Saturday, August 8, 2015

Isteri seminggu...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, semalam genap seminggu usia perkahwinanku.... (ce wah... nak update juga kan...)

Malam semalam cik abang tanya, macam mana rasa lepas kawen?
Aku pun diam jelah, tak tau nak jawab apa. Kalau soalan objektif senanglah jawab pakai dadu nie soalan subjektif.... salah jawab dapatlah taklimat ringkas....hihihi....

Sebenarnya, best je lepas kawen nie. Ada orang teman kut, seronok giler.... Tiap2 hari dapat nasihat yang berguna, bolehlah guna untuk baiki diri nie yang tidak sempurna.... Solat pun berdua, tu yang rasa ringan sangat untuk kerjakan solat....

Sepatutnya, hari nie majlis aku tapi disebabkan sepupu cik abang dua orang kawen hari nie.... kami pun buat keputusan awalkan majlis kami.... Keputusan yang tepat ok....

Note: sesiapa yang baca pos nie dan masih single, aku doa2kan korang cepat jumpa jodoh dan kawen.... Best kawen awal....('',) hihihi.....

Saturday, May 30, 2015

sembang kosong...

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak menulis dalam nie, bila bermula je sem pendek... rasa macam masa tu tak cukup je untuk menulis di sini...

Alhamdulillah, sem pendek pun dah habis. Lagi seminggu, sem panjang nak mula dah... sebelum ia bermula aku nak conteng-contenglah cikit dalam nie.... untuk bacaan akan datang....

Cerita yang nak diceritakan:
Setiap kali makan ramai2 dengan kawan-kawan sepejabat, diaorang mesti akan mula bercerita pasal orang nie dan orang tu... Aku banyak dengar je sebenarnya (aku tak suka makan sambil bercakap, kurang sedap makanan tu nanti) tapi kadang-kadang tu ada jugalah mengiyakan dan berkongsi cerita.
Saat semua sedang galak bersembang, aku pun mencapai cawan air untuk minum.... Saat itu aku terpandangkan sisa-sisa makanan yang tinggal di dalam bekas makanan yang baru lepas aku makan... Terdetik di dalam hati..."takutnya aku untuk makan daging saudaraku sendiri...tapi bagai mana aku nak hentikan mereka???" Aku terus mengucap dan berselawat serta memohon maaf kepada ALLAH. Betapa teruknya diri ini, tidak mampu untuk berhenti daripada bercerita tentang orang lain. Aku selalu cakap dalam hati, tak nak dah cerita buruk orang. Tapi, aku selalu mengulangi berkata pasal orang lain... Susahnya nak tetapkan hati...
Sampai satu saat, aku kurangkan cakap pasal orang lain. Itupun setelah orang mula bercerita dan menyebut-nyebut namaku (aku tahu, aku pernah jadi bahan bualan mereka2 di pejabat setahun yang lalu). Aku mula bersangka baik dengan semua orang. Bila ada yang bercerita pasal A, aku mula cakap yang A tu baik gaya dan perwatakannya nampak baik. Tiba2 kawan aku gelak dan cakap, "nampak je baik dia tu, dia sebenarnya bukannya baik sangat".
Apa yang patut aku buat?
Aku cuma tak nak dengar mereka menceritakan buruknya, tapi bila aku buat macam tu... lain pula jadinya...
Tapi, aku tak naklah percaya semua tu...
Bagi aku, semua orang tu baik... cuma kadang2 dia jadi tak baik tu mungkin sebab ada perkara lain yang mengganggu dirinya daripada terus untuk buat baik...

Contohnya, pagi tu dia terbangun lambat... Baju pula tertumpah air waktu tengah sarapan... Masa tengah drive pergi pejabat, ada kereta lain potong barisan dia... Tempat parking dia ada orang ambil... Sampai pejabat lambat... Sampai pejabat bos minta kerja yang dia kena buat semalam tapi kerja tu tak siap lagi... Sebab tulah satu hari dia tak ada mood... Jumpa orang pun rasa nak marah je... Sebabkan satu hari tu atau mingkin beberapa hari yang macam tu menjadikan dia di'cop' sebagai sombong dan bengis...

So, sebab tulah aku tak nak percaya sangat cerita2 yang sampai menyampai nie... rimas, bukan betul pun kadang2 tu...

Macam kawan aku cakap "Dengar boleh, percaya jangan".

Wednesday, March 18, 2015

Demi tugas

Assalamualaikum...

Minggu lepas sepatutnya aku balik melaka sebab aku dah janji dengan mak dan abah nak balik tapi last minute kena kerja pula. Kena jaga booth dekat FACON EDUCATION FAIR di KLCC, promote kolej...

Oklah, demi nak membantu geng2 marketing yang memang tak ramai... aku pun pergilah KLCC. Telefonlah mak abah cakap tak boleh balik tapi aku bagi tau mak abah aku balik minggu nie.

Pada sabtu tengah hari minggu lepas dapat flyers baru untuk 'OPEN DAY KOLEJ' yang akan diadakan pada Ahad ini. Jadi, terpaksa juga kerja Ahad ini. Dalam masa yang sama, sepupu aku pula kawen minggu nie. Dia nikah sabtu malam, majlisnya ahad... Waaaaa.... aku dah janji nak tolong majlis dia.... macam mana nie....

Jumaat nie aku cuti niatnya nak balik rumah, tapi sabtu petang dah kena balik KL semula. Mana cuti aku??? Mana hujung minggu bersama family aku???

Aku dah kerja sabtu ahad di KLCC minggu lepas tapi Lady Bos aku cakap tak boleh claim duit perjalanan sebab dekat. Jadi aku tanya, yang lain kelebihan takkan tak ada? Dia cakap tak ada sebab aku jawatan eksekutif dan dalam buku perkhidmatan tak ada tulis.... Jadi kenapa kau hantar aku suruh buat marketing dekat KLCC??? Hantarlah orang yang jawatan bawah eksekutif kalau macam tu, diaorangkan boleh claim cuti???

Dahlah kena kerja, tak dapat jumpa family, duit elaun makan tak dapat... Malangnya.... Kenapa ada juga manusia yang tak berhati perut macam kau!!! Sakitnya hati nie... Sakitnya tuh di sini ----> hati

Nota: Panas betul dengan Lady Bos tu....

Wednesday, March 11, 2015

Bebas Berkata...

Assalamualaikum...

Nak sangat luahkan segalanya di hati tapi nak luah dekat mana?
Facebook - tak boleh, ramai yang baca nanti.
Wechat - ada pula officemate yang terasa hati.
Instagram - nak kena cop cari publicity murahan ke?
Tweeter - mana ada tweeter.
Blog - okay sangat, sebab tak ramai yang baca.

Ceritanya:
Si A nie dapat pergi Sarawak untuk buat marketing di sana akhir bulan 3 nie. Dia punya happy bukan main. Dia lupa agaknya yang dia tu ada anak2 dan isteri orang pula tu. Tak palah, kita tengok betapa enjoynya nanti bila tiba masanya ya... Hahaha...

(memang nie yang aku nak cakap dekat dia. Tapi bila fikir dua tiga kali macam kejam pula ayat aku nie. Tapi apa salahnya, dia bercakap pun macam tak fikir perasaan orang...)

Tak semua aku luahkan... Saja luahkan separuh sebab tangan ini nak sangat menulis supaya cerita ini sentiasa aku ingat. Aku nak baca balik cerita ini pada masa akan datang.

Tuesday, March 10, 2015

Bermula dengan B....

Assalamualaikum...

Bengangnya... Kenapalah aku boleh jumpa manusia macam tu... Sakit hati aku satu hari sebab manusia yang b.... nie....

"Kau tak payah jadi bodoh untuk tanya aku, kolej aku ada kerja kosong tak kalau gaji kau dah 4k++. Kau pun tak akan nak untuk letak jawatan dengan kerja kau sekarang so simpan sikit bodoh kau tu..." ----> ayat untuk kau yang b....

Meluat.... meluat sangat....

" Kau memang tak reti bersyukur ke? Kerja yang kau dapat sekarang pun atas bantuan orang lain ada hati nak tanya2 kerja orang lain." ----> utk kau b....

Benci betul.... Aku rasa sangat terhina bila kau tanya pasal kerja aku sedangkan kerja kau dah cukup elok. Seolah-olah kau persendakan aku...

Nota: Jangan baca kalau tak suka dan tak setuju dengan penggunaan bahasa aku untuk post kali ini.

Sesuatu yang aku belajar... ~Tak semua ayat yang kita utarakan itu boleh menghiburkan hati yang mendengar kadang2 ayat yang kita anggap biasa juga boleh melukakan hati yang mendengar...~

+++ aku meluat dekat group dia sejak degree lagi kut sebab tu aku x boleh terima apa2 gurauan @ usikan dari dia. Hahaha... +++

Wednesday, March 4, 2015

Masak...

Assalamualaikum...

Cakap salah, tak cakap pun salah... Mungkin inilah balasannya sebab aku secara tidak sengaja mengatakan sesuatu yang tidak benar pada dia. Ok, aku tau aku salah... Sorry... (<---berharap dia baca...hihihi)

"Malas nak balik awal, tu yang g jalan-jalan tadi. Balik awal pun tak tau nak buat apa." - aku
"Masaklah?" - dia
"Tak naklah masak dekat sini. Dekat rumah oklah." - aku
" Asal pulak" - dia
"Kat sini tak cukup bahan nak masak." - aku
"Emmm.... alasan..." - dia
"Eeeeee....." - aku
Perbualan mati...

Oh En FAA, saya tahu masak ok. Walaupun tak se perfect mak saya sekurang-kurangnya saya tahu masak air. Boleh juga buat maggie dan air kopi o panas.
Walaupun saya tak tahu seni, sekurang-kurangnya saya menghargai seni. Emm...saya puji hasil creativity orang lain...

Saya tahu En FAA pandai masak dan saya turut hargai kepandaian En FAA sebab itulah saya tak nak lawan dengan En FAA. Tak pa, En FAA masak je... saya akan terus bagi semangat dengan memberikan komen-komen yang membina untuk setiap masakan En FAA. Sweetkan saya, sanggup mengalah bab masak memasak...

Saya tahu En FAA bagi saya galakkan untuk memasak dengan memberi saya sayur sayuran. Tapi En FAA, saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak akan lawan kebolehan memasak En FAA.

Secebis cebisan:
Nie mesti sebab sahabat-sahabat aku panggil aku perfect zaman belajar dulu kan dah melekat dapat tunang En Perfect. Nie bukan En Perfect 10 dah nie, lebih rasanya... Tak palah sekurang-kurangnya Playboy itu bukan tunangku dan tunang aku pun bukan En Sotong. Bila terasa Manisnya cinta, mulalah Rindu awak 200%. Cinta itu tak terucap sehinggalah sebenar benarnya Saya Isteri Dia....

Monday, February 23, 2015

Syukur...

Assalamualaikum...

17/2 yang lepas merupakan birthday seseorang yang penting dalam hidup aku. Orang yang sentiasa setia mendengar ceritaku, bersabar melayan kerenahku, percaya dan yakin denganku dan sentiasa ada saat aku sedih, gembira, kecewa, marah, sakit hati dan pataj hati. Kasih sayangnya padaku tidak pernah hilang dan pupus. ~abah~

Abah seorang yang sangat baik dan memahami. Abah juga suka menolong orang mungkin sebab nama abah yang membuatkan abah rajin menolong.

Kami dah rancang nak hadiahkan abah hp supaya lepas nie abah bolehlah mula berWhatsApp, berWechat, berFb dan berInstagram. Jadi, kami berempat (aku, mak, acik dan najmi) pun bergeraklah ke bandar melaka pada hari jumaat petang (20/2). Kami gerak dah petang sangat dalam pukul 5 lebih. Tak sampai Giant Klebang pun dah jem. Jadi, kami pun gunalah jalan lain sebab dekat Klebang kawasan Dataran 1 Malaysia mesti jem. Perjalanan kami seterusnya okay sehinggalah kami sampai di Hospital Putra. Dekat jalan depan Hospital Putra nak masuk ke Bandar Hilir jem giler giler... Setelah 2 jam lebih perjalanan, akhirnya kami tiba juga di Dataran Pahlawan. Sampai je terus pergi kedai telephone. Tengok2... tanya2 sikit...terus beli. Waktu balik, jalan okay pula... walaupun jem tapi lepas traffic light tukar warna hijau terus dah kurang jem....hihihi....

Jadi, pagi esoknya kamipun berilah hp tu pada abah. Oh ya, untuk buat surprise pada abah... aku pun cadangkan untuk letak hp lama abah didalam kotak hp baru. Dan hp baru biar mak yang pegang. Waktu hulur kotak hp tu pada abah, abah happy sangat. Tapi, bila abah buka kotak tu nampaklah abah macam terkejut. Lepas tu, mak yang duduk dekat belakang abah pun hulurkan hp baru pada abah. Abah happy balik... hihihi... ~kenangan yg tidak ingin dilupakan~

Ayat abah semalam yang tidak mahu aku lupakan...
"Kadang2 kita kena ingat, tak semua orang hidup dalam kehidupan yang sememangnya dah senang. Kita kena bersyukur sebab kita memang lahir2 dah ada dalam keluarga yang senang tapi ada je yang memang asal susah"
(senang = selesa, mampu)

Tapi, mak pernah cerita. Hidup abah susah waktu kecik2 dulu. Nak tengok tv pun terpaksa pergi rumah jiran. Waktu abah dengan mak dekat kelantan dulu pun abah bukan orang senang. Nak naik kereta pun terpaksa pinjam kereta kawan. Rumah pun duduk rumah papan yang khas untuk warden dalam kawasan sekolah. Kami pun tak mewah dulu. Mak pula rajin buat kerepek dan keropok untuk jual pada pelajar sekolah. Sampai sekarang pun abah dan mak masih bekerja keras untuk menyara kami. Sampaikan aku pun suka tolong2 mak berniaga setiap kali mak buka kedai. Nasib baiklah jauh, kalau tak...mesti aku pun dah meniaga keronsang, tudung, gelang, keychain, rantai dan felt dekat kolej sama seperti sebelum ini...

~rindu mak&abah~
~rindu cmbp juga~

Tuesday, January 27, 2015

Manisnya cinta...

Assalamualaikum...

Helo, helo, helo...
Ho...ho... lama rasanya tak update blog nie, naik keras jari nie nak start menaip balik.

Tergerak nak taip2 sikit malam nie, nak lakar kenangan indah hari ini. Tapi, bila mula taip je idea nie berlari-lari pergi pula. Tadi sebelum taip bukan main cantik ia tersusun... hai... (bukan senang nak karang ayat tau....)

Tadi dalam kelas, ada seorang student tu cakap yang semalam dia ada tertengok cerita manisnya cinta. Dalam cerita tu, ada dialog pelakon tu sama dengan dialog yang aku selalu guna dalam kelas. Dia cakap, dia terus teringat dekat aku. Bila aku tanya macam mana ceritanya, dia boleh cakap dia terus tukar cerita bila dengar pelakon tu guna dialog yang sama macam aku selalu guna. Cis... teruk betul student aku nie... (dia tutup sebab nak siapkan assignment yang aku bagi <--- fikir positif ok)

Ha.... jangan salah faham ya, aku tak tengok pun cerita manisnya cinta ok. Ayat yang aku guna pun, ayat aku... Tak tau pula ada penulis skrip yang berminat dengan ayat yang aku selalu guna (hihihi.... bajet kejap)



***
Masih tercari-cari simpanan yang bagus untuk masa depan tapi takut tertipu. Antara insurance dengan takaful?

En abg tegur, "kenapa ambil insurance... insurance tu kan xxxxx. Sekarang dah ada takaful, ambillah takaful. Alah setakat seratus lebih sebulan takkan itu pun nak berkira".
"Abg, bukan nak berkira cuma tak jumpa lagi yang terbaik."

En abg, "dah ada orang yang bagus service dia masih lagi nak ambil dengan kawan sendiri. Ambil dengan lecturer abg kan senang. Ramai member2 office yang ambil dengan dia, perihatin pula tu".
"Abg, dia kawan org..."

En abg, "kawan sama2 dekat utm, sama2 palapes. Tapi nanti penerangan dia boleh faham tak? Dia dah lama ke dalam kerja nie? Dia tahu ke tak nak terangkan nanti?".
"org jawab soalan abg tu lepas jumpa dia esk ya...".

[degil sikit sebab aku percaya member palapes aku.]

Sunday, January 18, 2015

Suatu masa nanti

Assalamualaikum...

Semalam keluar dengan En FAA, dia ajak tempah gelang untuk nikah nanti. Berpuluh kali juga aku tanya dia, " tak awal sangat ke?". Dia cuma cakap, " baguslah awal, lepas nie tak payah fikir dah".

First time aku masuk kedai emas, dia suruh aku pilih mana yang aku suka. Sebab aku tak suka pakai barang kemas so, aku cuma pandang je emas-emas tu. Kakak yang jaga kedai emas tu keluarkan emas yang ada love gantung-gantung. Bila kira harga, dekat seribu setengah.

Aku fikir gelang tu nak pakai lama, jadi aku pun ambil yg betul-betul boleh pakai lama. Dah pilih, kakak tu tanya nak ambil sekarang ke nak tunggu dulu. En FAA cakaplah, dia nak bayar deposit RMxxx dan selebihnya minggu depan waktu ambil gelang tu.

Waktu tengah tunggu kakak tu potong emas, En FAA nampak mesin untuk bayar guna kad. Dia pun tanyalah, sini boleh bayar pakai kad ke? Bila kakak tu kata boleh, dia terus nak bayar habis gelang tu dengan kad.

Waktu sampai dekat rumah sewa, En FAA bagi aku beg dengan gelang emas tu. Dia suruh aku pegang, nanti dah nak dekat dia datang ambil balik untuk letak kat hantaran. Dia siap bagi kain lace lagi suruh fikir nak jahit baju apa. Nanti bulan 5 dia datang ambil kain tu bawa pergi kedai untuk tempah baju.

Dia suruh aku siapkan sikit-sikit, buat slow-slow mana yang perlu dan boleh. Tinggal 7 bulan tapi nanti tolak dua bulan untuk puasa dan raya tinggal 5 bulan je... Masih awal lagi....hihihihi...

Saturday, January 17, 2015

Bergambar peluk dan cium

Assalamualaikum...

Okay, tengok tajuk pun dah tahu yg cerita ini berkisahkan k-pop peluk dan cium yg tengah viral sekarang. Tapi maaf, aku bukan nak cerita pasal itu. Kisah ini mengenai pengalaman aku bersama seorang sahabat suatu masa dahulu...

Waktu tu kami ramai-ramai buat trip ke USS. Saja nak kumpul ramai-ramai dan release tension. Kami ke sana sehari awal dan tidur di salah sebuah pondok di sentosa island. Pagi tu kami bangun awal dan mandi awal di tandas awam.

Lepas tu kami terus berangkat ke USS. Kami datang awal pulak dan terpaksa tunggu di hadapan pintu utama USS. Bila dibenarkan masuk je, kami terus masuk beramai-ramai.

Kami habiskan masa bermain semua permainan di dalam USS itu daripada permainan extreme sampailah ke permainan budak-budak. Bayar mahal ok, kenalah main semua mainan kan...

Sampailah petang tu kami pergi tengok persembahan-persembahan yg terdapat di dalam USS. Persembahan yg terdapat di dalam USS tu ada masa-masa tertentu. Ada satu persembahan yg kami terpegun melihat iaitu street dance boy. Tarian dia hebat sangat.

Bila habis persembahan mereka, kami pun minta untuk ambil gambar bersama. Waktu tu kami hanya 4 orang sahaja. Saat nak ambil gambar tu, salah seorang daripada street dance boy tu nak letak tangan dekat atas bahu salah seorang sahabat. Aku lihat sahabat itu mengelak dan cakap "no".

Walau sehebat mana seseorang itu, sesuka mana kamu padanya, sekagum mana kamu padanya selagi dia bukan muhrimmu silalah menjaga batas-batas pergaulan dan sentuhan.

Thursday, January 8, 2015

Sweet = manis

Assalamualaikum...

Tadi tanya En FAA, kedai kek apa yg sedap dekat KL nie selain secret recipe dengan kings. Maklumlah, secret recipe dan kings dah selalu makan jadi nak cuba yg lain pulak. En FAA tanya, nak sambut birthday siapa? Aku pun balaslah, saja nak makan...terasa nak makan kek.

Tiba2 terfikir, kan best kalau malam nie En FAA buatkan kek dan esok bagi dekat aku. Oh, soooo sweet. Tapiiii.... tiba2 terfikir, adakah En FAA se sweet itu???

"Sweet atau tidak tak penting bila hati dah sayang... Hahaha...."

Wassalam...

Nota: Post ini bertujuan sebagai bahan bacaan pada masa2 mendatang. Bukan untuk menunjuk atau menggatal cuma sebagai peringatan betapa manisnya saat bercinta secara diam. Tanpa pengetahuannya sebelum menuju kearah suatu ikatan yg sah.