Saturday, September 29, 2012

Sepupuku nikah...

Assalamualaikum...

Hantaran pertunangannya...

Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku nikah. Dia seorang sepupu dan dia juga seorang kawan bagiku. Al-maklumlah, kamikan satu kelas dulu. Waktu mula2 masuk sekolah menengah aku akui aku memang tak ada kawan. Nak ada kawan macam mana kalau aku darjah 6 baru pindah Melaka. Jadi agak susahlah aku untuk mendapat kawan di waktu tingkatan satu dahulu. Nasib baik ada sepupuku ini, dialah yang menjadi kawanku sebelum aku jumpa dengan mereka2 yang lain.

Zaman sekolah menengah pun telah lama berlalu. Banyak perkara2 baru yang aku lalui. Persahabatan datang dan pergi sehingga ke saat ini membuatkan aku dan sepupuku tidak serapat dahulu. Kami mempunyai kerjaya yang berbeza. Kesibukkan kami seharian membuatkan aku kadang2 terlupa akan sepupuku ini dan aku akui satu perkara, aku agak susah untuk menghubungi sahabat2ku. Ini mungkin satu kelemahanku.

Apa2 pun aku nak ucap tahniah pada sepupuku ini. Akhirnya dia memilih untuk mengakhiri zaman remajanya untuk bersama dengan seseorang yang dia percayai. Buat sepupuku, minta maaf tidak dapat menghadiri majlis pernikahanmu kerana aku masih bergelar pelajar dan banyak perkara yang perlu aku lakukan. Aku akan cuba menghadiri majlis persandinganmu nanti...

Ok, jangan tanya aku bila pula sebab aku memang tak ada jawapan untuk itu. Lagipun akukan masih belajar... jadi aku rasa ini adalah sebab yang kukuh untuk aku tidak mengikut jejak langkah sepupuku ini.

Gambar sekadar hiasan selepas diedit...



~✿>> Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta..
semua hanya sekadar kawan, 
maafkan saya..apabila melihat dirimu bahagia, 
saya turut menumpang bersama, 
terima kasih..
ingatlah kamu akan JANJI Ilahi :


"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, 
DIA akan menggerakkan keduanya..
tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, 
maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

"Kiranya tiada cinta insan untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku,
Moga kelak akan ada cinta untukku, daripada insan yang mencintai Allah,
Sebagaimana cintaku terhadapNYA..."

Wassalam...

No comments:

Post a Comment