Wednesday, November 14, 2012

Senyum...

Salam...

Senyumlah, sebab senyumanmu itu sungguh menawan dan boleh membuat hati tertawan... Opss, hati2 jangan sampai ada yang tersalah tafsir pula dengan senyumanmu itu. Tak perlu senyum 24 jam cuma senyumlah bila perlu...

Senyum sewaktu dirimu sedang menghadapi masalah supaya masalah itu tidak terus mengganggu hatimu buat selama-lamanya. 
Senyum sewaktu musuhmu menghina dan mencacimu supaya mereka berhenti mencaci dan menghinamu.
Senyum sewaktu orang lain memberi nasihat, supaya mereka tahu yang nasihat mereka itu kamu terima dengan hati terbuka.
Senyum sewaktu orang lain menghulurkan bantuannya supaya mereka tahu yang kamu berterima kasih dengan bantuan mereka itu.
Senyum sewaktu kamu strees supaya streesmu cepat hilang.
Senyum sewaktu mereka cuba untuk memaksamu supaya mereka reda melihat senyumanmu itu.


Kan cantik kalau sentiasa senyum...

Senyuman adalah senjata yang tersembunyi...

Aku sentiasa senyum sehingga mereka memandang pelik kearahku. Makin mereka memandang pelik makin aku senyum...
Aku sentiasa senyum sehingga orang menyangka yang aku tidak pernah mempunyai sebarang masalah tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada masalah...
Aku sentiasa senyum sehingga aku lupa yang mereka pernah membuat jahat pada diri ini, tapi aku akui, semua orang tidak lari daripada melakukan kesalahan.
Aku sentiasa senyum sehingga ada yang tertarik dengan senyumanku, tapi sebenarnya niat aku senyum bukanlah untuk menarik perhatian orang padaku.

Senyumlah...

Senyuman boleh menghilangkan masalah yang ada...


* Jadi kesimpulannya, silalah senyum sebab senyumanmu itu sangat menawan. Tak perlu bermasam muka kerana ia tidak cantik dan membuatkan mukamu semakin cepat berkedut... hehehe...('',)

1 comment: