Saturday, January 17, 2015

Bergambar peluk dan cium

Assalamualaikum...

Okay, tengok tajuk pun dah tahu yg cerita ini berkisahkan k-pop peluk dan cium yg tengah viral sekarang. Tapi maaf, aku bukan nak cerita pasal itu. Kisah ini mengenai pengalaman aku bersama seorang sahabat suatu masa dahulu...

Waktu tu kami ramai-ramai buat trip ke USS. Saja nak kumpul ramai-ramai dan release tension. Kami ke sana sehari awal dan tidur di salah sebuah pondok di sentosa island. Pagi tu kami bangun awal dan mandi awal di tandas awam.

Lepas tu kami terus berangkat ke USS. Kami datang awal pulak dan terpaksa tunggu di hadapan pintu utama USS. Bila dibenarkan masuk je, kami terus masuk beramai-ramai.

Kami habiskan masa bermain semua permainan di dalam USS itu daripada permainan extreme sampailah ke permainan budak-budak. Bayar mahal ok, kenalah main semua mainan kan...

Sampailah petang tu kami pergi tengok persembahan-persembahan yg terdapat di dalam USS. Persembahan yg terdapat di dalam USS tu ada masa-masa tertentu. Ada satu persembahan yg kami terpegun melihat iaitu street dance boy. Tarian dia hebat sangat.

Bila habis persembahan mereka, kami pun minta untuk ambil gambar bersama. Waktu tu kami hanya 4 orang sahaja. Saat nak ambil gambar tu, salah seorang daripada street dance boy tu nak letak tangan dekat atas bahu salah seorang sahabat. Aku lihat sahabat itu mengelak dan cakap "no".

Walau sehebat mana seseorang itu, sesuka mana kamu padanya, sekagum mana kamu padanya selagi dia bukan muhrimmu silalah menjaga batas-batas pergaulan dan sentuhan.

No comments:

Post a Comment