Friday, November 2, 2012

Sahabat...

Assalamualaikum...

Bila tengok2 gambar lama, tiba2 terasa nak cerita pasal sahabat pula. Nak cerita pasal seorang sahabat yang sangat baik dan banyak mengajar. Sahabat ini juga yang pernah panggil aku perfect suatu masa dahulu. Ok, aku memang x ingat langsung sebab apa. Bila tanya dia balik, dia pun cakap dia x ingat juga sebab apa dia panggil aku macam tu. Sekarang tak dah, nama tu dah x valid lagi...hehehe...


Oh, sahabatku...

Sahabat nie, pakaian dia tak pernah berubah sebab tu aku berani letak gambar dia. Dia akan sentiasa menjaga solat dan auratnya walau dimana sahaja dia pergi. Sebab tu bila dengan dia, aku rasa terjaga. Walaupun kadang2 perangai dia agak gila2 tapi dia tetap jaga tingkah lakunya. Aku cuba pelajari itu daripadanya. Pelajari bagaimana untuk jaga solat dan aurat walau kemana sahaja aku berada...

kami berdua...

Ayat dia yang paling aku ingat..." Kenapa nak menipu, cakap yang betulkan senang." Lebih sikit kurang macam nielah, dan sampai sekarang aku ingat dan aku cuba untuk tidak menipu. Thanks sahabat... (",)

No comments:

Post a Comment