Sunday, February 2, 2014

Belajar vs mengajar...

Salam...

Alhamdulillah, syukur... dah genap sebulan seminggu aku bekerja sebagai seorang pengajar. Walaupun berbagai-bagai halangan dan dugaan yang datang melanda sepanjang sebulan lebih ini, aku masih berusaha untuk mencurahkan ilmu kepada mereka-mereka yang ingin belajar...

Tadi terbuka emel. Terkejut dengan emel daripada seseorang yang tajuknya sangat membuatkan aku teruja + takut. Tajuk emel itu ialah Congratulations on your acceptance to UTM... Oh really??? seingat aku, aku tak mohon untuk sambung PhD pun sebab awal-awal lagi dah dapat nasihat daripada seseorang supaya kerja dulu. 



Bila dah mula bekerja, aku mula menghargai masa-masa mudaku. Aku dah malas nak habiskan masa-masa remajaku dengan mengadap buku dan artikel lagi. Aku mahu terus membina kerjaya aku dan mula berbakti kepada kedua mak dan abah. Boleh mula merancang masa depan aku. Tapi... aku akan tetap sambung PhD tapi bukan dalam waktu terdekat sebab aku sangat-sangat nak gelaran Dr tu... Kalau tak dapat Dr, dapat husband Dr pun ok gak.... (gelak nakal... hehehe...)

Nota Dinding:
Walaupun aku tak dapat untuk sambung PhD, 
Biarlah pelajar2ku berjaya menyambung PhD...
Itu lebih menggembirakan aku sebagai salah seorang gurunya...

No comments:

Post a Comment