan aku. Tapi... aku akan tetap sambung PhD tapi bukan dalam waktu terdekat sebab aku sangat-sangat nak gelaran Dr tu... Kalau tak dapat Dr, dapat husband Dr pun ok gak.... (gelak nakal... hehehe...)

Nota Dinding:
Walaupun aku tak dapat untuk sambung PhD, 
Biarlah pelajar2ku berjaya menyambung PhD...
Itu lebih menggembirakan aku sebagai salah seorang gurunya...

Saturday, January 11, 2014

Oh anak didikku...

Salam...

Alhamdulillah dah genap 3 minggu berkhidmat sebagai seorang pendidik di salah sebuah pusat pengajian. Kelas pun dah masuk, pelajar pun dah jumpa. Seronok bila dengar mereka panggil miss...miss... dan bagi salam setiap kali jumpa. Bila dalam kelas rasa seronok je bila semua pelajar diam saat aku menyampaikan kuliah. Kadang2 rasa pelik juga, yalah... diaorang nie diam je... faham ke tidak apa yang aku ajar. 

Aku dalam proses mencuba cara atau teknik yang paling berkesan untuk menarik minat mereka2 datang ke kelasku. So, macam2 kuiz dan aktivitilah aku buat bagi memastikan tidak ada seorang pun yang terlepas cakap kelas aku mengantuk. Hehehe....

Sekarang rasa risau pula, minggu depan mereka2 nie dah test 1. Risau kalau diaorang tak dapat jawab dan dapat markah rendah dalam test nanti. Aku dah mengajar mereka apa yang mereka perlu tahu tapi kalau diaorang masih dapat markah rendah... rasa macam tak bestlah. Sebagai seorang pendidik, aku naklah semua pelajar aku berjaya. Kalau boleh biarlah mereka menjadi lebih berjaya daripada aku. Harap sangat, mereka bolehlah jawab semua soalan test tu nanti.  



Nota: Sentiasa mendoakan anak2 didikanku berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhir. Berusaha untuk memberi ilmu bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu akhirat pada anak didikku.