Tuesday, July 2, 2013

Makan2 Cafe


Salam...

Nak buat kerja tapi rasa sunyi pula jadi bukalah youtube dan cari lagu2 yang sedap di dengar. Akhirnya, lagu Ajek Hassan yang berbunyi menemani aku membuat kerja2ku. Kenangan dua minggu lepas waktu pergi dekat Perth kembali bermain di ruang fikiran. Aku pun mengalihkan kertas2 dihadapanku dan merapatkan diriku dengan keyboard lalu jari2 ini menari diatas setiap huruf menghasilkan entri ini...

Kenangan di Makan-makan Cafe...


Depan pintu masuk...

Seminggu sebelum sampai dekat Perth ini, kami (aku dengan kawan2 aku) dah nekat nak pergi dekat makan-makan cafe nie. Itu pun selepas pensyarah kami mencadangkan tempat ini. Pensyarah kami tu peminat Ajek Hassan nie jadi dia banyaklah bercerita pasal Ajek Hassan nie. Siap tunjuk video Ajek Hassan dekat youtube lagi. Di sebabkan itulah kami bersemangat untuk pergi juga makan-makan cafe nie.

Awal-awal tu kami ingat tempat nie dekat dengan tempat yang kami duduk waktu dekat Perth tu. Jadi, kami cubalah masukkan makan makan cafe nie dalam jadual perjalanan kami waktu di Perth nanti. Tapi, bila sampai dekat Perth...kami dapat tahu yang makan makan cafe nie jauh giler daripada tempat penginapan kami tu. Sama seperti kanak-kanak yang lain, mereka akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka nak. Aku pun terus bertanya dan bertanya dan merancang untuk ke makan makan cafe sampai penat kawan kami tu nak menerangkan yang tempat penginapan kami tu jauh daripada makan makan cafe.

Tapi, kanak kanak mana pernah berputus asa dengan apa yang mereka dengar daripada orang dewasa. Kami masih meneruskan juga perancangan kami untuk ke makan makan cafe. Dan...sangat bernasib baik, kami dapat juga sampai ke makan makan cafe...yuhuuu....

Di pendekkan cerita, kami berjaya juga pergi ke makan makan cafe, dan dalam perjalanan ke sana barulah kami sedar yang makan makan cafe itu sebenarnya sangat jauh daripada tempat penginapan kami. hehehe...

Kami sampai tepat pada masanya. Kalau itu jam akulah, waktu kedai tu buka dengan waktu yang jam tangan aku tunjukkan tu memang sama. Beberapa minit selepas 2, 3 keping gambar ditangkap depan kedai akhirnya datanglah seorang lelaki membuka pintu utama makan makan cafe itu. Ok, macam kenal tapi tak berapa nak cam sangat. Aku toleh belakang, kawan aku yang sorang tu dah berbisik-bisik dengan suara yang perlahan "Ajek Hassan...". Aku pun sebenarnya bukan kenal sangat Ajek Hassan nie, sebab sebelum pergi Perth tu tak sempat nak search untuk dapatkan maklumat lanjut al maklumlah, habis final exam terus dah pergi Perth.

Lepas pilih meja, duduk di meja makan, pilih pesanan melalui buku menu, dapat makanan, makan dan bergambar dengan makanan akhirnya sampailah ke sesi bergambar bersama Ajek Hassan. Ok, dia macam dah biasa je ambil gambar dengan orang-orang Malaysia yang datang ke kedainya sebab dia siap cakap lagi, "Ambil gambar dekat luarlah sebab biasanya diorang akan ambil gambar dekat luar". Perhhhh...sangat terkenal dan sangat baik...

Walaupun makanan dekat makan makan cafe tu agak mahal tapi ia sangat berbaloi-baloi sebab sedap dan lazat. Air teh tarik dia sangat famous dan sangat besar cawan dia. Nak habiskan secawan tu...agak lambat jugalah... Nasi beriani dia pun sedap dan lazat sehingga menjilat jari tapi waktu tu aku pakai sudu dan garfu waktu makan so ayat tu kena tukar sikit, sampai menjilat sudu dan garfu...

Berikut merupakan gambar2 perasan aku yang aku ambil sewaktu dalam perjalanan dan sewaktu sampai di makan makan cafe...





No comments:

Post a Comment