Tuesday, July 30, 2013

Kembali ke alam kanak-kanak....

Salam...

Aku ingin kembali ke alam kanak-kanak. Hanya bergembira sepanjang hari. Tanpa perlu memikirkan semua masalah yang orang dewasa alami. Tanpa perlu takut untuk buat apa yang diinginkan. Tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak pernah terfikir untuk berpatah balik. Tiada duka dan tiada kesedihan yang perlu di alami. Boleh buat semua benda yang diingini tanpa perlu fikir apa kesannya selepas itu. Oh, zaman kanak-kanakku...


Aku merindui zaman kanak2...

Everything's Okay


Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay

Woke my weary head
Crawled out of my bed
And I said, "Oh, how do I go on?"
Nothing's going right, shadow's took the light
And I said, "Oh, how do I go on?"

Sometimes I need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay
(Everything's ok)

I gave my hope to you
When you were nearly through
And you said, "Oh, I can't go on"
Well, now I need it back
'Cause I have got a lack of all that's good
And I can't go on

Yeah, sometimes I just need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay

(Everything's okay, everything's okay)
Sometimes I need a little sunshine
And sometimes I need you

Keep giving me hope for a better day
Keep giving me love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this messy life I made for myself
Heaven knows I need a little

Hope for a better day
A little love to find a way
Through this heaviness I feel
I just need someone to say, everything's okay





Monday, July 29, 2013

Penat...

Salam...

Penat...penat...penat...penat...penat...penat...penat...
Letih...letih...letih...letih...letih...letih...letih...
Malas...malas...malas...malas...malas...malas...malas...
Tak larat dah dengan semua benda nie...
Tak berdaya nak menghadap semua masalah nie...

Sekian

Sunday, July 28, 2013

cerita vs memori

Salam...

"Assalamualaikum..." Ucapan salam aku berikan kepada sahabat-sahabatku saat kami bertemu di hadapan kedai makan itu. Kami saling bersalam-salaman selepas ucapan salamku bersambut dan mulalah sesi melepaskan rindu berlaku untuk beberapa saat itu bersaksikan tetamu-tetamu lain yang berada di kedai makan yang sama. Aku melabuhkan dudukku di kerusi yang telah ditempah khas untuk kami semperna junior reunion berbuka puasa itu.

Aku melihat satu persatu wajah sahabat-sahabatku yang mejoritinya susah untuk jumpa walaupun kami berada di dalam satu tempat yang sama dan di dalam negeri yang sama. Tiba-tiba mataku terkaku pada seraut wajah bertudung labuh berhampiran sahabatku yang sangat ceria dan suka bermain mainan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. Aku memandangnya lalu aku menoleh sahabatku di sebelah.

Dengan perlahan aku membisikkan 'dia bukan skuad kita...' dengan nada dan suara yang perlahan takut didengari oleh mereka-mereka yang lain. Seperti ku duga, dia dapat menangkap apa yang aku bisikkan padanya. Kami hanya saling berpandangan dan mata kami sama-sama tercari-cari siapa lagi yang berada di situ bukan dari kalangan adik beradik kami. Ya, seperti di duga, terdapat beberapa orang yang tidak dikenali turut bersama-sama kami di dalam junior reunion berbuka puasa itu. 'Oh, mungkin mereka inilah tetamu-tetamu yang diundang itu.' bisik hati kecilku.

Kami terus bangun untuk mengambil makanan berbuka tambahan pula waktu untuk berbuka puasa telah semakin hampir. Saat kami menjamu selesa selepas mendengarkan azan magrib tiba-tiba kami ternampak kelibat sahabat kami seorang lagi. "Eh, cepat2 dah buka puasa nie..." salah seorang sahabat kami bersuara.
"Ya2x, kami dah buka dah tadi..."balasnya lembut.

Aku melihat kelibat ibunya, tergerak hati ini untuk bangun dan salam tapi belum sempat kaki ini berdiri tangan ibunya telah dihulurkan kepadaku. Kami sekadar bersalam kerana waktu berbuka puasa baru sangat dan makan pula telah terhidang di meja. Selepas kami habis makan, barulah kami bersalaman dengan ibunya dan berbual mesra. Bagi kami, hubungan adik beradik itu tetap kekal wujud walaupun telah hampir dua tahun zaman kepalapesan kami berlalu. Buat kami, keluarga mereka adalah keluarga kami dan keluarga kami adalah keluarga mereka. Tiada bezanya lagi, tiga tahun di dalam kepalapesan membuatkan kami menjadi rapat (lebih daripada kawan cuma kurang sikit daripada adik beradik).

Selepas makan kami terus bergegas ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat magrib. Selesai solat magrib sekali lagi kami berkumpul. Berbual dan bergelak ketawa sambil dua tiga orang menyuarakan hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang mereka. (yang peliknya, lelaki je yang banyak berfikir ke arah itu...hehehe...) Setelah selesai, semuanya mula meneruskan kehidupan masing-masing sebaik keluar dari masjid itu. Terubatlah sudah rindu-rinduan yang wujud sesama kami sebelum ini. Maka wujudlah ayat ini (Alahai skuad... kadang-kadang sayang, kadang-kadang menyampah...)




Ada bezanya cerita dan memori. Semua orang boleh bercerita berhari-hari apa yang kami lalui sepanjang kami bersama tapi cuma kami yang bersama sahaja yang tahu apa perasaan kami saat kami melalui semua cerita-cerita itu. Memori yang penuh di dalam otak ini tidak mungkin boleh menjadi sama dengan memori cerita-cerita yang disampaikan oleh kami. Dia mungkin tahu perangai kami sebab dia kenal kami sekarang tapi dia tidak tahu perangai kami dahulu sebelum dia mengenali kami. Kalau kami cerita pun belum tentu sama dengan realiti yang sebenarnya...

Tuesday, July 23, 2013

Penulisanku...

Salam...

Aku merupakan seorang penulis novel namun namaku sengaja aku rahsiakan daripada pengetahuan orang dan hasil2 karya yang aku buat juga turut aku rahsiakan bagi mengelakkan pihak2 luar mencari-cari aku. Berikut merupakan novel2 karya tulisan aku dan sedikit sinopsis untuk setiap buku novel itu:

1) Kejap ada kejap tak ada
Anim merupakan seorang gadis yang sangat suka belajar dan tidak pernah mengendahkan soal teman lelaki. Sikapnya yang sangat memilih membuatkan dia sukar untuk memiliki teman lelaki namun dia tetap berpegang taguh dengan pendiriannya untuk menghabiskan zaman singlenya sebelum dia berumur 25 tahun. Pertemuan semula Anim dan Shah (kawan sekolahnya) menimpulkan bibit-bibit mesra. Melalui mesej mereka mula mengenal hati budi masing-masing namun sikap Shah yang seperti chipmore itu membuatkan Anim tidak dapat menerima Shah. Tapi disebabkan umurnya yang semakin menghampiri 25 tahun dan galakkan daripada sahabat-sahabatnya, dia cuba juga menerima Shah, si chipmore itu.



2) Memang dah jodoh
Novel ini adalah sambungan daripada Kejap ada kejap tak ada. Akibat kecewa dengan si chipmore yang sekejap ada sekejap tak ada, membuatkan Anim membawa diri ke Uk. Di sana dia berjumpa dengan Hariz, yang merupakan kawan baik kepada Ifa. Ifa merupakan kawan sebiliknya semasa mereka sama-sama belajar master dahulu. Ifa banyak bercerita mengenai Hariz kepada Anim dan Ifa juga yang menyuruh Hariz mencari Anim sewaktu mengetahui yang dia melarikan diri ke Uk akibat kecewa. Hariz yang terlalu baik dan mengambil berat itu membuatkan hati Anim mula tersentuh. Selepas setahun perkenalan mereka di Uk, Anim dan Hariz pulang ke Malaysia dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Berita itu memberi tamparan yang hebat buat Ifa yang pernah menyukai Hariz suatu masa dahulu...



3) I love you, Stupid!
Novel ini berkisahkan kehidupan Ifa iaitu sambungan daripada novel Kalau dah jodoh. Hariz pelik melihat sikap dan tingkah laku Ifa yang dingin kepadanya selepas kepulangannya ke Malaysia bersama isterinya. Banyak kali Hariz mempelawa Ifa untuk makan bersama dan setiap kali itu jugalah Ifa akan menolak perlawaannya. Sehinggalah dia terbaca status Ifa di BBMnya, ' I love you, Stupid!!! takkkan itupun tak tahu...' yang membuatkan dia tercengang dan terkesima. Lebih 3 tahun Hariz menunggu Ifa namun Ifa tidak pernah memberi keputusan yang serius mengenai hubungan mereka membuatkan Hariz berubah hati dan mencari pengganti.



4) Projek memikat suami
Novel ini adalah sambungan novel I love you, Stupid! namun novel ini hanya menceritakan susah dan payah Anim berusaha untuk memikat semula suaminya yang mula berubah hati itu. Pelbagai gelak ketawa Anim cuba wujudkan didalam melayari alam rumah tangganya bersama Hariz. Walau berbagai-bagai cara telah Anim lakukan, namun Hariz masih lagi endah tak endah dengan layanannya sehingga Anim pernah membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya. Disebabkan tiada tempat untuk dituju dan takut dimarahi keluarganya dia terpaksa membatalkan niatnya untuk melarikan diri daripada rumah.



5) Sebenarnya, saya isteri dia!
Novel ini juga sambungan kisah Anim di dalam novel Projek memikat suami. Dengan tekat untuk mempertahankan rumah tangganya, dia telah mengumumkan secara terbuka di facebook, twitter, youtube, blog dan semua laman sosial yang lain mengenai perkahwinannya dengan Hariz sewaktu di Uk. Bagi meyakinkan orang ramai, dia turut membuat video yang dia akan setia bersama Hariz bukan untuk sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, tapi selama-lamanya. Dia ingin semua orang tahu yang dia sebenarnya isteri kepada Hariz itu.



6) Sebab saya suka dia
Novel sambungan kisah Anim daripada novel Sebenarnya, saya isteri dia. Apa yang dibuat oleh Anim itu mendapat perhatian meluas oleh pihak media dan sahabat-sahabat. Ramai yang mula bertanya bagaimana Anim boleh menyukai Hariz sedangkan pada waktu itu Anim baru kecewa dengan si chipmore. Tambah menghairankan, ciri-ciri yang terdapat pada Hariz sangat jauh dengan ciri-ciri yang Anim inginkan pada bakal suaminya. Namun Anim hanya senyum dan menjawab "sebab saya suka dia" untuk setiap soalan yang diutarakan oleh pihak media dan sahabat-sahabat...



7) Alamak! lagi-lagi dia
Novel ini bukan novel sambungan seperti novel-novel di atas okey. Novel ini mengisahkan perjalanan hidup Fifa seorang budak praktikal di sebuah syarikat pembinaan. Sikap Fifa yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang itu membuatkan dia mudah diterima dan disukai oleh semua rakan sekerjanya. Namun, disebabkan titlenya sebagai seorang budah praktikal membuatka dia sering dibuli oleh En Usman, penyelianya yang memantaunya sepanjang dia menghabiskan praktikalnya di situ. En Usman sering mengawasi setiap gerak gerinya sehingga dia naik rimas dengan sikap terlalu ambil berat lelaki itu yang hampir sebaya dengan emaknya. Sebenarnya, En Usman mempunyai niat baik iaitu dia ingin menjodohkan Fifa dengan anak buahnya Ammar yang baru menamatkan pelajaran daripada luar negara.



8) Suamiku pemalu!
Novel yang paling nipis pernah aku hasilkan. Berkisahkan tentang Akmal yang sangat takut dengan serangga. Segala jenis mak, nenek, datuk, cucu, cicit serangga semua dia takut. Takdir menemukan dia dengan Afif gadis tegas dan lasak sewaktu dia sedang ketakutan melihat lipas terbang berhampirannya. Gadis itulah yang telah menyelamatkannya daripada serangga yang sangat digeruninya itu.



9) Rindu di awan biru
Novel ini adalah cerita penuh untuk cerpen kisah cintaku di Perth yang pernah dikeluarkan akhir bulan lepas. Novel rindu di awan biru ini ditulis atas permintaan ramai yang ingin mengetahui perjalanan hidup Syanim dan Syaril sebelum mereka bercuti ke Perth dan juga bagaimana pergolakkan hubungan mereka berlaku semasa mereka bersama menghabiskan cuti seminggunya di Perth. Apakah daya tarikan yang ada pada Syam dan Zul membuatkan Syanim melupakan Syaril sewaktu mereka berdua bercuti di negara kanggaroo itu. Siapakah pilihan Syanim dan apakah sebabnya dia memilih lelaki itu....dapat novel rindu di awan biru untuk tahu kesudahan cerita kisah cintaku di Perth...



*** Semua cerita didalam novel ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa pun okay. Kalau ada tu, ia hanyalah kebetulan yang tidak dapat dielakkan. Tajuk-tajuk novel ini agak biasa nampak di rak-rak didalam kedai buku namun semua novel-novel itu bukan tulisan aku

Sunday, July 14, 2013

Surat Cinta...

Salam...

Tiba-tiba hati terdetik saat tafsir Al-Quran masih ditangan, 'mampukah aku untuk masuk ke syurgaMu'. Aku teringat kembali perjalanan hidupku selama 24 tahun ini. Banyak perkara yang aku lakukan ada baik dan ada juga buruk. Aku menutup tafsir Al-Quran dan meletakkannya di rak meja belajarku. Kakiku melangkah lemah menuju ke katil. Aku mencapai bantal yang setia menemaniku. Aku mula mengingat kembali perkara-perkara yang lalu yang telah aku lakukan. Air mata satu persatu menitis kepipiku. Sehinggalah aku tertidur didalam tangisan di pagi hari.

Aku terjaga sebaik mendapat panggilan daripada mereka yang aku sayang. Aku menjawab dengan suara yang cuba dikawal bagi mengelakkan dikesan oleh mereka yang aku baru bangun tidur. Mereka bertanya khabarku dan ucapan panjang umur diluahkan oleh mereka. Saat itu aku berasa sangat gembira. Ingin sahaja rasanya untuk balik ke rumah mendakap kedua orang tuaku. Betapa sayangnya mereka kepadaku tidak mampu untuk aku balas dan luahkan dengan kata-kata.

Aku terus bangun, terasa semangat untuk menghabiskan semua kerja yang masih tertangguh supaya aku dapat pulang kepangkuan keluargaku secepat mungkin. Saat diri sedang mencari-cari bahan kerjaku, aku terpandang jam di laptopku. 'telah masuk waktu duhah' detikku didalam hati. Aku tinggalkan kerjaku seketika dan kakiku langkah menuju ke bilik air. Wuduk diambil dan solat duhah didirikan.

Selesai menunaikan solat duhah hati sekali lagi terdetik untuk melihat maksud surah yang dibaca oleh imam masjid sewaktu tarawih semalam. Tafsir Al-Quran sekali lagi berada ditanganku. Aku menyelak juzuk 5 iaitu surah an-nisaa'. Satu persatu maksud ayat itu aku baca sehingga aku terkaku pada satu ayat ini...

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). 
(Surah An-nisaa', ayat 31)

Aku meneruskan bacaanku dengan ayat-ayat seterusnya dan sekali lagi mataku terkaku pada satu lagi ayat didalam surah yang sama. Berulang-ulang kali aku membacakan maksud ayat itu sehingga air mata ini sekali lagi mengalir.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(Surah An-nisaa', ayat 40)

Aku tertanya-tanya, adakah ini jawapan untuk soalanku pada pagi hari tadi?

Ya Allah, terima kasih kerana menggembirakanku dengan ayat-ayatMu... 
Wassalam...

(I love everyone, everyone love me...)

Friday, July 5, 2013

Alone...

Salam...

Alone
 Saya boleh belajar banyak benda sekiranya saya bersendiri tapi saya takut apa yang saya belajar itu jauh daripada apa yang sepatutnya saya belajar...
Contohnya, seseorang yang mungkir janji. Saya belajar bersabar dengan orang itu dan dalam masa yang sama saya belajar membenci dan memarahi orang itu. Jangan biarkan saya berseorangan sebab saya bukan hanya akan belajar benda baik malah benda jahat juga saya akan belajar...


Walk alone...
 Saya boleh berjalan sendirian di dalam keramaian orang. Tetapi saya takut jalan yang saya ambil itu merbahaya dan tidak sesuai untuk saya menggunakan jalan itu berseorangan.
Contohnya, saya pilih untuk buat short sem. Banyak dugaan yang perlu sahaya hadapi dalam menghabiskan short sem ini antaranya dugaan nak balik rumah, dugaan bulan puasa dan dugaan daripada pensyarah...

See from different perception...
Saya cuba melihat sesuatu itu dari pelbagai persepsi yang berbeza namun kadangkala pandangan saya kabur menyebabkan hanya satu persepsi sahaya yang boleh saya lihat...
Contohnya, saya mendapat pensyarah yang senang dan mudah memberi markah tapi kadang-kadang benda itu tidak penting bagi saya. Saya lebih melihat bagaimana pensyarah itu dapat memudahkan kerja saya dalam menyelesaikan short sem saya ini...hehehehee....

I hate to hear the word BUSY from you...
Sangat tidak bertimbang rasa sekiranya saya cakap yang saya benci orang yang selalu bagi alasan sebab saya kadang-kadang pun mempunyai seribu satu alasan untuk menolak benda yang saya tidak suka...

I love everyone, Everyone love me... 
Thank you ('',)

Thursday, July 4, 2013

Friends...

Salam...

They are my real friends...

Thanks for being my friends...

Yup, it's really hard to forget u'all... 

Yes, I'm not perfect...

Wassalam...

Floria...

Salam...

Floria di Putrajaya... 


Kiri atas: sawah padi 
Kiri bawah: Tanglong yang digantung di pintu masuk ke pesta bunga ini...
Kanan atas: Bunga orked
Kanan bawah: Bunga orked dan bunga tahi ayam...

Antara gambar yang aku ambil sendiri guna kamera digital biasa...

Bunga tu cantik dan ada pelbagai jenis...
Ada yang bau wangi, 
Ada yang warna dia cantik,
Ada yang rupa dia unik,
Ada yang bentuk dia menarik,
Tapi apa2 pun semua bunga nampak cantik...

Samalah macam perempuan, 
Perempuan tu cantik dengan cara mereka sendiri,
Ada yang bertudung labuh, 
Ada yang berselendang,
Ada yang bertudung bawal,
Ada yang bertudung selempang,
Semuanya nampak cantik...
Sebab semua orang itu cantik dengan gaya mereka sendiri...

*********************************************************************************
Cantiknya bunga nie...

Bunga nie tak cantiklah.

Kenapa pula?

Sebab nama bunga nie tahi ayam...

Nama tak penting, yang penting rupa dia cantik. 

Sebab rupa je? Ada banyak lagi bunga yang rupa dia cantik kut.

Rupa tu penting sebab daripada situ kita dapat tahu bagaimana orang itu menjaga dan membela bunga itu. Kalau nama dia cantik pun tapi kelopak bunga tinggal 2 3 helai je tak cantik juga. Penjagaan yang rapi dan teratur itu yang penting membuatkan rupa bunga itu menjadi cantik.

Nak cakap apa sebenarnya nie? Tak faham...

Cuma nak bagi tau, walaupun akar pokok tu bagus tapi kalau tuannya salah menjaga dari segi baja dan air serta keperluannya...bunga tu tetap tak akan berbunga dengan cantik juga. Samalah dengan manusia, walaupun keluarganya dari kalangan orang yang alim dan baik tapi kalau dirinya sendiri tidak dijaga dan dipelihara...samalah seperti bunga yang tidak dijaga dengan elok...

Oooooo....macam tu...

Tak kisah apa nama bunga itu yang penting bagaimana cara menjaga bunga itu. Tapi setiap bunga itu berbeza-beza cara penjagaannya jadi kena sesuaikan cara penjagaannya mengikut jenis bunga itu. Tujuan penjagaan bunga nie cuma satu iaitu supaya bunga itu mekar mengembang dan cantik.




Tuesday, July 2, 2013

Makan2 Cafe


Salam...

Nak buat kerja tapi rasa sunyi pula jadi bukalah youtube dan cari lagu2 yang sedap di dengar. Akhirnya, lagu Ajek Hassan yang berbunyi menemani aku membuat kerja2ku. Kenangan dua minggu lepas waktu pergi dekat Perth kembali bermain di ruang fikiran. Aku pun mengalihkan kertas2 dihadapanku dan merapatkan diriku dengan keyboard lalu jari2 ini menari diatas setiap huruf menghasilkan entri ini...

Kenangan di Makan-makan Cafe...


Depan pintu masuk...

Seminggu sebelum sampai dekat Perth ini, kami (aku dengan kawan2 aku) dah nekat nak pergi dekat makan-makan cafe nie. Itu pun selepas pensyarah kami mencadangkan tempat ini. Pensyarah kami tu peminat Ajek Hassan nie jadi dia banyaklah bercerita pasal Ajek Hassan nie. Siap tunjuk video Ajek Hassan dekat youtube lagi. Di sebabkan itulah kami bersemangat untuk pergi juga makan-makan cafe nie.

Awal-awal tu kami ingat tempat nie dekat dengan tempat yang kami duduk waktu dekat Perth tu. Jadi, kami cubalah masukkan makan makan cafe nie dalam jadual perjalanan kami waktu di Perth nanti. Tapi, bila sampai dekat Perth...kami dapat tahu yang makan makan cafe nie jauh giler daripada tempat penginapan kami tu. Sama seperti kanak-kanak yang lain, mereka akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka nak. Aku pun terus bertanya dan bertanya dan merancang untuk ke makan makan cafe sampai penat kawan kami tu nak menerangkan yang tempat penginapan kami tu jauh daripada makan makan cafe.

Tapi, kanak kanak mana pernah berputus asa dengan apa yang mereka dengar daripada orang dewasa. Kami masih meneruskan juga perancangan kami untuk ke makan makan cafe. Dan...sangat bernasib baik, kami dapat juga sampai ke makan makan cafe...yuhuuu....

Di pendekkan cerita, kami berjaya juga pergi ke makan makan cafe, dan dalam perjalanan ke sana barulah kami sedar yang makan makan cafe itu sebenarnya sangat jauh daripada tempat penginapan kami. hehehe...

Kami sampai tepat pada masanya. Kalau itu jam akulah, waktu kedai tu buka dengan waktu yang jam tangan aku tunjukkan tu memang sama. Beberapa minit selepas 2, 3 keping gambar ditangkap depan kedai akhirnya datanglah seorang lelaki membuka pintu utama makan makan cafe itu. Ok, macam kenal tapi tak berapa nak cam sangat. Aku toleh belakang, kawan aku yang sorang tu dah berbisik-bisik dengan suara yang perlahan "Ajek Hassan...". Aku pun sebenarnya bukan kenal sangat Ajek Hassan nie, sebab sebelum pergi Perth tu tak sempat nak search untuk dapatkan maklumat lanjut al maklumlah, habis final exam terus dah pergi Perth.

Lepas pilih meja, duduk di meja makan, pilih pesanan melalui buku menu, dapat makanan, makan dan bergambar dengan makanan akhirnya sampailah ke sesi bergambar bersama Ajek Hassan. Ok, dia macam dah biasa je ambil gambar dengan orang-orang Malaysia yang datang ke kedainya sebab dia siap cakap lagi, "Ambil gambar dekat luarlah sebab biasanya diorang akan ambil gambar dekat luar". Perhhhh...sangat terkenal dan sangat baik...

Walaupun makanan dekat makan makan cafe tu agak mahal tapi ia sangat berbaloi-baloi sebab sedap dan lazat. Air teh tarik dia sangat famous dan sangat besar cawan dia. Nak habiskan secawan tu...agak lambat jugalah... Nasi beriani dia pun sedap dan lazat sehingga menjilat jari tapi waktu tu aku pakai sudu dan garfu waktu makan so ayat tu kena tukar sikit, sampai menjilat sudu dan garfu...

Berikut merupakan gambar2 perasan aku yang aku ambil sewaktu dalam perjalanan dan sewaktu sampai di makan makan cafe...