Tuesday, December 6, 2011

Dalam Istikharahmu...



Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua:



 1. DIPERMUDAHKAN
 2. MENDEKATKAN kita kepada Allah..

Jika tidak ada dua-duanya, BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita..makanya bila tanda itu tiba, BUKALAH MATA..jangan terus DIBUTAKAN CINTA..



>>> PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK.. (drpd fb Lelaki soleh idaman wanita solehah)





Lirik lagu Istikharah cinta daripada Sigma 

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa.....


Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata


Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta....



Ya Allah kurniakan aku suami yang soleh agar dapat membimbing menjdi wanita akhir zaman yang pastinya mengharapkan syurga sebagai matlamat hidup ini,di dunia yang penuh ranjau ini ku harap engkau mampu membawa ku meniti hari-hari dengan penuh keberkahan sebagai isteri dan ibu yang solehah untukmu dan zuriat kita kelak...engkau lelaki yang soleh yang aku dambakan,yang ku impikan,yang ku pohon di setiap sujudku pada Illahi..moga doa ku dikabulkan demi kehidupan syurgawi di dunia dan akhirat...Ya Allah Yang Maha Penyayang kabulkan permintaan ku ini kerana aku ingin menjadi wanita yang solehah dan tetap solehah hingga akhir hayatku...Amin ya rabbal alamin...(drpd fb lelaki soleh idaman wanita solehah)

Tuesday, November 15, 2011

Oh Teman...


Aku bukan seorang pendengar yang setia…
Kerana aku tidak mampu untuk mendengar semua luahanmu teman…
Aku bukan seorang yang mudah mengingati…
Kerana aku tidak dapat mengingati semua kenangan kita lalui bersama teman…
Aku bukan seorang yang jelas penglihatannya…
Kerana aku tidak mampu untuk melihat engkau setiap masaku teman…
Aku bukan seorang penasihat yang baik…
Kerana aku tidak mampu untuk sentiasa menasihatimu teman…
Aku bukan seorang yang boleh memberi kata-kata semangat…
Kerana aku tidak ada peluang untuk menuturkannya teman…
Aku bukan seorang peneman yang bagus…
Kerana aku tidak sentiasa bersamamu teman…
Aku bukan seorang teman yang sempurna…
Kerana aku bukan satu-satunya temanmu…



Aku menghargai persahabat kita yang terjalin selama ini walaupun banyak halangan dan rintangan kita tetap bersama. Aku bukan sahabat yang terbaik buatmu kerana aku tidak mampu untuk sentiasa berada disisimu. Aku hanya mampu berdoa semoga ikatan persahabatan ini berkekalan selamanya.

Sunday, October 23, 2011

Pandai memilih bahasa...

Kita sangat mengharapkan orang mengunakan bahasa yang elok bila bercakap dengan kita tapi kita? Adakah kita mengunakan bahasa yang elok semasa berbual dengan orang lain? Bagaimana pula bahasa yang kita gunakan, adakah bahasa yang sopan atau sebaliknya?

Kalau diri sendiri tak tahu menjaga perasaan orang dengan mengunakan bahasa yang elok... jadi, jangan berharaplah orang akan mengunakan bahasa yang elok dan sedap didengar. Senangkan, guna bahasa yang elok maka orang pun akan mengunakan bahasa yang elok juga. 

Ini tidak, selalu sangat keluarkan ayat yang makan dalam. Kita yang dengar nie panas hati je. Nak balas nanti ada je benda yang dia balas balik. Sakitnya hati dengar ayat dia tapi dia boleh buat bodoh je. Kalau kita buat dia macam tu tahu pula dia nak marah. Lepas nie tak payah marahlah sebab ayat kau pun sama je menyakitkan hati.

Pantang tersalah cakap nak ungkit sampai bertahun-tahun. Kalau dia yang salah cakap pandai pula dia diam, nak ungkit sikit pun tak boleh. Padahal bahasa yang dia gunakan itu sangat pelik dan tak logik. Mungkin suasana kita dibesarkan berbeza sebab tu bahasa dia sangat unik sikit.

Nota: Guna bahasa yang sopan kalau tak nak orang guna bahasa yang teruk dengan kamu. Guna bahasa yang mudah difahami walaupun kita berasal dari pelbagai keadaan dan tempat. Jaga hubungan persahabatan yang terbina antara kita dengan orang lain dan jagalah hatinya dengan tidak mengunakan ayat yang makan dalam. Semua orang ada perasaan, jagalah perasaan mereka dengan kata-kata kita dan dia juga akan berbuat begitu denganmu.

Monday, October 10, 2011

Setelah tesis pasal monyet gagal

Sebelum nie aku ada buat tesis mengenai monyet. Tapi, beberapa hari yang lepas...

Prof Dr : Maaf. Tesis kamu mengenai monyet itu tidak diluluskan. Kamu kena buat tesis baru.
Aku : What???
Prof Dr : Terimalah kenyataan seadanya...
Aku : Waaaaaaa............

Setelah beberapa hari mengurungkan diri didalam bilik air, akhirnya aku mendapat idea baru untuk tajuk tesis aku yang terbaru. Antara tajuk2 yang terpilih selepas mengira undian daripada penonton:-
1) Pandangan pelajar siswi terhadap masalah monyet di kolej kediaman. (nak ada kaitan dengan monyet sebab maklumat semua dah ada)
2) Pandangan pelajar siswi terhadap pekerja-pekerja lelaki yang sering masuk ke asrama untuk menyenggara bangunan. (nak minta pandangan pelajar nie)
3) Masalah-masalah yang dihadapi pelajar untuk hadir ke kelas setiap hari. (apalah masalah diaorang nie @ aku yang malas pergi kelas)
4) Sahabat baik, selamanya atau tikam belakang. (tajuk best nie)
5) Salah ke untuk berfashion untuk ke kelas. (wah...hangat topik nie)

Untuk memulakan membuat tesis yang baru, aku memerlukan semangat yang tinggi dan teguh seteguh pokok kelapa di tepi pantai. Aku juga perlu idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti. Jadi, untuk mendapatkan idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti ini, aku perlulah sumber2 yang boleh dipercayai. Aku akan kumpulkan semua maklumat mengenai tesis baru aku ini dan kemudian baru karang tesis. Ok, nak cari journal sekarang....
"apa yang dilihat tak semetinya sama dengan apa yang kita fikirkan..tanya.selidik kaji.baru buat kesimpulan.bukan andaian." <-- petikan daripada status seorang rakan fb


Aku nak sangat komen pada apa yang dia tulis kat dalam fb tapi... aku tau, kalau aku komen mesti ada yang tak puas hati pulak dengan aku. Jadi, aku komen dekat blog jelah... Aku malaslah nak timbulkan kemarahan orang...hehehe(baik tak aku...)

Yup, apa yang dilihat sangat tak sama dengan apa yang sebenarnya. Nampak baik, sopan pekertinya, lemah lembut tutur katanya dan ayu penampilannya tapi sebenarnya...hanya untuk tontonan semata-mata. Aku nie taklah jahat mana, selalu gak puji orang. Tapi, kadang-kadang pelik juga... bila aku puji orang tu semua kawan2 aku diam. Emm...pelik2...

Kawan aku ada yang siap angkat bahu sesama sendiri. Ada yang pandang pelik, macam aku nie salah cakap. Ada yang tiba-tiba buat malas nak layan. Ada juga yang tarik muka @ buat muka meluat. (aku tak nampak, tapi aku agak je hehehe...)

Tanya, selidik, kaji...baru buat kesimpulan. Bukan andaian.

Tanya member2 dia tak pun musuh2 dia...
Selidik perangai dia betul-betul bukan tipu-tipu...
Kaji sikap dia dengan sangat teliti...
Baru buat kesimpulan dengan betul sebetul betulnya...

Aku suka je buat andaian, sebab aku suka fikir positif. Seberapa buruk pun dia buat aku akan cuba fikir positif. Tapi sebab rakan fb aku dah tulis macam nie, jadi lepas nie kena tanya, selidik dan kaji dulu ar... Tak payah buat andaian baik terus buat kesimpulan je. Kalau kesimpulan tu salah??? (angkat bahu mata pandang ke atas dan jelir lidah...)

nota: Luahkan je apa yang terpendam jangan buat orang fikir negetif tentang kamu. Semua orang berhak nak cakap apa sahaja yang mereka rasa...jadi, tolong bagi tahu pada mereka semua perkara yang sebenarnya. Jangan simpan kemudian pendam dan lepas tu nangis sorang-sorang sebab orang lain tak faham apa yang kamu alami. Nak faham macam mana kalau perkara yang sebenarnya tidak diceritakan secara jelas. 

Jangan salahkan mereka yang berfikiran negetif tentang kamu sekiranya kamu sendiri tiada mahu membetulkan keadaan. Jangan salahkan mereka berkata buruk tentang dirimu sekiranya engkau sendiri tak mahu membetulkan keburukan engkau itu.

Sunday, October 9, 2011

Keluarga baru…





Alhamdulillah, kakak aku dah selamat melahirkan seorang baby yang sama cute macam dalam gambar (sebenarnya nielah gambar baby kakak aku tu). Wah, cute sama macam mak ngah cik ngah dia nie. Kalau ikutkan memang aku nak balik rumah je jumpa dengan baby nie, tapi esok ada hal pula nak kena buat. Hari senin kelas pagi pula tu… Baby, kita jumpa minggu depan ya. Tunggu cik ngah balik ya…

Tuesday, October 4, 2011

Carta Hati...


hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
hmm.. hoo.. lalala.. mmm..
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…
Lirik lagu carta hati yang dinyanyikan oleh Najwa Latif. Rasanya mejoriti orang kenal kut penyanyi lagu nie. Sampai mak aku pun boleh hafal dan suka dengan lagu Cinta Muka Buku yang turut dinyayikan penyanyi ini. Aku pun terikut-ikut suka gak lagu2 yang dinyanyikan penyanyi yang masih bersekolah menengah nie.

Sibuk : Kau minat lagu nie mesti ada sebab nie... baik cakap....
Aku : Mestilah, aku suka sebab lirik dia senang nak hafal...
Sibuk : Ya ke? Alah... mesti hidup kau ada kaitan dengan lagu niekan...
Aku : Kalau ya pun kenapa? Kacau je...
Sibuk : Patutlah sibuk duk hafal lagu nie... Lagu Cinta Muka Buku tu pun ada kaitan dengan kau kan???
Aku : Entah, mana aku tau. Asal kau sibuk sangat nie?
Sibuk : Biarlah, aku suka macam nie. Sentiasa sibuk menjaga urusan orang lain. Ada masalah ke?
Aku : Memang ada... Kau jangan sibuk urusan aku boleh tak.
Sibuk : Tengok keadaanlah...
Aku : Emmm....

Monday, October 3, 2011

Tesis : MONYET



Monyet merupakan seekor binatang yang suka bergayut. Kenapa bergayut? Ini bukan isu yang ingin kita bincangkan. Apa yang menjadi isunya sekarang ialah... Kenapa dan mengapa monyet2 ini menceroboh bilik2 siswi? 

Masalah yang menarik perhatian untuk dijadikan kajian:
1)     Kenapa monyet2 ini menceroboh masuk ke bilik2 asrama siswi.
2)     Apa yang menjadi daya tarikan monyet2 ini untuk datang ke asrama siswi.
     3)     Bagaimana untuk mengatasi @ menyelesaikan masalah monyet2 ini. 





Objektif kajian ini:
1)     Mengenal pasti tahap keselamatan penghuni2 di asrama siswi yang sering diganggu monyet.
2)     Mengkaji faktor2 yang menjadi daya tarikan bagi monyet ini untuk datang ke asrama siswi.

Skop kajian:
Secara logiknya, kajian ini dijalankan di kawasan asrama yang diganggu monyet itu tak kan nak kaji kawasan rumah setinggan pula. Semua bilik di bangunan asrama siswi yang diganggu monyet sebab senang kaji satu bangunan terus kan.

Kepentingan kajian:
Kepada siswi
Siswi dapat mengetahui sebab2 mengapa monyet ini menyerang asrama mereka.

Kepada orang awam
Orang awam dapat menjadikan kajian ini sebagai bahan bacaan yang berguna selain mendapat serba sedikit pengetahuan.

Kepada aku
Aku dapat menyelesaikan masalah ini yang mengganggu junior2 aku yang tinggal di asrama siswi.

Metodologi Kajian
Secara betul dan tidak tipu, kajian ini mengandungi beberapa langkah antaranya: 



Data2 Kaji Selidik 

Dapat dilihat didalam carta pai diatas, faktor2 yang menyebabkan monyet ini memilih asrama siswi sebagai tempat pelancongan/ kawasan riadah mereka kerana tong sampah yang berada berhampiran dengan asrama siswi ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat 3 lagi faktor2 lain yang menarik perhatian monyet2 ini untuk datang ke asrama siswi antaranya:

1)     Monyet ini mencari cinta.
2)     Mencari siswi yang pandai mekap/ melawa.
3)     Ingin berkawan.

Ketiga-tiga faktor ini dapat dikatakan betul dengan tersebarnya beberapa keping gambar di google image. Tak percaya, tengolah buktinya melalui gambar ini…

 
 

Cadangan

Dinasihatkan kepada siswi2 semua janganlah bercinta-cinta monyet kerana monyet2 ini sangat setia dengan cinta mereka. Selain itu, janganlah memakai mekap yang tebal2 yang boleh menarik perhatian monyet2 ini untuk belajar mekap daripada anda. Akhir sekali, jadikanlah monyet2 ini kawan anda. Berkongsilah bilik yang anda terpaksa bayar mahal dengan monyet ini sekiranya anda tidak mahu mengunci pintu dan tingkap sebab nak sangan pengudaraan yang baik.

Rumusan

Semua masalah ada penyelesaiannya cuma kita perlu berfikir secara rasional dan berhemah untuk menyelesaikan masalah itu. Jangan bertindak terlalu melulu tanpa memikirkan akibat dan risiko yang terpaksa dihadapi di kemudian hari. 

Sunday, September 25, 2011

eee...sengalll...

Siot je... (opps...tersedak siot aku sebut nama dia pagi2 buta nie...) Geram betul, sikit2 nak sentap... Hai, tak faham betul. Aku nie kan jenis macam nie, tak payahlah nak ambil hati dengan apa yang aku cakap. Aku memang suka bergurau pun. Kalau kau tu nak terasa2 tak payahlah... Kau pandai cakap, 'tak suka orang terasa-terasa nie' tapi yang kau tu terasa sangat apa barang?

Pandai cakap pandai buatlah. Kalau kau tak boleh nak jaga hati orang, aku pun boleh buat jugalah. Tak payah nak kesah pasal hati kau. Kau tak tau jaga hati orang...mesti kau nie jenis tak kesah orang tak jaga hati kau kan... eee...sengalll...


Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain…
sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Hidup ini sungguh sangat singkat sekali ..
Jadikan lebih bermakna dan indah dengan segala amal kebaikan kita..
Selamat Mendoakan orang lain!!!


Tuesday, September 13, 2011

Pelajar kanan???


“Pelajar kanan ke?” Tanya pelajar yang memakai baju pink lembut itu.

Aku terkejut dengan teguran itu. Soalannya pun antara dengar dengan tidak je. Nak tak nak terpaksa aku bertanya semula kepada pelajar itu. “Ya, saya? Apa dia?” Tanyaku.

“Pelajar kanan ke?” Pelajar yang memakai baju kurung pink lembut itu mengulang semula soalannya.

“Pelajar kanan?” Balasku kehairanan. Pelajar kanan ape benda tu? Pernah dengar sebelum ini tapi aku pun tak tahu maksudnya.

“Emm…maksudnya senior. Akak nie senior kat sini ke?” Tanya pelajar tu semula.

“Oh, ha…ya. Ada apa?” Ujarku. Cakaplah senior nie tak panggil pelajar kanan pula manalah aku tahu.

“Kak, makmal computer PHT kat mana ya?” Ujarnya sambil menunjukkan jadual kelasnya kepadaku.

“Oh, makmal computer. Jalan terus ikut depan nie lepas tu belok kiri. Nanti Nampak tangga. Naik tangga tu ke tingkat atas. Lepas tu ambil kiri.”ujarku yakin sambil tanganku menunjukkan arah jalan yang perlu pelajar itu ambil.

“Ha…naik atas lagi ke?” aku mendengar keluhan daripada kawannya yang sebelum ini hanya terdiam. Dalam hati aku hanya tersenyum mendengarkeluhan itu. Selama aku belajar di sini selama 4 tahun belum pernah lagi kelasku berada di tingkat 1 atau pun ground floor. Biasanya kelasku mesti berada di tingkat atas sekali.

“kak tangga yang depan nie ke?” Tanya pelajar berbaju pink lembut itu lagi.

“Eh, tak. Jalan ke kiri dulu nanti jumpa tangga baru naik.”ujarku lembut kepada junior-juniorku itu. Memang yakin sangat yang diaorang tu junior aku sebab dia guna makmal computer PHT, tu kan makmal computer untuk jurusan aku.

“Terima kasih ya kak.” Ucapnya. Dia kemudian berlalu pergi mengikut arah yang telah aku berikan.

‘Nasib baik junior nie tak tahu yang aku nie tengah ponteng kelas.’ujarku dalam hati. Perbezaan ponteng kelas waktu sekolah dengan university sangat berbeza. Ha, tengoklah…kalau ponteng kelas waktu u tak ada sapa pun nak ambil tahu. Kawan-kawan pun buat tak kesah je. Kalau waktu sekolah dulu, kecoh kut satu kelas. Walaupun yang poteng kelas tu memang dah biasa pun buat kerja tu. Dekat u, tak ada siapa pun yang nak marah kalau ponteng kelas berbeza dengan kalau dekat sekolah. Habis mak ayah semua tahu.

***Tak kiralah u pelajar yang rajin tak pernah ponteng kelas atau u pelajar yang memang tak pernah ponteng kelas kalau u tak dapat tangkap apa yang lecture tu ajar tak guna juga. Kalau u suka ponteng kelas cubalah kejar balik apa yang u tertinggal tu. Supaya u jadi orang yang berguna…***

Pengalaman hari nie...


Aku dah lah tengah geram sebab bas yang aku naik tu lambat gerak. Kelas aku pukul 8 pagi. Aku naik bas tu pukul 8.10pagi… ok, aku tahu salah aku sebab bangun lambat sebenarnya pagi tu. Bas tu pun satu… pukul 8.15pagi baru nak gerak… Aku kat dalam bas tu dah membara dah marah nie. Baik aku jalan kaki je, cepat sikit sampai.

Sampai kelas dah pukul 8.28pagi. Mak ai…kelas dah mula kut. Aku tengok seat yang dekat dengan pintu pun dah penuh gilerrr. Nak tak nak kenalah skip kelas pagi tu. Lecture tu jenis yang tak suka pelajar dia datang lambat pula tu.

Ingat nak tenangkan sikit hati nie, aku pun pergilah pejabat nak minta boring untuk daftar semula subjek sebab ada subjek yang tak ada dalam jadual jadi aku kena daftar balik. Aku nampaklah seorang pekerja dalam pejabat tu. Aku Tanya dia baik-baik kut. “Em, kat mana nak dapatkan boring untuk daftar subjek.” Dia pun jawab “Minta dekat kerani siswa.” Ok, dia jawab ok je sebenarnya tapi aku manalah tahu kerani siswa tu sapa. Aku tengok nama-nama yang ada dekat meja tu memang tak ada pun jawatan kerani siswa.

Malas nak layan dengan kakak pekerja pejabat tu aku pun pergilah meranti. Niatnya nak minum air nak hilangkan panas hati nie. Sampai dekat sana aku belilah air. Akak yang jual air tu boleh main teka-teki pula dengan aku. Dia teka aku nak minum air milo… Hahaha…salah. Aku nak minum air Nescafe aislah. Waktu nak bayar tu aku tanya dia mana kedai ada jual topup. Dia pun cakap “Ada, kedai hujung tu.” Dengan senyuman. Aku pun tinjaulah… dalam aku tengah tinjau tu dia pun cakap “tapi tak bukak lagi sekarang…hahaha…”dengan ketawa suka hatinya. Mak ai… nasib baik anak orang kalau tak dah lama makan penampar akak nie. Aku tengah panas hati nie dia boleh buat lawak pula.

Lepas minum terus aku pergi ATM cimb dekat fakulti untuk topup. Handphone nie bukannya boleh hantar mesej. Terpaksalah topup untuk call kawan-kawan. Nasib baik waktu nak topup tu aku nampak kertas yang sedang promosikan palapes. Dekat situ ada nombor eifa, kawan sekelas aku. Aku pun savelah nombor dia.

Lepas dapat topup tu aku trylah call farah. Malangnya nasib aku, nombor tu bukan nombor farah pula. Nasib baik aku ada save nombor eifa. Dekat aku sekarang hanya ada nombor eifa seorang je. Kemudian, aku pun minta nombor farah daripada eifa. Ok sekarang aku dah ada dua nombor… nombor eifa dan nombor farah. Gilerrr malang nasib aku hari nieee……………………

Saturday, June 11, 2011

Tak ucap bukan bermakna tak ingat...

Alhamdulillah... selesai sudah traning untuk Palapes. Lepas nie tinggal traning untuk pentauliahan je. Penat lelah, peluh gelap, lapar dahaga, susah senang selama tiga tahun akhirnya terbalas hanya dengan segulung sijil tidak lama nanti. Tak sabar pula rasanya nak bergelar Pegawai Muda...hehehe...

Hari nie hari bapa tapi aku lupa pula nak ucap kat abah...(Sebenarnya kalau aku ucap sekarang sempat je...) Hari tu, hari ibu pun aku tak ucap dekat mak... Nak ucap tapi aku terpaksa fikir dua tiga kali. Hari ibu untuk ibu tapi aku ada mak... Hari bapa untuk bapa tapi aku ada abah... Hehehe...alasan yang tak boleh pakai langsung...

Hari guru yang lepas pun aku tak sempat nak ucap kat cikgu2 aku. Macam manalah aku nak ucap, aku sibuk traning Palapes kut masa tu... Rasanya kalau aku ucap sekarang belom terlambat lagi kut...

--> Semperna hari guru yang lepas, aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru yang pernah mengajar aku waktu aku kecil hinggalah sekarang. Aku sangat menghargai jasa baik semua guru2 yang pernah berjasa kepadaku. Oh ya, buat guru2 yang tak pernah mengajar aku pula...aku ucapkan selamat hari guru (yalah kan, tak kan nak ucap selamat hari jadi pula). Kalau aku diberi peluang kali ke dua, aku mungkin akan memilih kerjaya guru...(Emm...mungkin kut)

--> Semperna hari ibu yang lepas, aku sangat2 nak ucap selamat hari mak buat mak yang sentiasa dekat dihati. Terima kasih mak diatas segalanya. Sayang mak sampai bila2. Buat mak2 angkat aku pula, selamat hari mak...aku sebagai anak angkatmu sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Walaupun kita jarang berjumpa tapi percayalah kalian tetap dihati...(ramai nie mak angkat aku, semua kawan aku punya mak aku jadikan mak angkat aku...hehehe)

--> Semperna hari bapa pada hari ini, aku secara jujurnya ingin mengucapkan selamat hari abah untuk abahku. Jasa baik abah selama ini sangat aku hargai. Sayang abah juga sampai bila2. Untuk abah2 angkat aku, selamat menyambut hari bapa. Aku juga sentiasa mendoakan kalian. Walaupun jarak memisahkan kita namun kalian tetap diingati...(ayah angkat aku pun ramai gak...sama ramai dengan mak angkat aku)

--> Semperna hari lahir sahabat2ku... Aku bukan sengaja tak nak ucap tapi bila aku teringat, tarikh dia dah lepaslah pula. Aku tak suka nak ucap selamat hari lahir kalau birthday orang tu dah lepas walaupun baru sehari. Lebih baik jadi orang yang terawal daripada orang yang terlewat sehari... Buat kawan2ku yang sambut birthday tapi aku tak wish tu, Selamat menyambut hari lahir korang...semoga korang sentiasa ceria dan happy2 selalu.


Gambar daripada Google image

Papan peringatan: Aku sentiasa mengingati tarikh2 dan hari2 penting cuma kadang2 tu, masa yang membuatkan aku terhad untuk meluah @ mengungkapkannya... Bukan aku sengaja mendiamkan diri cuma kadang2 aku tak tahu cara untuk sampaikannya... Percayalah...

Saturday, May 7, 2011

Salah teka...

Kes 1:

Jurujual: Akak, kejap kak.

Aku berhenti dan menoleh kearah jurujual itu. Mak yang berada disebelah turut berhenti dan menoleh kearahnya.

Jurujual: Akak punya bahasa english ok tak?

Aku: Emm...bolehlah...(kalau aku tak tau english macam mana aku nak hidup dekat U)

Jurujual: Kalau akak diberi peluang untuk improvekan bahasa english akak nak tak. Akak dah kawin...

Mak: Kawin? Eh, dia masih belajar lagi nie. Belum kawin lagi.

Aku: hehehe...(muka aku nie tua sangat ke)

Jurujual: Oh ya, sorry ya kak....

Aku: (apa sorry2, tak tau janganlah main cakap je. Aku yang muka muda remaja nie pun kau kata dah kawin. Salah tekalah...)

Kes 2:

Cikgu kawan abah: Eh, dah ada cucu dah?

Mak: Mana?

Cikgu kawan abah: Nie, cucu ke?

Mak: Taklah, nie anak saya. Yang nie nombor dua(aku), yang nie pula nombor 10(adik aku yang aku dukung)

Cikgu kawan abah: Lah, ingat cucu tadi.

Mak: Taklah, nie anak saya belajar lagi nie...

Monday, April 25, 2011

Ingatlah...

Nampak macam senang dibuli tapi hakikatnya…

Nampak macam sopan dan santun tapi hakikatnya…

Nampak macam bodoh tapi hakikatnya…

Nampak macam rajin tapi hakikatnya…

Jangan mudah tertipu dengan apa yang dilihat oleh mata. Cubalah lihat dengan mata hati pula sesekali tu. Apa yang dilihat oleh mata tidak semestinya betul dan kadang-kadang apa yang kita lihat hanya gambaran yang tidak nyata.

“Bodoh, jangan nak ingat aku adalah orang yang senang-senang kau nak main-mainkan. Kau ingat aku tak ada perasaan. Salah kaulah, siapa suruh minta tolong aku. Kalau kau pandai sangat buatlah sendiri. Jangan ingat aku budak praktikal, kau bolehlah buli aku sewenang-wenangnya...”

Ingatlah, semua orang ada perasaan. Kalau tak yakin dengan bantuan orang lain kenapa tidak buat sendiri. Jangan salahkan orang lain diatas kebodohan diri sendiri. Janganlah selalu menunding jari pada orang lain. Kesalahan sendiri disembunyikan, kesalahan orang lain ditunjukkan. Satu lagi, jangan terlalu menjaga tepi kain orang lain, kain sendiri dibiarkan terkoyak. Fikir-fikirkan…

Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain…

sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Hidup ini sungguh sangat singkat sekali ..

Jadikan lebih bermakna dan indah dengan segala amal kebaikan kita..

Selamat Mendoakan orang lain!!!

Tuesday, March 29, 2011

Tali Ukur.

Teringat pula waktu zaman sekolah dulu. Ada seorang cikgu kaunseling nie suka sangat bawa tali ukur. Kebanyakan kita orang panggil cikgu nie cikgu tali tape. Nak tau sebab ape? Cikgu kauseling tu selalu bagi gambaran yang kehidupan seseorang itu sepanjang tali pengukur kain. Kebiasaannya, panjang tali pengukur kain ini hanya 5 kaki = 60 inci sahaja.



"Sekarang kamu berada di sini. 15 tahun yang lepas telah kamu tinggalkan kini hanya ada 45 tahun lagi. Dua tahun lagi kamu akan habis belajar. Dua tahun inilah yang akan menentukan kehidupan kamu lagi 43 tahun akan datang. Jadi gunakan sebaik mungkin selama dua tahun ini supaya kehidupan kamu 43 tahun yang akan datang tidak sia-sia."

Nota: Aku akan sentiasa ingat apa yang guru aku pesan padaku. Walaupun aku dah tinggalkan sekolah tu dekat 5 tahun tapi kenangan sepanjang aku berada dekat sekolah tu tak akan aku lupakan. (‘’,)

Monday, March 28, 2011

Menarik juga harta tanah nie...

Semalam I dapat call dari Newzeland…hehehe macam jauh je. Sebenarnya, I dapat call daripada mak angkat I yang duduk dekat Felda Newzeland, Pahang. Ok, jangan tanya I dekat mana sebab I tak pernah sampai sana lagi. (Anak angkat ape dia nie, rumah mak angkat pun tak pernah pergi) Ok2, I tahu salah I. Tapi I belum ada cukup masa untuk ke rumah mak angkat I tu. Mak angkat I sebelum nie duduk Felda Chini, lepas tu mereka sekeluarga pindah Felda Newzeland. Sejak mereka pindah Newzeland tu, I tak pernah lagi pergi melawat mereka dekat sana. Jelas sekarang ya, I bukan tak pernah pergi rumah mak angkat I cuma lepas mereka pindah Newzeland je I tak boleh nak pergi sana sebab I tak tahu Newzeland tu dekat mana. Memanglah I tahu dalam Negeri Pahang cuma belah mana?

Mak angkat I call tanya pasal jurusan I. Adik angkat I baru dapat result SPM, dia dari sekolah teknik dan berminat dengan jurusan I nie. I macam terkejut juga sebab banyak-banyak jurusan yang lain jurusan I nie juga yang dia berminat. I pun terangkanlah serba sedikit tentang jurusan I nie. I ada tanya, adik angkat I tu tak nak masuk matrik ke…mak angkat I cakap, dia tak nak masuk matrik. Rugi tu…matrik adalah zaman yang sangat best. Sebab dekat matriklah buat kali pertamanya I belajar hidup jauh daripada family I. I mula belajar mengenali hati budi kawan-kawan I. Hehehe…sebenarnya, I tak pernah duduk sekolah asrama sebab tulah dekat matrik I belajar banyak benda bila berjauhan dengan family. Paling bermakna, dekat matrik juga I kenal .....

Oklah, buat adik-adik yang baru dapat result SPM tu. Nasihat I, pilihlah jurusan yang betul-betul adik-adik minat. Kalau adik rasa tak boleh bawa jurusan tu, tolonglah jangan mohon…bukan sebab apa, takut nanti adik-adik belajar separuh jalan je. Tak kiralah adik-adik ambil jurusan apa pastikan adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam jurusan yang adik-adik pilih tu.

Oh ya, mesti ada yang tanya…’U ambil jurusan ape?’

I ambil jurusan Pengurusan Harta Tanah. Kalau Uall berminat, bolehlah ambil jurusan nie. Peluang kerja…oklah. Belajar…setakat nie ok lagi. Gaji nanti kerja…nanti bila I kerja I bagi tau.

Nota: Buat adik-adik yang baru dapat result tu nasihat I, silalah rujuk senior-senior yang pernah ambil jurusan yang korang nak ambil tu sebab takut korang hanya terpengaruh dengan nama jurusan sahaja. Yalah, dengan nama jurusan punyalah best dan gempak tapi bila U dah start belajar rupanya U tak boleh bawa jurusan tu…susah juga. Dah kena tukar jurusan pula.

I rasa I sukalah guna I dan U bila menulis. Sebab ianya lebih ringkas dan jimat ruang. I = aku/saya, U = kamu/awak dan Uall = korang... hehehe....

Sunday, February 27, 2011

My big boss

Hari jumaat yang baru nie, tiba-tiba je big boss tempat aku buat praktikal tu datang dari Kuala Lumpur. Aku pun buat biasa jelah, takkan nak buat luar biasa pula kan… Dia datang tengah hari selepas lunch hour. Syarikat tenang jugalah hari tu, yalah semua tidak dibenarkan keluar buat inspection hari tu. Tapi, adalah seorang kakitangan atau nama lain dia pekerja tetap nie, tak masuk kerja. Entahlah, mana dia pergi malas aku nak ambil tahu.

Big boss syarikat tempat aku buat praktikal nie gelaran datuk tau. Alaa…bukan datuk yang ada cucu tu tapi datuk pangkat. Dia masuk je dalam pejabat terus dia pergi tengok2 semua tempat dalam pejabat. Adalah dia masuk dalam bilik tempat aku duduk. Aku pun bangunlah, sekali dia hulur tangan pula. Dalam nak tak nak aku pun sambutlah, dalam hati aku cuma anggap dia nie macam atuk-atuk aku je. Hehehe…

Lama jugalah dia duduk dalam pejabat tu, dari pukul 4 sampai pukul 5 petang. Bila dia keluar je, mulalah kakak2 dan abang senior aku tu buat agenda dia. Alaaa…macam aku jugalah, bila dia balik je dah mula nak cerita apa yang berlaku…atau nama lain buat kesimpulan sendirilah. Kelakar je tengok senior2 aku nie…Oh ya, aku tak join diorang ok. Tak kuasa aku nak join…tapi aku tumpang dengar je…hehehe…

Ha, bila nak balik tu…sempat pula abang senior aku tu cakap “nak balik dah ke, ke balik dengan datuk? Datuk dah tunggu tu kat bawah.” Emm…sabar jelah dengan senior aku nie. Kalau ikut hati nak je aku menjeri dekat dia biar dia tersentap kejap. Hehehe…

Oh ya, aku sukalah dengan cara datuk tu. Sangat perihatin dan mengambil berat terhadap semua pekerja bawahan dia sampaikan office boy kat pejabat aku tu pun dia layan baik je. Suka3x…nie yang rasa nak terus kerja dekat syarikat tu je lepas habis belajar dekat u nanti. Satu lagi, aku mula terfikir yang aku nak sambung ambil lesen untuk valuer ar lepas habis belajar nie. Emm…untuk sambung master tu, mungkin tidak kut sebab dengan adanya lesen tu aku bolehlah buka syarikat sendiri.

Secebis nota dinding: Aku akan cuba buat yang terbaik untuk assignment kali ini dengan adanya bantuan daripada kakak dan abang senior aku. “Senior…tolong I ya…sayang senior lebih…..”hehehe….

Tuesday, February 8, 2011

Aku telah jatuh hati...

Oh tidakkkkkk………….

Aku rasa, aku dah mula suka dekat dialah. Sejak kali pertama aku lihat dia, aku terus suka dekat dia. Hari-hari tengok muka dia pun rasa tak jemu malah lagi suka adalah. Muka punyalah kacak, bergaya pula tu…tinggi, smart…sempurnalah….. Aku nak tujukan lagu nie khas buat dia…Tajuk lagu nie Pujaan Malaya sebab aku tau ramailah gadis-gadis Malaya diluar sana yang suka pada dia lepas tengok muka dia. Lagu nie bukan aku yang cipta dan bukan aku yang nyanyi, miming pun bukan… Aku Cuma nyanyi dalam hati je sebab kalau aku nyanyi live nanti habis semua artis-artis lain tak dapat cari makan sebab…….(sila sambung ayat ini)

Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu

Hati…Dihantu bayanganmu
Rindu…Termimpi tiap waktu
Ow ow woh

Cinta…Bercampur curiga
Kerna…Kau satu-satunya
Pujaan Malaya

Hei sayangku
Akulah pemujamu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga

(ai yai yai yai)

Chorus
Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya

This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang…Cintamu buatku layang
Renyuk…Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama…Bilang jangan ku percaya
Lelaki…Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana

Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Kau Pujaan Malaya

Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu…Pujaan Malaya

Sungguh ku tergoda
Bahagia

Inilah dia Pujaan Malaya...





Emm...berdua lebih baik


Pesanan tuan rumah: Gambar semuanya aku dapat waktu aku pergi (melancong ke korea) search dekat google. Aku ambil gambar tu lepas tu aku (print banyak-banyak tampal dalam bilik) edit sikit-sikit...hehehe....
Bestnya kalau dapat boyfriend macam nie mesti semua orang jealous dengan akukan...khakhakha...







Tahun Baru Cina...

Salam semua... salam satu malaysia...

Setelah hampir seminggu aku cuti semperna tahun baru cina akhirnya aku kembali semula ke tempat kerja. Sebenarnya tak sampai seminggu pun cuti adalah dalam 6 hari...kalau tambah satu hari barulah genap seminggu...

Hari pertama kerja selepas naik cuti tahun baru cina rasanya macam hari pertama datang kerja. Aku datang macam biasa taklah awal sangat dan tak lewat sangat. Sampai-sampai je kat tempat kerja aku tengok pintu pejabat masih belum buka. Adalah dalam 20 minit juga tunggu dekat luar nak tunggu boss datang bawa kunci. Dah tahu pegang kunci boleh pula dia datang lambat...ish ish ish...

Kemarahan aku pada boss akhirnya reda setelah sampul merah dihulurkan kepadaku. Wah...boss bagi aku angpau. Gila excited nak buka sebab aku tengok dari luar sampul tu macam RM50...tapi bila buka agak hampa juga ar... rupa-rupanya dalam tu hanya ada RM5 je.... Punyalah kedekut boss aku nie...

Untuk kali keduanya aku ikut kak yan pergi inspection. Mula-mula berdebar juga sebab ingatkan dia nak pergi inspection dekat Muar, rupa-rupanya dekat telok mas je...nasib baik, kalau tak dah tentu pukul 7 malam baru aku sampai rumah...

Oh ya, tadi pagi aku kena kira MFA dan AFA untuk rumah teres dua tingkat. Punyalah complicated plan floor rumah tu. Hai....nasib baiklah aku nie ada kesabaran yang tinggi kalau tidak dah lama aku koyak-koyak kertas plan floor tu sampai hancur... Sangat-sangat mencabar, barulah aku tahu untuk kira MFA dan AFA bukanlah semudah 1+1=2...

Nota: MFA tu main floor area dan AFA tu ancillary floor area... budak-budak penilaian harta tanah wajib tahu ini ya.......

Tuesday, February 1, 2011

Semalam waktu aku tengah tekan-tekan remote control tv tiba-tiba tangan aku nie tertekanlah no 3. Maka muncullah drama Gemilang dekat skrin tv. Entah macam mana tangan aku terus terkaku dan mata aku terus tidak beralih daripada skrin.

“Ha…nielah cerita yang keluar dalam surat kabar tu. Lisdawati dengan Eja belakon. Hero dia Farhin Ahmad.” Aku pun menjeritlah pada adik aku. Padahal dia duduk dekat belakang aku je tapi sebab terlalu excitedkan tu yang menjerit tu.

“Eh ya ke angah…”balasnya sambil matanya juga tidak beranjak dari skrin tv.

Tunggu punya tunggu sekali tak muncul-muncul pulak Farhin Ahmad dalam cerita nie. Tiba-tiba keluar ar Tizz Zaqyah…

“Eh, bukanlah. Nie cerita gemilangkan. Oooo….yang aku cakap Eja belakon tu cerita lain…hehehe…”ujarku perlahan.

“Cerita nie Tizz Zaqyahlah yang belakon angah…”balas adikku.

“Ha’alah…”aku terus diam.


Bila aku tengok cerita gemilang semalam, aku terus teringat dekat Cikgu Busra…cikgu matematik aku waktu aku sekolah rendah. Sebab cikgulah saya hafal sifir 2 sampai 9. Mana taknya, bila waktu kelas dia je semua kena baca sifir sebelum dia masuk kelas. Kita orang satu kelas kena sambut kedatangan cikgu tu dengan sifir. Time kelas dia je semua kena senyap. Mana boleh bercakap dalam kelas. Tapi aku nie bukan pelajar yang baik dan dengar katakana. Pernah jugalah sekali tu kepala aku nie kena ketuk dengan buku teks darjah 4. Kalau nipis tak apalah juga nie tak punyalah tebal buku teks tu. Pening kejap…

Kalau tak ada kerja rumah mesti tak sah. Tiap-tiap hari mesti ada je buah tangan (kerja sekolah) yang cikgu tu bagi. Buku kalau tak bertampal-tampal dua tiga buah memang tak sah. Pembetulan yang salah memang wajib buat. Hampir semua latihan dalam buku teks tu kena buat. Lepas tu, kena ada sebuah buku sifir. Buku sifir tu pulak kena buat sendiri. Aku terpaksa habiskan masa cuti sekolahku untuk buat sifir. Sampaikan aku siap bawak balik kampung lagi buku sifir tu…

Kenangan sungguh. Sampaikan mak aku pun beli buku rujukan matematik sebab nak ajar aku matematik dekat rumah. Dulu waktu aku darjah 1,2 dan 3 aku nie kurang sikit dengan matematik nie. Tapi bila naik je darjah 4 dan 5, cikgu nielah yang ajar aku matematik sampai aku habis sekolah menengah pun aku tak pernah gagal dalam subjek matematik nie….



Nota: Rindunyalah zaman sekolah dahulu kala. Doremon, boleh pinjam skrin tv masa lampau tak aku nak tengok semula kenangan-kenangan aku di zaman aku sekolah rendah… Futurama, ada taka lat yang canggih sehingga membolehkan aku mengesan dimanakah kawan-kawan aku zaman sekolah dulu…. Upin dan ipin, jom kita pergi mengembara bersama untuk mencari kawan-kawan lama aku….. Conan tolong siasat dimanakah tempat tinggal mereka sekarang.

Thursday, January 27, 2011

890123…

23/1 yang lepas merupakan hari ulang tahun ex-roommate aku waktu dekat matrikulasi zaman dahulu kala. Aku nie dengan semangatnya (konon nak jadi orang pertamalah wish birthday dia) hantarlah mesej melalui fb pada dia. Nak hantar guna sms tapi waktu tu kredit tak ada pula. Nak guna telefon rumah call dia tapi dah tengah malam waktu tu takut ganggu dia tengah tidur pula. Nak hantar surat tapi takut lambat sampai. Nak hantar guna e-mail tapi alamat e-mail pun tak ada. Nak sembang guna ym tapi ym dia tak on. Banyak betul halangan jadi mukabuku jelah yang paling berguna masa tu.

Kek buat Zubaidah a.k.a Idah/Zu

Eh, dia tak tidur lagi rupanya…Nie mesti member-member dia buat birthday party untuk dia sebab tu dia tidur lambat nie. Tadi aku hantar mesej selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 21 tahun…lepas tu dia balas yang dia bukan 21 tapi dah 22 tahun nie… Jap3x…22 tahun? Dia tua daripada aku setahunlah maknanya…tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun waktu kat matrix dulu. Pelik nie…

Dengan pelik, hairan dan confusenya aku pun tanyalah dia… Manalah tau selama nie dia berahsia dengan aku bab-bab tahun lahir nie. Dia pun balas, eh…kitakan 22 tahun, tahun nie. Kamu nie perasan mudalah… Oh, tidak!!! Aku dah 22 tahun ke???


Ok, nak sambung dengan cerita nie…

Hari ahad lepas, ahad yang baru lepas nie, ya hari ahad yang nie baru je 3, 4 hari berlalu tu…Aku bawalah sepiring kuih talam keladi pergi rumah nenek aku. Hehehe…cucu yang baik, melawat nenek siap bawa kuih talam sepiring lagi…sebenarnya kuih talam tu bukan aku yang buat, ada orang bagi…

Sembang-sembang-sembang dengan nenek tiba-tiba nenek tanya pula soalan yang memang selalulah dia akan tanya setiap kali aku jumpa dia…Ha..cuba teka soalan ape? Ha, tanya kabar? Dah makan ke belum? Bila nak abis belajar? Macam mana praktikal?

Ok, semua salah…soalan yang biasa dia tanya ialah…. Angah dah ada pakwe? (Semua family aku panggil aku angah sebab anak no 2 kan) Gila mencabar soalan nenek bagi…

Aku dengan muka buat-buat terkejut pun buat-buat tanya apa nenek cakap tadi. Saje je buat-buat tak dengar pula dengan soalan-soalan macam tu. Nenek pun tanyalah soalan yang sama, aku bajet nenek tukarlah soalan lain rupanya dia tanya soalan yang sama gak. Aku pun jawablah dengan yakin dan semangatnya…”Tentulah, tak ada nek….”hehehe…

Bila aku balik rumah, aku ceritalah yang aku dah bagi kuih talam keladi tu kat nenek siap bersembang dengan nenek lagi.

Mak pun cakap, “bagi kuih ada makna tu.”

Abah pula cakap, “Dalam cerita P.Ramli tu…pelajar mengurat anak tok guru tapi kau nie anak tok guru mengurat pelajar.”

Sebenarnya, kuih talam tu mak kawan aku @ kawan abah dan mak yang bagi. Aku belajar silat dekat rumah dia, lepas abis silat tu dia bagi kuih talam tu suruh aku bagi kat mak aku. Tu yang jadi isu sekarang nie….

Aku pun pandang abah dan berkata, “Abah nak hantar orang belajar silat dekat MMU ke?” hehehe…ayat berbau ugutan disitu.

Mak pula berkata, “Abang, karang ada pula yang tak nak pergi belajar silat dah.”

Aku dalam hati berkata…’tau tak pa.’

Aku memang tidak suka dan tidak gemar dengan benda-benda yang macam nie. Tolonglah jangan laga-lagakan aku dengan sesiapa sebab aku bukannya ikan laga. Mak dengan abah nie ada-ada je nak kenakan aku. Dulu dengan anak ustazah sekarang dengan anak tok guru pula…entah ape-ape je…

Kata2 azimatku: Aku dah 22 tahun dan mempunyai 2 orang anak tapi tak ada suami. Hehehe…itu maknanya yang dua orang anak itu adalah anak buahku. Usiaku masih muda dan perjalanan hidupku masih panjang…sijil ijazah belum lagi kugenggam, impian aku belum lagi tercapai. Jasa ibu dan ayah juga belum lagi aku balas… So, yang tak penting tolak tepi dulu ya….