Monday, March 3, 2014

Mencari yang lebih hakiki...

Salam...

BAB 1
Hanie merenung permandangan padang golf yang dilihatnya dari luar balcony rumahnya. Cantik dan tenang rasanya namun gelisah hatinya di dalam tidak setenang wajah yang dipamirkannya. Dia masih di dalam dilema, lamaran Hariz minggu lepas masih membuatnya terfikir-fikir sehingga kini. Setiap detik dia cuba menilai adakah perlu menerima atau pun tidak lamaran itu. Ibunya bersungguh-sungguh menyuruhnya menerima namun hatinya masih belum terbuka buat insan lain selain cinta pertamanya.

"Hanie...." Farha menegurnya membuatkan dia hampir menjerit. Hanie menoleh kearah Farha yang sentiasa ceria dan gembira. Sesekali timbul juga rasa cemburu dihatinya kerana dia tidak mampu menjadi seperti Farha yang sentiasa ceria itu.
"Farha, terkejut aku... Kau nie..." Balas Hanie sambil menghulurkan senyuman kepada Farha sahabatnya.
"Aku tengok kau nie macam ada masalah je. Ce cerita dengan aku... Manalah tau aku boleh tolong ke... Tak pun aku boleh tolong dengar...." Panjang lebar Farha memulakan perbicaraannya.
"Aku malaslah nak cerita..." Jawab Hanie endah tak endah...
"Hanie.... Janganlah macam nie... Aku ikhlas nie nak tolong kau..." Farha meyakinkan Hanie sahabatnya itu.
"Aku tak sedia lagi nak cerita. Bagi aku masa sikit untuk cerita. Aku harap kau faham... Farha..." Lembut Hanie memujuk sahabatnya itu. Bukan dia tidak tahu sahabatnya yang sorang itu, mudah sangat terasa dan tersinggung walaupun wajahnya sentiasa ceria dan gembira. Tapi, rajuknya pun tidak lama dan tidak susah dipujuk. Maklumlah, anak bongsu katakan itulah yang perangainya pelik sedikit...
"Ok, aku tunggu.. tapi janji, kau kena cerita dengan aku...okay..." Jawab Farha mengalah. Hanie bukan orang yang boleh dipaksa-paksa. Kalau tidak jawapannya maka tidak jugalah dia akan membuatnya.

1 comment: