Wednesday, March 18, 2015

Demi tugas

Assalamualaikum...

Minggu lepas sepatutnya aku balik melaka sebab aku dah janji dengan mak dan abah nak balik tapi last minute kena kerja pula. Kena jaga booth dekat FACON EDUCATION FAIR di KLCC, promote kolej...

Oklah, demi nak membantu geng2 marketing yang memang tak ramai... aku pun pergilah KLCC. Telefonlah mak abah cakap tak boleh balik tapi aku bagi tau mak abah aku balik minggu nie.

Pada sabtu tengah hari minggu lepas dapat flyers baru untuk 'OPEN DAY KOLEJ' yang akan diadakan pada Ahad ini. Jadi, terpaksa juga kerja Ahad ini. Dalam masa yang sama, sepupu aku pula kawen minggu nie. Dia nikah sabtu malam, majlisnya ahad... Waaaaa.... aku dah janji nak tolong majlis dia.... macam mana nie....

Jumaat nie aku cuti niatnya nak balik rumah, tapi sabtu petang dah kena balik KL semula. Mana cuti aku??? Mana hujung minggu bersama family aku???

Aku dah kerja sabtu ahad di KLCC minggu lepas tapi Lady Bos aku cakap tak boleh claim duit perjalanan sebab dekat. Jadi aku tanya, yang lain kelebihan takkan tak ada? Dia cakap tak ada sebab aku jawatan eksekutif dan dalam buku perkhidmatan tak ada tulis.... Jadi kenapa kau hantar aku suruh buat marketing dekat KLCC??? Hantarlah orang yang jawatan bawah eksekutif kalau macam tu, diaorangkan boleh claim cuti???

Dahlah kena kerja, tak dapat jumpa family, duit elaun makan tak dapat... Malangnya.... Kenapa ada juga manusia yang tak berhati perut macam kau!!! Sakitnya hati nie... Sakitnya tuh di sini ----> hati

Nota: Panas betul dengan Lady Bos tu....

No comments:

Post a Comment