Tuesday, December 11, 2012

Saya manja, saya tahu...

Salam...

Cuma nak tulis, aku manja itu aku akui tapi aku cuba untuk kurangkan mengadu atau mengeluh. Aku akui aku masih lagi mengeluh dalam sesetengah perkara tapi aku juga dalam usaha untuk mengurangkannya. Aku tahu, kadang2 aku suka juga mengadu...dan aku juga sedang cuba untuk kurangkan mengadu2 nie. Aku tak nak ketara sangat nampak macam manja. 

opss...malunya...

Aku akan cuba bersyukur dengan segala yang ada. Terima seadanya dengan apa yang aku ada dan perolehi. Tidak pertikaikan dengan kawan2 sekiranya apa yang aku perolehi itu kurang daripada mereka (terutama bab gaji) hehehe...

Aku tak perfect tapi aku akan cuba berusaha untuk memperbaiki diri ini. Yup, agak banyak kekurangan tapi oklah kalau aku sentiasa berusaha untuk top up sikit2 apa yang kurang tu. Itu pun kenalah dengan semangat yang tinggi untuk berubah + doa mak dan abah + sokongan oleh adik beradik + dorongan dari kawan2 dan semua orang... =)

Saya bukan nak jadi sempurna cuma ingin menjadi seorang yang berguna...

Tuesday, November 20, 2012

Kata kawan...


Saat awal kita berkenalan...

Engkau hulurkan tangan saat aku terjatuh...

Kini persahabatan kita hanya di mukaa buku...

Kau Kawan aku, Aku kawan Kau… Ok?

Kawan, kadang2 nampak macam penyibuk. Semua benda nak tegur. Sikit2 nak cakap benda yang sama. Bila bercakap je, suka ulang benda yang sama. Suka sangat menyibuk jaga tepi kain orang. Macamlah dia tu perfect sangat...

Untunglah, ada kawan. Mereka bising pun sebab sayang dekat kita. Bagi nasihat pun sebab tak nak kita terleka dengan duniawi nie. Cakap benda yang sama supaya kita ingat. Tegur tu perkara biasalah, kalau tak tegur nanti kesian pula asyik duk buat salah je.

Kira untunglah ada kawan. Boleh jadi alarm untuk kejut bangun subuh. Boleh jadi teman untuk pergi makan. Boleh jadi perancang perbelanjaan bila tengah tak ada duit. Boleh jadi perunding pemakanan, jaga makan minum kita. Boleh jadi jururawat, toleng rawatkan time2 demam ke sakit ke. Boleh jadi cikgu, minta dia tunjuk ajar waktu tak faham apa yang pensyarah ajar.

Ha, tak nampak lagi apa gunanya kawan ke????

Hargai persahabatan yang telah terbina sementara sahabat masih lagi disisi. Jangan nanti tidak sempat nak maaf saat jasatnya sudah tidak bernyawa lagi… (‘’,)


Saturday, November 17, 2012

S.A.B.A.R


Lumrah dalam persahabatan ada sedih, duka, marah, geram, sakit hati, makan hati, terasa, merajuk, menangis, merungut dan sebagainya… Itulah, dalam persahabatan ini yang paling penting adalah sifat sabar. dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


‘Aku sering geram dengan beberapa perkara yang sahabat aku lakukan. Inginku katakana padanya tapi aku takut dia marah semula pada diriku ini…’
‘Aku pernah terasa dengan sikap kawanku sehingga kadang2 aku menangis sendiri…’
‘Aku pernah sakit hati dengan beberapa ayat yang keluar daripada mulut teman2ku…’

Kami semua...
Aku cuba berfikiran positif, ada sesetengah perkara yang aku tidak suka pada mereka dan mungkin dalam masa yang sama ada beberapa perkara pada diri ini yang tidak disukai oleh mereka juga. Jadi, adilkan… aku tidak suka pada sikap mereka dan mereka juga ada tidak suka pada sikap aku. Jadi, untuk kekalkan persahabatan ini, kami sama2 saling menghormati satu sama lain dan terima seadanya kelemahan dan kelebihan sahabat2…

Indahnya persahabatan itu andai semua saing menerima kekurangan dan kelebihan masing2…

Aku dan mereka... 

 Thanks, terima kekurangan diri ini dan terima kelebihan diri ini juga…

Wednesday, November 14, 2012

Senyum...

Salam...

Senyumlah, sebab senyumanmu itu sungguh menawan dan boleh membuat hati tertawan... Opss, hati2 jangan sampai ada yang tersalah tafsir pula dengan senyumanmu itu. Tak perlu senyum 24 jam cuma senyumlah bila perlu...

Senyum sewaktu dirimu sedang menghadapi masalah supaya masalah itu tidak terus mengganggu hatimu buat selama-lamanya. 
Senyum sewaktu musuhmu menghina dan mencacimu supaya mereka berhenti mencaci dan menghinamu.
Senyum sewaktu orang lain memberi nasihat, supaya mereka tahu yang nasihat mereka itu kamu terima dengan hati terbuka.
Senyum sewaktu orang lain menghulurkan bantuannya supaya mereka tahu yang kamu berterima kasih dengan bantuan mereka itu.
Senyum sewaktu kamu strees supaya streesmu cepat hilang.
Senyum sewaktu mereka cuba untuk memaksamu supaya mereka reda melihat senyumanmu itu.


Kan cantik kalau sentiasa senyum...

Senyuman adalah senjata yang tersembunyi...

Aku sentiasa senyum sehingga mereka memandang pelik kearahku. Makin mereka memandang pelik makin aku senyum...
Aku sentiasa senyum sehingga orang menyangka yang aku tidak pernah mempunyai sebarang masalah tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada masalah...
Aku sentiasa senyum sehingga aku lupa yang mereka pernah membuat jahat pada diri ini, tapi aku akui, semua orang tidak lari daripada melakukan kesalahan.
Aku sentiasa senyum sehingga ada yang tertarik dengan senyumanku, tapi sebenarnya niat aku senyum bukanlah untuk menarik perhatian orang padaku.

Senyumlah...

Senyuman boleh menghilangkan masalah yang ada...


* Jadi kesimpulannya, silalah senyum sebab senyumanmu itu sangat menawan. Tak perlu bermasam muka kerana ia tidak cantik dan membuatkan mukamu semakin cepat berkedut... hehehe...('',)

Tuesday, November 6, 2012

Aku, dia dan tong sampah...

Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal cerita Aku, dia dan tong sampah pun cuma nak cerita pasal hero cerita tu je sebenarnya. Lepas tengok cerita Aku, dia dan tong sampah nie, aku pun terus cari cerita2 lain lakonan hero cerita tu dan akhirnya...jumpalah cerita Kampung semarah padi. Lepas tu jumpa pula cerita Janji jujur sepi, hero yang sama jadi hero juga. Tiba-tiba terfikir, banyaknya cerita yang dia dah berlakon dan jadi hero. Lepastu, aku cuba mengimbas kembali...cerita lakonannya yang bernah aku tengok sebelum nie. Dan akhirnya, aku teringat pada cerita Juvana. Oh, mungkin dari cerita Juvana tulah aku mula minat tengok dia berlakon kut. Sebab lepas cerita Juvana tu, aku tengok cerita Gemilang pula. Dia juga berlakon. Lepas daripada cerita Gemilang tu, aku nak tengok cerita Cita & Cinta tapi masa sangat terhad membuatkan aku tidak dapat mengikuti cerita Cita & Cinta pada masa itu. Aku pernah juga ikuti cerita Geng Surau, best gak ceta tu dan dia pun berlakon dalam cerita tu. Dalam cerita Jujur aku dayus pula, dia buat aku salah faham dekat dia pada awal cerita tu. Pelangi Kasih aku tak tengok sebab tak suka heroin dalam cerita tu. Tak sabar rasanya nak tengok cerita Istanbul aku datang sebab dalam cerita tu dia pun berlakon lagi.

Apalah yang aku mengarut dekat perenggan pertama diatas nie... Haiii...asalnya nak cerita pasal hero cerita aku, dia dan tong sampah tapi nampaknya aku macam menyenaraikan semua cerita lakonan hero dalam cerita tu je... Hero itu ialah Beto Kusyairi...


Tujuan asal sebenarnya nak tulis yang muka 
Beto Kusyairi nie lebih sikit kurang muka 
salah seorang kawan seuniversiti aku je 
sebenarnya... hehehe....('',)


Friday, November 2, 2012

Sahabat...

Assalamualaikum...

Bila tengok2 gambar lama, tiba2 terasa nak cerita pasal sahabat pula. Nak cerita pasal seorang sahabat yang sangat baik dan banyak mengajar. Sahabat ini juga yang pernah panggil aku perfect suatu masa dahulu. Ok, aku memang x ingat langsung sebab apa. Bila tanya dia balik, dia pun cakap dia x ingat juga sebab apa dia panggil aku macam tu. Sekarang tak dah, nama tu dah x valid lagi...hehehe...


Oh, sahabatku...

Sahabat nie, pakaian dia tak pernah berubah sebab tu aku berani letak gambar dia. Dia akan sentiasa menjaga solat dan auratnya walau dimana sahaja dia pergi. Sebab tu bila dengan dia, aku rasa terjaga. Walaupun kadang2 perangai dia agak gila2 tapi dia tetap jaga tingkah lakunya. Aku cuba pelajari itu daripadanya. Pelajari bagaimana untuk jaga solat dan aurat walau kemana sahaja aku berada...

kami berdua...

Ayat dia yang paling aku ingat..." Kenapa nak menipu, cakap yang betulkan senang." Lebih sikit kurang macam nielah, dan sampai sekarang aku ingat dan aku cuba untuk tidak menipu. Thanks sahabat... (",)

Wednesday, October 24, 2012

Apa salahku...

Apalah salah aku sampai mereka sanggup tidak menegurku dalam setiap pertemuan yang tidak disengajakan.  Selama tiga tahun kita bersama dalam satu pasukan + setahun bersahabat masih tidak cukup untuk membuatkan mereka menegurku setiap kali berjumpa. Apalah salah aku pada mereka? 

Sekiranya mereka tahu yang aku sentisa memandang dan menganggap mereka adalah baik disaat orang lain mempertikaikan kebaikan dan perwatakannya, mungkin mereka akan menghargai setiap pertemuan ini... Selagi mereka tidak merasa manisnya pertemuan yang tidak dirancang ini, selagi itulah aku yang akan menjadi orang pertama untuk menegur dan bertanya kabarmu...kerana engkau adalah sahabatku. 

Manisnya persahabatan, dalam bersahabat tiada istilah bakal dan tiada istilah bekas. Oh, manisnya ukhwah itu sekiranya mereka tahu menghargainya...

Sunday, October 7, 2012

Kini kejayaan digenggaman...

Ku bertanya pada diri apa nak jadi bila besar nanti
oh, jawabnya... 
I wanna be somebody...
Bilaku sedar kemampuan tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian...

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku...
Aku yang menentukannya...
Kejayaan... 
Bukan percuma haaa...
Malas usaha...
Kelompang jiwa...

Telahku bukti pada semua...
Bersungguh pastikan berjaya...
Kukini mampu melakukannya...

Jangan jemu pada ilmu...
Dengannya kita akan dimulia...
Dan jadilah orang yang berguna...

Tuhan tak akan mengubah nasib kita...
Selagi tak usaha...
Kepada yang lebih baik...
Tak tahu bertanya, orang bijaksana...
Setelah berjaya...
Janganlah alpa...


Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku...
Aku yang menentukannya...
Kejayaan... 
Bukan percuma haaa...
Malas usaha...
Kelompang jiwa...


Tuhan tak akan mengubah nasib kita...
Selagi tak usaha...
Kepada yang lebih baik...
Tak tahu bertanya, orang bijaksana...
Setelah berjaya...
Janganlah alpa...




Alhamdulillah, dah berjaya mengambil jubah konvo setelah 4 jam beratur didepan banggunan cimb. Huu...penat kut berdiri... nasib baik aku dah pernah ada pengalaman berdiri berjam2, jadi tak adalah masalah2 seperti lengoh kaki atau mengeluh yang keluar kat mulut... Terima kasih PALAPES, banyak benda yang aku belajar sepanjang aku berPALAPES dalu yang boleh diapplykan dalam kehidupan seharian kini... 

Nota: Ramai sahabat2 dan saudara maraku yang menyambut hari bahagia mereka sejak dua menjak ini seperti kelahiran, perkahwinan dan pertunangan... Aku juga ada hari bahagia aku sendiri... Mak, abah dan adik2 ini hari bahagia kita... ('',)



Tuesday, October 2, 2012

Pin bunga2 untuk dijual...

Assalamualaikum...

Pin Bunga2...

Bunga2 di Tudung...
Bunga2 pelbagai warna...
Bunga2 di Tudung dan Baju...

Nak try jual pin bunga2 ini...
Mana tahu ada orang yang berminat...
Nie hasil tangan kakak saya...
Sangat cantik dan
berw
arna-warni...


Cuma pakai ikut warna kesukaan anda...
Atau mungkin boleh pakai ikut warna baju atau tudung...
Lagi cantik bersama dengan selendang dan tudung...
Sesuai untuk segala keadaan dan majlis...



Nah pakai kasut saya...



Benda basic dalam kehidupan: Cuba memahami orang lain. Mungkin benda basic untuk aku tapi bukan untuk mereka yang lain kut. Macam mana nak tulis dalam ayat yang mudah faham ya…emmm… “Ha, kita dilahirkan dalam keluarga yang berbezakan. Masa pun berbeza cuma tahun je sama (itupun kalau samalah). Jadi, macam mana kita nak anggap yang mereka2 ini melalui kehidupan yang sama dengan kita? Cuba fikirkannnn....…”

"saya nak cuba memahami perasaan tuan yang bela saya." Kata Si Comel Puteh...

Kadang2 geram tengok mereka2 yang ingin mengajak kepada kebaikan tetapi dengan cara paksaan. Bukan apa, guna kelembutankan boleh kenapa ingin memilih cara paksaan. Ingat mereka2 tu budak2 ke yang kena paksa2. Cubalah ajak secara baik, semua orang suka je kepada kebaikan dan ingin je buat baik tapi kalau awal2 lagi dah kena perli2 dan paksa2 sapalah yang boleh tahan. Guna kelembutan dan kata2 yang manis. Biar lambat penerimaan mereka sebab suatu hari nanti mereka akan ingat ajakan itu sampai bila2. Dengan cara paksaan apa yang kamu dapat? Kelak mereka akan menjauhkan diri dari kamu dan cuba untuk mengelak dari berjumpa denganmu… Itukah tujuan utamamu? Bukankah tujuan utamamu mengajak mereka melakukan kebaikan bersama-sama? Just think about that…

Manusia dikawal oleh satu hati. 
Baik hatinya maka baiklah akhlaknya. 
Jika buruk hatinya maka buruklah akhlaknya.

Saturday, September 29, 2012

Sepupuku nikah...

Assalamualaikum...

Hantaran pertunangannya...

Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku nikah. Dia seorang sepupu dan dia juga seorang kawan bagiku. Al-maklumlah, kamikan satu kelas dulu. Waktu mula2 masuk sekolah menengah aku akui aku memang tak ada kawan. Nak ada kawan macam mana kalau aku darjah 6 baru pindah Melaka. Jadi agak susahlah aku untuk mendapat kawan di waktu tingkatan satu dahulu. Nasib baik ada sepupuku ini, dialah yang menjadi kawanku sebelum aku jumpa dengan mereka2 yang lain.

Zaman sekolah menengah pun telah lama berlalu. Banyak perkara2 baru yang aku lalui. Persahabatan datang dan pergi sehingga ke saat ini membuatkan aku dan sepupuku tidak serapat dahulu. Kami mempunyai kerjaya yang berbeza. Kesibukkan kami seharian membuatkan aku kadang2 terlupa akan sepupuku ini dan aku akui satu perkara, aku agak susah untuk menghubungi sahabat2ku. Ini mungkin satu kelemahanku.

Apa2 pun aku nak ucap tahniah pada sepupuku ini. Akhirnya dia memilih untuk mengakhiri zaman remajanya untuk bersama dengan seseorang yang dia percayai. Buat sepupuku, minta maaf tidak dapat menghadiri majlis pernikahanmu kerana aku masih bergelar pelajar dan banyak perkara yang perlu aku lakukan. Aku akan cuba menghadiri majlis persandinganmu nanti...

Ok, jangan tanya aku bila pula sebab aku memang tak ada jawapan untuk itu. Lagipun akukan masih belajar... jadi aku rasa ini adalah sebab yang kukuh untuk aku tidak mengikut jejak langkah sepupuku ini.

Gambar sekadar hiasan selepas diedit...



~✿>> Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta..
semua hanya sekadar kawan, 
maafkan saya..apabila melihat dirimu bahagia, 
saya turut menumpang bersama, 
terima kasih..
ingatlah kamu akan JANJI Ilahi :


"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, 
DIA akan menggerakkan keduanya..
tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, 
maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

"Kiranya tiada cinta insan untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku,
Moga kelak akan ada cinta untukku, daripada insan yang mencintai Allah,
Sebagaimana cintaku terhadapNYA..."

Wassalam...

Thursday, September 27, 2012

Kursus Haji Perdana


Alhamdulillah, syukur sangat dapat terlibat dengan kursus haji perdana baru-buru ini. Serius, awal2 tu memang malas sangat nak join benda2 macam nie tapi bila dah join rasa best pula. Lepas nie kalau ada lagi program macam nie, InsyaAllah aku akan cuba untuk menjadi sukarelawan dengan suka dan relanya.

Dibawah ini adalah serba sedikit temu ramah aku bersama beberapa orang wartawan yang tidak dikenali. Mereka terlalu ingin tahu akan penglibatan aku didalam program kursus haji perdana ini. Hayatilah….

Apa yang best sangat dengan program kursus haji perdana nie?

Haaa…mai nak ceta… Kursus haji perdana nie dibuat khas untuk mereka2 yang bakal mengerjakan haji dan umrah. Kursus ini macam praktikal untuk bakal2 haji dan umrah sebelum mereka pergi mengerjakan umrah dan haji.

Apa yang jemaah2 haji dan umrah tu buat dalam kursus haji perdana nie?

Mereka diajar bagaimana untuk melakukan tawaf, saie, dan melontar batu. Pengajaran adalah melalui taklimat bersama dengan praktikal.

Apakah tugas Cik Mun dalam Kursus haji perdana ini?

Oh, untuk Kursus haji perdana ini…saya merupakan salah seorang sukarelawan. Terdapat banyak juga sukarelawan yang terlibat untuk kursus haji perdana ini. Dan saya sukarelawan untuk bahagian ibadah. Saya akan mengiringi bakal2 jemaah bergerak ke tempat2 seperti padang kawad dan tasik untuk mereka melakukan praktikal di sana.

Adakah ini penglibatan Cik Mun dalam program2 sukarelawan seperti ini?

Tidaklah, sebelum ini saya pernah juga mengikuti beberapa program yang berunsurkan sukarelawan seperti ini tetapi inilah pengalaman pertama saya menjadi sukarelawaan untuk program kursus haiji perdana ini.

Adakah Cik Mun akan terus menjadi sukarelawan untuk program kursus haji perdana untuk masa akan datang?

InsyaAllah. Saya sangat suka menjadi sukarelawan untuk kursus haji perdana dan kalau program ini diadakan lagi saya berharap saya dapat mengikutinya lagi.

Untuk soalan terakhir, apakah ucapan Cik Mun pada bakal2 jemaah haji dan umrah ini?

Untuk semua bakal2 haji dan umrah yang akan mengerjakan haji dan umrah, saya berharap semoga semua bakal2 jemaah dapat melakukan haji dan umrah mereka dengan elok dan sempurna. Semoga tiada masalah yang dihadapi oleh semua jemaah dan semoga mereka sentiasa sihat untuk terus melakukan ibadat di sana.

Terima kasih Cik Mun kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama kami untuk temu ramah ini. Semoga Cik Mun akan terus aktif dalam program2 sukarelawan seperti ini lagi. Terima Kasih.

Sekian...

***tak dapat nak masukkan gambar sebab terdapat masalah2 yang tidak boleh dielakkan dan dipinggirkan...