Tuesday, March 29, 2011

Tali Ukur.

Teringat pula waktu zaman sekolah dulu. Ada seorang cikgu kaunseling nie suka sangat bawa tali ukur. Kebanyakan kita orang panggil cikgu nie cikgu tali tape. Nak tau sebab ape? Cikgu kauseling tu selalu bagi gambaran yang kehidupan seseorang itu sepanjang tali pengukur kain. Kebiasaannya, panjang tali pengukur kain ini hanya 5 kaki = 60 inci sahaja.



"Sekarang kamu berada di sini. 15 tahun yang lepas telah kamu tinggalkan kini hanya ada 45 tahun lagi. Dua tahun lagi kamu akan habis belajar. Dua tahun inilah yang akan menentukan kehidupan kamu lagi 43 tahun akan datang. Jadi gunakan sebaik mungkin selama dua tahun ini supaya kehidupan kamu 43 tahun yang akan datang tidak sia-sia."

Nota: Aku akan sentiasa ingat apa yang guru aku pesan padaku. Walaupun aku dah tinggalkan sekolah tu dekat 5 tahun tapi kenangan sepanjang aku berada dekat sekolah tu tak akan aku lupakan. (‘’,)

No comments:

Post a Comment