Tuesday, February 8, 2011

Tahun Baru Cina...

Salam semua... salam satu malaysia...

Setelah hampir seminggu aku cuti semperna tahun baru cina akhirnya aku kembali semula ke tempat kerja. Sebenarnya tak sampai seminggu pun cuti adalah dalam 6 hari...kalau tambah satu hari barulah genap seminggu...

Hari pertama kerja selepas naik cuti tahun baru cina rasanya macam hari pertama datang kerja. Aku datang macam biasa taklah awal sangat dan tak lewat sangat. Sampai-sampai je kat tempat kerja aku tengok pintu pejabat masih belum buka. Adalah dalam 20 minit juga tunggu dekat luar nak tunggu boss datang bawa kunci. Dah tahu pegang kunci boleh pula dia datang lambat...ish ish ish...

Kemarahan aku pada boss akhirnya reda setelah sampul merah dihulurkan kepadaku. Wah...boss bagi aku angpau. Gila excited nak buka sebab aku tengok dari luar sampul tu macam RM50...tapi bila buka agak hampa juga ar... rupa-rupanya dalam tu hanya ada RM5 je.... Punyalah kedekut boss aku nie...

Untuk kali keduanya aku ikut kak yan pergi inspection. Mula-mula berdebar juga sebab ingatkan dia nak pergi inspection dekat Muar, rupa-rupanya dekat telok mas je...nasib baik, kalau tak dah tentu pukul 7 malam baru aku sampai rumah...

Oh ya, tadi pagi aku kena kira MFA dan AFA untuk rumah teres dua tingkat. Punyalah complicated plan floor rumah tu. Hai....nasib baiklah aku nie ada kesabaran yang tinggi kalau tidak dah lama aku koyak-koyak kertas plan floor tu sampai hancur... Sangat-sangat mencabar, barulah aku tahu untuk kira MFA dan AFA bukanlah semudah 1+1=2...

Nota: MFA tu main floor area dan AFA tu ancillary floor area... budak-budak penilaian harta tanah wajib tahu ini ya.......

No comments:

Post a Comment