Friday, January 14, 2011

Siapa dia?

Suasana sunyi menyelubungi keadaan dalam pejabat pada pagi itu. Masing-masing sibuk menyiapkan kerja mereka sehingga tiada siapa yang bersuara atau berbual-bual seperti kebiasaannya. Suasana sunyi tiba-tiba dikejutkan dengan suatu suara yang tidak asing lagi bagi semua pekerja yang bekerja di syarikat itu.
"Amirul!!!"
Aku terfikir adakah orang bernama amirul didalam pejabat itu kerana nama itu sangat jarang digunakan didalam pejabat itu.
Kakak yang berada di sebelah pintu dalam bilik tempat aku duduk itu telah ketawa mendengar nama itu. Seketika aku teringat saat terpandangkan sesusuk tubuh berjalan gaya catwalk memasuki bilik sebelah, disitulah punca datangnya suara orang yang memanggil tadi.
Aku tersenyum-senyum kemudiannya.

Beberapa minit kemudian sekali lagi nama itu dijeritkan didalam pejabat. Kakak yang berada dihadapanku ketawa mendengar nama itu. Aku masih sama seperti tadi hanya tersenyum.


Ha...inilah yang berlaku hari ini dalam pejabat tadi. Nape ada yang ketawa dan ada yang tersenyum mendengarkan nama itu??? hehehe... nama asal dia memang Amirul tapi nama gelaran atau nama glamorlah orang kata Ami.

Aku hampir-hampir pelik bila tiba-tiba boss yang duduk dalam pejabat sebelah tu jerit nama Amirul. Takkanlah dia tak tau yang semua orang panggil dia Ami kut. Boss tu memang macam tu, bila nak panggil orang je dia mesti akan menjerit dari dalam bilik dia. Save budget kut.


Kataku: Gambar nie saje je letak sebab taknak nampak kosong... Kalau letak gambar menarik sikit (aku rasalah), tapi memang betul pun...hehehe...

No comments:

Post a Comment