Monday, March 28, 2011

Menarik juga harta tanah nie...

Semalam I dapat call dari Newzeland…hehehe macam jauh je. Sebenarnya, I dapat call daripada mak angkat I yang duduk dekat Felda Newzeland, Pahang. Ok, jangan tanya I dekat mana sebab I tak pernah sampai sana lagi. (Anak angkat ape dia nie, rumah mak angkat pun tak pernah pergi) Ok2, I tahu salah I. Tapi I belum ada cukup masa untuk ke rumah mak angkat I tu. Mak angkat I sebelum nie duduk Felda Chini, lepas tu mereka sekeluarga pindah Felda Newzeland. Sejak mereka pindah Newzeland tu, I tak pernah lagi pergi melawat mereka dekat sana. Jelas sekarang ya, I bukan tak pernah pergi rumah mak angkat I cuma lepas mereka pindah Newzeland je I tak boleh nak pergi sana sebab I tak tahu Newzeland tu dekat mana. Memanglah I tahu dalam Negeri Pahang cuma belah mana?

Mak angkat I call tanya pasal jurusan I. Adik angkat I baru dapat result SPM, dia dari sekolah teknik dan berminat dengan jurusan I nie. I macam terkejut juga sebab banyak-banyak jurusan yang lain jurusan I nie juga yang dia berminat. I pun terangkanlah serba sedikit tentang jurusan I nie. I ada tanya, adik angkat I tu tak nak masuk matrik ke…mak angkat I cakap, dia tak nak masuk matrik. Rugi tu…matrik adalah zaman yang sangat best. Sebab dekat matriklah buat kali pertamanya I belajar hidup jauh daripada family I. I mula belajar mengenali hati budi kawan-kawan I. Hehehe…sebenarnya, I tak pernah duduk sekolah asrama sebab tulah dekat matrik I belajar banyak benda bila berjauhan dengan family. Paling bermakna, dekat matrik juga I kenal .....

Oklah, buat adik-adik yang baru dapat result SPM tu. Nasihat I, pilihlah jurusan yang betul-betul adik-adik minat. Kalau adik rasa tak boleh bawa jurusan tu, tolonglah jangan mohon…bukan sebab apa, takut nanti adik-adik belajar separuh jalan je. Tak kiralah adik-adik ambil jurusan apa pastikan adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam jurusan yang adik-adik pilih tu.

Oh ya, mesti ada yang tanya…’U ambil jurusan ape?’

I ambil jurusan Pengurusan Harta Tanah. Kalau Uall berminat, bolehlah ambil jurusan nie. Peluang kerja…oklah. Belajar…setakat nie ok lagi. Gaji nanti kerja…nanti bila I kerja I bagi tau.

Nota: Buat adik-adik yang baru dapat result tu nasihat I, silalah rujuk senior-senior yang pernah ambil jurusan yang korang nak ambil tu sebab takut korang hanya terpengaruh dengan nama jurusan sahaja. Yalah, dengan nama jurusan punyalah best dan gempak tapi bila U dah start belajar rupanya U tak boleh bawa jurusan tu…susah juga. Dah kena tukar jurusan pula.

I rasa I sukalah guna I dan U bila menulis. Sebab ianya lebih ringkas dan jimat ruang. I = aku/saya, U = kamu/awak dan Uall = korang... hehehe....

No comments:

Post a Comment