Tuesday, November 20, 2012

Kata kawan...


Saat awal kita berkenalan...

Engkau hulurkan tangan saat aku terjatuh...

Kini persahabatan kita hanya di mukaa buku...

Kau Kawan aku, Aku kawan Kau… Ok?

Kawan, kadang2 nampak macam penyibuk. Semua benda nak tegur. Sikit2 nak cakap benda yang sama. Bila bercakap je, suka ulang benda yang sama. Suka sangat menyibuk jaga tepi kain orang. Macamlah dia tu perfect sangat...

Untunglah, ada kawan. Mereka bising pun sebab sayang dekat kita. Bagi nasihat pun sebab tak nak kita terleka dengan duniawi nie. Cakap benda yang sama supaya kita ingat. Tegur tu perkara biasalah, kalau tak tegur nanti kesian pula asyik duk buat salah je.

Kira untunglah ada kawan. Boleh jadi alarm untuk kejut bangun subuh. Boleh jadi teman untuk pergi makan. Boleh jadi perancang perbelanjaan bila tengah tak ada duit. Boleh jadi perunding pemakanan, jaga makan minum kita. Boleh jadi jururawat, toleng rawatkan time2 demam ke sakit ke. Boleh jadi cikgu, minta dia tunjuk ajar waktu tak faham apa yang pensyarah ajar.

Ha, tak nampak lagi apa gunanya kawan ke????

Hargai persahabatan yang telah terbina sementara sahabat masih lagi disisi. Jangan nanti tidak sempat nak maaf saat jasatnya sudah tidak bernyawa lagi… (‘’,)


Saturday, November 17, 2012

S.A.B.A.R


Lumrah dalam persahabatan ada sedih, duka, marah, geram, sakit hati, makan hati, terasa, merajuk, menangis, merungut dan sebagainya… Itulah, dalam persahabatan ini yang paling penting adalah sifat sabar. dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


‘Aku sering geram dengan beberapa perkara yang sahabat aku lakukan. Inginku katakana padanya tapi aku takut dia marah semula pada diriku ini…’
‘Aku pernah terasa dengan sikap kawanku sehingga kadang2 aku menangis sendiri…’
‘Aku pernah sakit hati dengan beberapa ayat yang keluar daripada mulut teman2ku…’

Kami semua...
Aku cuba berfikiran positif, ada sesetengah perkara yang aku tidak suka pada mereka dan mungkin dalam masa yang sama ada beberapa perkara pada diri ini yang tidak disukai oleh mereka juga. Jadi, adilkan… aku tidak suka pada sikap mereka dan mereka juga ada tidak suka pada sikap aku. Jadi, untuk kekalkan persahabatan ini, kami sama2 saling menghormati satu sama lain dan terima seadanya kelemahan dan kelebihan sahabat2…

Indahnya persahabatan itu andai semua saing menerima kekurangan dan kelebihan masing2…

Aku dan mereka... 

 Thanks, terima kekurangan diri ini dan terima kelebihan diri ini juga…

Wednesday, November 14, 2012

Senyum...

Salam...

Senyumlah, sebab senyumanmu itu sungguh menawan dan boleh membuat hati tertawan... Opss, hati2 jangan sampai ada yang tersalah tafsir pula dengan senyumanmu itu. Tak perlu senyum 24 jam cuma senyumlah bila perlu...

Senyum sewaktu dirimu sedang menghadapi masalah supaya masalah itu tidak terus mengganggu hatimu buat selama-lamanya. 
Senyum sewaktu musuhmu menghina dan mencacimu supaya mereka berhenti mencaci dan menghinamu.
Senyum sewaktu orang lain memberi nasihat, supaya mereka tahu yang nasihat mereka itu kamu terima dengan hati terbuka.
Senyum sewaktu orang lain menghulurkan bantuannya supaya mereka tahu yang kamu berterima kasih dengan bantuan mereka itu.
Senyum sewaktu kamu strees supaya streesmu cepat hilang.
Senyum sewaktu mereka cuba untuk memaksamu supaya mereka reda melihat senyumanmu itu.


Kan cantik kalau sentiasa senyum...

Senyuman adalah senjata yang tersembunyi...

Aku sentiasa senyum sehingga mereka memandang pelik kearahku. Makin mereka memandang pelik makin aku senyum...
Aku sentiasa senyum sehingga orang menyangka yang aku tidak pernah mempunyai sebarang masalah tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada masalah...
Aku sentiasa senyum sehingga aku lupa yang mereka pernah membuat jahat pada diri ini, tapi aku akui, semua orang tidak lari daripada melakukan kesalahan.
Aku sentiasa senyum sehingga ada yang tertarik dengan senyumanku, tapi sebenarnya niat aku senyum bukanlah untuk menarik perhatian orang padaku.

Senyumlah...

Senyuman boleh menghilangkan masalah yang ada...


* Jadi kesimpulannya, silalah senyum sebab senyumanmu itu sangat menawan. Tak perlu bermasam muka kerana ia tidak cantik dan membuatkan mukamu semakin cepat berkedut... hehehe...('',)

Tuesday, November 6, 2012

Aku, dia dan tong sampah...

Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal cerita Aku, dia dan tong sampah pun cuma nak cerita pasal hero cerita tu je sebenarnya. Lepas tengok cerita Aku, dia dan tong sampah nie, aku pun terus cari cerita2 lain lakonan hero cerita tu dan akhirnya...jumpalah cerita Kampung semarah padi. Lepas tu jumpa pula cerita Janji jujur sepi, hero yang sama jadi hero juga. Tiba-tiba terfikir, banyaknya cerita yang dia dah berlakon dan jadi hero. Lepastu, aku cuba mengimbas kembali...cerita lakonannya yang bernah aku tengok sebelum nie. Dan akhirnya, aku teringat pada cerita Juvana. Oh, mungkin dari cerita Juvana tulah aku mula minat tengok dia berlakon kut. Sebab lepas cerita Juvana tu, aku tengok cerita Gemilang pula. Dia juga berlakon. Lepas daripada cerita Gemilang tu, aku nak tengok cerita Cita & Cinta tapi masa sangat terhad membuatkan aku tidak dapat mengikuti cerita Cita & Cinta pada masa itu. Aku pernah juga ikuti cerita Geng Surau, best gak ceta tu dan dia pun berlakon dalam cerita tu. Dalam cerita Jujur aku dayus pula, dia buat aku salah faham dekat dia pada awal cerita tu. Pelangi Kasih aku tak tengok sebab tak suka heroin dalam cerita tu. Tak sabar rasanya nak tengok cerita Istanbul aku datang sebab dalam cerita tu dia pun berlakon lagi.

Apalah yang aku mengarut dekat perenggan pertama diatas nie... Haiii...asalnya nak cerita pasal hero cerita aku, dia dan tong sampah tapi nampaknya aku macam menyenaraikan semua cerita lakonan hero dalam cerita tu je... Hero itu ialah Beto Kusyairi...


Tujuan asal sebenarnya nak tulis yang muka 
Beto Kusyairi nie lebih sikit kurang muka 
salah seorang kawan seuniversiti aku je 
sebenarnya... hehehe....('',)


Friday, November 2, 2012

Sahabat...

Assalamualaikum...

Bila tengok2 gambar lama, tiba2 terasa nak cerita pasal sahabat pula. Nak cerita pasal seorang sahabat yang sangat baik dan banyak mengajar. Sahabat ini juga yang pernah panggil aku perfect suatu masa dahulu. Ok, aku memang x ingat langsung sebab apa. Bila tanya dia balik, dia pun cakap dia x ingat juga sebab apa dia panggil aku macam tu. Sekarang tak dah, nama tu dah x valid lagi...hehehe...


Oh, sahabatku...

Sahabat nie, pakaian dia tak pernah berubah sebab tu aku berani letak gambar dia. Dia akan sentiasa menjaga solat dan auratnya walau dimana sahaja dia pergi. Sebab tu bila dengan dia, aku rasa terjaga. Walaupun kadang2 perangai dia agak gila2 tapi dia tetap jaga tingkah lakunya. Aku cuba pelajari itu daripadanya. Pelajari bagaimana untuk jaga solat dan aurat walau kemana sahaja aku berada...

kami berdua...

Ayat dia yang paling aku ingat..." Kenapa nak menipu, cakap yang betulkan senang." Lebih sikit kurang macam nielah, dan sampai sekarang aku ingat dan aku cuba untuk tidak menipu. Thanks sahabat... (",)