Sunday, February 27, 2011

My big boss

Hari jumaat yang baru nie, tiba-tiba je big boss tempat aku buat praktikal tu datang dari Kuala Lumpur. Aku pun buat biasa jelah, takkan nak buat luar biasa pula kan… Dia datang tengah hari selepas lunch hour. Syarikat tenang jugalah hari tu, yalah semua tidak dibenarkan keluar buat inspection hari tu. Tapi, adalah seorang kakitangan atau nama lain dia pekerja tetap nie, tak masuk kerja. Entahlah, mana dia pergi malas aku nak ambil tahu.

Big boss syarikat tempat aku buat praktikal nie gelaran datuk tau. Alaa…bukan datuk yang ada cucu tu tapi datuk pangkat. Dia masuk je dalam pejabat terus dia pergi tengok2 semua tempat dalam pejabat. Adalah dia masuk dalam bilik tempat aku duduk. Aku pun bangunlah, sekali dia hulur tangan pula. Dalam nak tak nak aku pun sambutlah, dalam hati aku cuma anggap dia nie macam atuk-atuk aku je. Hehehe…

Lama jugalah dia duduk dalam pejabat tu, dari pukul 4 sampai pukul 5 petang. Bila dia keluar je, mulalah kakak2 dan abang senior aku tu buat agenda dia. Alaaa…macam aku jugalah, bila dia balik je dah mula nak cerita apa yang berlaku…atau nama lain buat kesimpulan sendirilah. Kelakar je tengok senior2 aku nie…Oh ya, aku tak join diorang ok. Tak kuasa aku nak join…tapi aku tumpang dengar je…hehehe…

Ha, bila nak balik tu…sempat pula abang senior aku tu cakap “nak balik dah ke, ke balik dengan datuk? Datuk dah tunggu tu kat bawah.” Emm…sabar jelah dengan senior aku nie. Kalau ikut hati nak je aku menjeri dekat dia biar dia tersentap kejap. Hehehe…

Oh ya, aku sukalah dengan cara datuk tu. Sangat perihatin dan mengambil berat terhadap semua pekerja bawahan dia sampaikan office boy kat pejabat aku tu pun dia layan baik je. Suka3x…nie yang rasa nak terus kerja dekat syarikat tu je lepas habis belajar dekat u nanti. Satu lagi, aku mula terfikir yang aku nak sambung ambil lesen untuk valuer ar lepas habis belajar nie. Emm…untuk sambung master tu, mungkin tidak kut sebab dengan adanya lesen tu aku bolehlah buka syarikat sendiri.

Secebis nota dinding: Aku akan cuba buat yang terbaik untuk assignment kali ini dengan adanya bantuan daripada kakak dan abang senior aku. “Senior…tolong I ya…sayang senior lebih…..”hehehe….

No comments:

Post a Comment