Thursday, January 6, 2011

Hari ke 4...

Pejam celik, pejam celik, jeling kanan, jeling kiri, dongak atas, dongak bawah, pandang kanan, pandang kiri...dah masuk hari ke 4 aku praktikal kat syarikat nie. Dalam masa 4 hari nie macam2 jugalah aku belajar. Tak kisahlah sikit je kerja yang aku kena buat janji aku dapat ilmu...itulah yang penting.

Tadi best juga sebab dapat taip satu report valuation untuk auction purpose. First time tu buat report... Aku buat report je yang value untuk property tu bukan aku pun. Oh ya, jenis subjec property yang aku buat tadi ialah fire-break single storey terrace house. ha...pelikkan ada fire-break plak... Aku tanya kakak tu kenapa nak kena letak fire-break, akak tu cakap sebab rumah tu depan pili bomba jadi saiz rumah dia berbeza dengan saiz rumah biasa. oooo...be...gi...tu...

Satu lagi benda yang aku baru tahu... aku habis kerja pukul 5.30 petang, selama nie aku ingat aku habis kerja pukul 5.00 petang... dan satu lagi, jangan pergi kerja awal sangat sebab nanti kena duduk kat luar sebab pintu gate pejabat tak buka lagi. Datanglah tepat pada masanya iaitu pada pukul 9.00 pagi, kalau bernasib baik andalah antara 5 orang atau 3 orang terawal yang datang pejabat dul. Kebanyakan mereka akan muncul selepas pukul 9.00 pagi...hehehe... Diaorang nie walaupun datang lambat tapi balik lambat, jadi tak apalah. Aku pun tak tahu pukul berapa diorang balik sebenarnya sebab tepat je pukul 5.30 petang aku dah keluar pejabat sedangkan diorang masih lagi meneruskan kerja diorang.

Info untuk aku:-
Hari ke 2 - gi inspection dekat kerubong, duyung, cheng, bukit china dan tak ingat pulak apa nama tempat nie... yang penting satu hari dihabiskan dengan inspection je.
Hari ke 3 - buat sketches floor plan untuk ami punya case, cari lot number untuk kak yen punya case dan bagi kak wati surat dari U.

No comments:

Post a Comment