Sunday, July 28, 2013

cerita vs memori

Salam...

"Assalamualaikum..." Ucapan salam aku berikan kepada sahabat-sahabatku saat kami bertemu di hadapan kedai makan itu. Kami saling bersalam-salaman selepas ucapan salamku bersambut dan mulalah sesi melepaskan rindu berlaku untuk beberapa saat itu bersaksikan tetamu-tetamu lain yang berada di kedai makan yang sama. Aku melabuhkan dudukku di kerusi yang telah ditempah khas untuk kami semperna junior reunion berbuka puasa itu.

Aku melihat satu persatu wajah sahabat-sahabatku yang mejoritinya susah untuk jumpa walaupun kami berada di dalam satu tempat yang sama dan di dalam negeri yang sama. Tiba-tiba mataku terkaku pada seraut wajah bertudung labuh berhampiran sahabatku yang sangat ceria dan suka bermain mainan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. Aku memandangnya lalu aku menoleh sahabatku di sebelah.

Dengan perlahan aku membisikkan 'dia bukan skuad kita...' dengan nada dan suara yang perlahan takut didengari oleh mereka-mereka yang lain. Seperti ku duga, dia dapat menangkap apa yang aku bisikkan padanya. Kami hanya saling berpandangan dan mata kami sama-sama tercari-cari siapa lagi yang berada di situ bukan dari kalangan adik beradik kami. Ya, seperti di duga, terdapat beberapa orang yang tidak dikenali turut bersama-sama kami di dalam junior reunion berbuka puasa itu. 'Oh, mungkin mereka inilah tetamu-tetamu yang diundang itu.' bisik hati kecilku.

Kami terus bangun untuk mengambil makanan berbuka tambahan pula waktu untuk berbuka puasa telah semakin hampir. Saat kami menjamu selesa selepas mendengarkan azan magrib tiba-tiba kami ternampak kelibat sahabat kami seorang lagi. "Eh, cepat2 dah buka puasa nie..." salah seorang sahabat kami bersuara.
"Ya2x, kami dah buka dah tadi..."balasnya lembut.

Aku melihat kelibat ibunya, tergerak hati ini untuk bangun dan salam tapi belum sempat kaki ini berdiri tangan ibunya telah dihulurkan kepadaku. Kami sekadar bersalam kerana waktu berbuka puasa baru sangat dan makan pula telah terhidang di meja. Selepas kami habis makan, barulah kami bersalaman dengan ibunya dan berbual mesra. Bagi kami, hubungan adik beradik itu tetap kekal wujud walaupun telah hampir dua tahun zaman kepalapesan kami berlalu. Buat kami, keluarga mereka adalah keluarga kami dan keluarga kami adalah keluarga mereka. Tiada bezanya lagi, tiga tahun di dalam kepalapesan membuatkan kami menjadi rapat (lebih daripada kawan cuma kurang sikit daripada adik beradik).

Selepas makan kami terus bergegas ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat magrib. Selesai solat magrib sekali lagi kami berkumpul. Berbual dan bergelak ketawa sambil dua tiga orang menyuarakan hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang mereka. (yang peliknya, lelaki je yang banyak berfikir ke arah itu...hehehe...) Setelah selesai, semuanya mula meneruskan kehidupan masing-masing sebaik keluar dari masjid itu. Terubatlah sudah rindu-rinduan yang wujud sesama kami sebelum ini. Maka wujudlah ayat ini (Alahai skuad... kadang-kadang sayang, kadang-kadang menyampah...)




Ada bezanya cerita dan memori. Semua orang boleh bercerita berhari-hari apa yang kami lalui sepanjang kami bersama tapi cuma kami yang bersama sahaja yang tahu apa perasaan kami saat kami melalui semua cerita-cerita itu. Memori yang penuh di dalam otak ini tidak mungkin boleh menjadi sama dengan memori cerita-cerita yang disampaikan oleh kami. Dia mungkin tahu perangai kami sebab dia kenal kami sekarang tapi dia tidak tahu perangai kami dahulu sebelum dia mengenali kami. Kalau kami cerita pun belum tentu sama dengan realiti yang sebenarnya...

No comments:

Post a Comment