Monday, February 23, 2015

Syukur...

Assalamualaikum...

17/2 yang lepas merupakan birthday seseorang yang penting dalam hidup aku. Orang yang sentiasa setia mendengar ceritaku, bersabar melayan kerenahku, percaya dan yakin denganku dan sentiasa ada saat aku sedih, gembira, kecewa, marah, sakit hati dan pataj hati. Kasih sayangnya padaku tidak pernah hilang dan pupus. ~abah~

Abah seorang yang sangat baik dan memahami. Abah juga suka menolong orang mungkin sebab nama abah yang membuatkan abah rajin menolong.

Kami dah rancang nak hadiahkan abah hp supaya lepas nie abah bolehlah mula berWhatsApp, berWechat, berFb dan berInstagram. Jadi, kami berempat (aku, mak, acik dan najmi) pun bergeraklah ke bandar melaka pada hari jumaat petang (20/2). Kami gerak dah petang sangat dalam pukul 5 lebih. Tak sampai Giant Klebang pun dah jem. Jadi, kami pun gunalah jalan lain sebab dekat Klebang kawasan Dataran 1 Malaysia mesti jem. Perjalanan kami seterusnya okay sehinggalah kami sampai di Hospital Putra. Dekat jalan depan Hospital Putra nak masuk ke Bandar Hilir jem giler giler... Setelah 2 jam lebih perjalanan, akhirnya kami tiba juga di Dataran Pahlawan. Sampai je terus pergi kedai telephone. Tengok2... tanya2 sikit...terus beli. Waktu balik, jalan okay pula... walaupun jem tapi lepas traffic light tukar warna hijau terus dah kurang jem....hihihi....

Jadi, pagi esoknya kamipun berilah hp tu pada abah. Oh ya, untuk buat surprise pada abah... aku pun cadangkan untuk letak hp lama abah didalam kotak hp baru. Dan hp baru biar mak yang pegang. Waktu hulur kotak hp tu pada abah, abah happy sangat. Tapi, bila abah buka kotak tu nampaklah abah macam terkejut. Lepas tu, mak yang duduk dekat belakang abah pun hulurkan hp baru pada abah. Abah happy balik... hihihi... ~kenangan yg tidak ingin dilupakan~

Ayat abah semalam yang tidak mahu aku lupakan...
"Kadang2 kita kena ingat, tak semua orang hidup dalam kehidupan yang sememangnya dah senang. Kita kena bersyukur sebab kita memang lahir2 dah ada dalam keluarga yang senang tapi ada je yang memang asal susah"
(senang = selesa, mampu)

Tapi, mak pernah cerita. Hidup abah susah waktu kecik2 dulu. Nak tengok tv pun terpaksa pergi rumah jiran. Waktu abah dengan mak dekat kelantan dulu pun abah bukan orang senang. Nak naik kereta pun terpaksa pinjam kereta kawan. Rumah pun duduk rumah papan yang khas untuk warden dalam kawasan sekolah. Kami pun tak mewah dulu. Mak pula rajin buat kerepek dan keropok untuk jual pada pelajar sekolah. Sampai sekarang pun abah dan mak masih bekerja keras untuk menyara kami. Sampaikan aku pun suka tolong2 mak berniaga setiap kali mak buka kedai. Nasib baiklah jauh, kalau tak...mesti aku pun dah meniaga keronsang, tudung, gelang, keychain, rantai dan felt dekat kolej sama seperti sebelum ini...

~rindu mak&abah~
~rindu cmbp juga~

No comments:

Post a Comment