Tuesday, July 23, 2013

Penulisanku...

Salam...

Aku merupakan seorang penulis novel namun namaku sengaja aku rahsiakan daripada pengetahuan orang dan hasil2 karya yang aku buat juga turut aku rahsiakan bagi mengelakkan pihak2 luar mencari-cari aku. Berikut merupakan novel2 karya tulisan aku dan sedikit sinopsis untuk setiap buku novel itu:

1) Kejap ada kejap tak ada
Anim merupakan seorang gadis yang sangat suka belajar dan tidak pernah mengendahkan soal teman lelaki. Sikapnya yang sangat memilih membuatkan dia sukar untuk memiliki teman lelaki namun dia tetap berpegang taguh dengan pendiriannya untuk menghabiskan zaman singlenya sebelum dia berumur 25 tahun. Pertemuan semula Anim dan Shah (kawan sekolahnya) menimpulkan bibit-bibit mesra. Melalui mesej mereka mula mengenal hati budi masing-masing namun sikap Shah yang seperti chipmore itu membuatkan Anim tidak dapat menerima Shah. Tapi disebabkan umurnya yang semakin menghampiri 25 tahun dan galakkan daripada sahabat-sahabatnya, dia cuba juga menerima Shah, si chipmore itu.



2) Memang dah jodoh
Novel ini adalah sambungan daripada Kejap ada kejap tak ada. Akibat kecewa dengan si chipmore yang sekejap ada sekejap tak ada, membuatkan Anim membawa diri ke Uk. Di sana dia berjumpa dengan Hariz, yang merupakan kawan baik kepada Ifa. Ifa merupakan kawan sebiliknya semasa mereka sama-sama belajar master dahulu. Ifa banyak bercerita mengenai Hariz kepada Anim dan Ifa juga yang menyuruh Hariz mencari Anim sewaktu mengetahui yang dia melarikan diri ke Uk akibat kecewa. Hariz yang terlalu baik dan mengambil berat itu membuatkan hati Anim mula tersentuh. Selepas setahun perkenalan mereka di Uk, Anim dan Hariz pulang ke Malaysia dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Berita itu memberi tamparan yang hebat buat Ifa yang pernah menyukai Hariz suatu masa dahulu...



3) I love you, Stupid!
Novel ini berkisahkan kehidupan Ifa iaitu sambungan daripada novel Kalau dah jodoh. Hariz pelik melihat sikap dan tingkah laku Ifa yang dingin kepadanya selepas kepulangannya ke Malaysia bersama isterinya. Banyak kali Hariz mempelawa Ifa untuk makan bersama dan setiap kali itu jugalah Ifa akan menolak perlawaannya. Sehinggalah dia terbaca status Ifa di BBMnya, ' I love you, Stupid!!! takkkan itupun tak tahu...' yang membuatkan dia tercengang dan terkesima. Lebih 3 tahun Hariz menunggu Ifa namun Ifa tidak pernah memberi keputusan yang serius mengenai hubungan mereka membuatkan Hariz berubah hati dan mencari pengganti.



4) Projek memikat suami
Novel ini adalah sambungan novel I love you, Stupid! namun novel ini hanya menceritakan susah dan payah Anim berusaha untuk memikat semula suaminya yang mula berubah hati itu. Pelbagai gelak ketawa Anim cuba wujudkan didalam melayari alam rumah tangganya bersama Hariz. Walau berbagai-bagai cara telah Anim lakukan, namun Hariz masih lagi endah tak endah dengan layanannya sehingga Anim pernah membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya. Disebabkan tiada tempat untuk dituju dan takut dimarahi keluarganya dia terpaksa membatalkan niatnya untuk melarikan diri daripada rumah.



5) Sebenarnya, saya isteri dia!
Novel ini juga sambungan kisah Anim di dalam novel Projek memikat suami. Dengan tekat untuk mempertahankan rumah tangganya, dia telah mengumumkan secara terbuka di facebook, twitter, youtube, blog dan semua laman sosial yang lain mengenai perkahwinannya dengan Hariz sewaktu di Uk. Bagi meyakinkan orang ramai, dia turut membuat video yang dia akan setia bersama Hariz bukan untuk sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, tapi selama-lamanya. Dia ingin semua orang tahu yang dia sebenarnya isteri kepada Hariz itu.



6) Sebab saya suka dia
Novel sambungan kisah Anim daripada novel Sebenarnya, saya isteri dia. Apa yang dibuat oleh Anim itu mendapat perhatian meluas oleh pihak media dan sahabat-sahabat. Ramai yang mula bertanya bagaimana Anim boleh menyukai Hariz sedangkan pada waktu itu Anim baru kecewa dengan si chipmore. Tambah menghairankan, ciri-ciri yang terdapat pada Hariz sangat jauh dengan ciri-ciri yang Anim inginkan pada bakal suaminya. Namun Anim hanya senyum dan menjawab "sebab saya suka dia" untuk setiap soalan yang diutarakan oleh pihak media dan sahabat-sahabat...



7) Alamak! lagi-lagi dia
Novel ini bukan novel sambungan seperti novel-novel di atas okey. Novel ini mengisahkan perjalanan hidup Fifa seorang budak praktikal di sebuah syarikat pembinaan. Sikap Fifa yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang itu membuatkan dia mudah diterima dan disukai oleh semua rakan sekerjanya. Namun, disebabkan titlenya sebagai seorang budah praktikal membuatka dia sering dibuli oleh En Usman, penyelianya yang memantaunya sepanjang dia menghabiskan praktikalnya di situ. En Usman sering mengawasi setiap gerak gerinya sehingga dia naik rimas dengan sikap terlalu ambil berat lelaki itu yang hampir sebaya dengan emaknya. Sebenarnya, En Usman mempunyai niat baik iaitu dia ingin menjodohkan Fifa dengan anak buahnya Ammar yang baru menamatkan pelajaran daripada luar negara.



8) Suamiku pemalu!
Novel yang paling nipis pernah aku hasilkan. Berkisahkan tentang Akmal yang sangat takut dengan serangga. Segala jenis mak, nenek, datuk, cucu, cicit serangga semua dia takut. Takdir menemukan dia dengan Afif gadis tegas dan lasak sewaktu dia sedang ketakutan melihat lipas terbang berhampirannya. Gadis itulah yang telah menyelamatkannya daripada serangga yang sangat digeruninya itu.



9) Rindu di awan biru
Novel ini adalah cerita penuh untuk cerpen kisah cintaku di Perth yang pernah dikeluarkan akhir bulan lepas. Novel rindu di awan biru ini ditulis atas permintaan ramai yang ingin mengetahui perjalanan hidup Syanim dan Syaril sebelum mereka bercuti ke Perth dan juga bagaimana pergolakkan hubungan mereka berlaku semasa mereka bersama menghabiskan cuti seminggunya di Perth. Apakah daya tarikan yang ada pada Syam dan Zul membuatkan Syanim melupakan Syaril sewaktu mereka berdua bercuti di negara kanggaroo itu. Siapakah pilihan Syanim dan apakah sebabnya dia memilih lelaki itu....dapat novel rindu di awan biru untuk tahu kesudahan cerita kisah cintaku di Perth...



*** Semua cerita didalam novel ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa pun okay. Kalau ada tu, ia hanyalah kebetulan yang tidak dapat dielakkan. Tajuk-tajuk novel ini agak biasa nampak di rak-rak didalam kedai buku namun semua novel-novel itu bukan tulisan aku

1 comment: