Tuesday, January 27, 2015

Manisnya cinta...

Assalamualaikum...

Helo, helo, helo...
Ho...ho... lama rasanya tak update blog nie, naik keras jari nie nak start menaip balik.

Tergerak nak taip2 sikit malam nie, nak lakar kenangan indah hari ini. Tapi, bila mula taip je idea nie berlari-lari pergi pula. Tadi sebelum taip bukan main cantik ia tersusun... hai... (bukan senang nak karang ayat tau....)

Tadi dalam kelas, ada seorang student tu cakap yang semalam dia ada tertengok cerita manisnya cinta. Dalam cerita tu, ada dialog pelakon tu sama dengan dialog yang aku selalu guna dalam kelas. Dia cakap, dia terus teringat dekat aku. Bila aku tanya macam mana ceritanya, dia boleh cakap dia terus tukar cerita bila dengar pelakon tu guna dialog yang sama macam aku selalu guna. Cis... teruk betul student aku nie... (dia tutup sebab nak siapkan assignment yang aku bagi <--- fikir positif ok)

Ha.... jangan salah faham ya, aku tak tengok pun cerita manisnya cinta ok. Ayat yang aku guna pun, ayat aku... Tak tau pula ada penulis skrip yang berminat dengan ayat yang aku selalu guna (hihihi.... bajet kejap)



***
Masih tercari-cari simpanan yang bagus untuk masa depan tapi takut tertipu. Antara insurance dengan takaful?

En abg tegur, "kenapa ambil insurance... insurance tu kan xxxxx. Sekarang dah ada takaful, ambillah takaful. Alah setakat seratus lebih sebulan takkan itu pun nak berkira".
"Abg, bukan nak berkira cuma tak jumpa lagi yang terbaik."

En abg, "dah ada orang yang bagus service dia masih lagi nak ambil dengan kawan sendiri. Ambil dengan lecturer abg kan senang. Ramai member2 office yang ambil dengan dia, perihatin pula tu".
"Abg, dia kawan org..."

En abg, "kawan sama2 dekat utm, sama2 palapes. Tapi nanti penerangan dia boleh faham tak? Dia dah lama ke dalam kerja nie? Dia tahu ke tak nak terangkan nanti?".
"org jawab soalan abg tu lepas jumpa dia esk ya...".

[degil sikit sebab aku percaya member palapes aku.]

No comments:

Post a Comment