Thursday, September 27, 2012

Kursus Haji Perdana


Alhamdulillah, syukur sangat dapat terlibat dengan kursus haji perdana baru-buru ini. Serius, awal2 tu memang malas sangat nak join benda2 macam nie tapi bila dah join rasa best pula. Lepas nie kalau ada lagi program macam nie, InsyaAllah aku akan cuba untuk menjadi sukarelawan dengan suka dan relanya.

Dibawah ini adalah serba sedikit temu ramah aku bersama beberapa orang wartawan yang tidak dikenali. Mereka terlalu ingin tahu akan penglibatan aku didalam program kursus haji perdana ini. Hayatilah….

Apa yang best sangat dengan program kursus haji perdana nie?

Haaa…mai nak ceta… Kursus haji perdana nie dibuat khas untuk mereka2 yang bakal mengerjakan haji dan umrah. Kursus ini macam praktikal untuk bakal2 haji dan umrah sebelum mereka pergi mengerjakan umrah dan haji.

Apa yang jemaah2 haji dan umrah tu buat dalam kursus haji perdana nie?

Mereka diajar bagaimana untuk melakukan tawaf, saie, dan melontar batu. Pengajaran adalah melalui taklimat bersama dengan praktikal.

Apakah tugas Cik Mun dalam Kursus haji perdana ini?

Oh, untuk Kursus haji perdana ini…saya merupakan salah seorang sukarelawan. Terdapat banyak juga sukarelawan yang terlibat untuk kursus haji perdana ini. Dan saya sukarelawan untuk bahagian ibadah. Saya akan mengiringi bakal2 jemaah bergerak ke tempat2 seperti padang kawad dan tasik untuk mereka melakukan praktikal di sana.

Adakah ini penglibatan Cik Mun dalam program2 sukarelawan seperti ini?

Tidaklah, sebelum ini saya pernah juga mengikuti beberapa program yang berunsurkan sukarelawan seperti ini tetapi inilah pengalaman pertama saya menjadi sukarelawaan untuk program kursus haiji perdana ini.

Adakah Cik Mun akan terus menjadi sukarelawan untuk program kursus haji perdana untuk masa akan datang?

InsyaAllah. Saya sangat suka menjadi sukarelawan untuk kursus haji perdana dan kalau program ini diadakan lagi saya berharap saya dapat mengikutinya lagi.

Untuk soalan terakhir, apakah ucapan Cik Mun pada bakal2 jemaah haji dan umrah ini?

Untuk semua bakal2 haji dan umrah yang akan mengerjakan haji dan umrah, saya berharap semoga semua bakal2 jemaah dapat melakukan haji dan umrah mereka dengan elok dan sempurna. Semoga tiada masalah yang dihadapi oleh semua jemaah dan semoga mereka sentiasa sihat untuk terus melakukan ibadat di sana.

Terima kasih Cik Mun kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama kami untuk temu ramah ini. Semoga Cik Mun akan terus aktif dalam program2 sukarelawan seperti ini lagi. Terima Kasih.

Sekian...

***tak dapat nak masukkan gambar sebab terdapat masalah2 yang tidak boleh dielakkan dan dipinggirkan...


No comments:

Post a Comment