Saturday, January 22, 2011

Khamis (20/1/2011)

"Saya nak awak buat macam Shoen buat tu, tapi untuk kawasan Dataran Pahlawan. Ini adalah analysis research yang kamu kena buat. Kalau awak tak buat saya tak nak tanda tangan buku log kamu. Dekat tempat sign tu saya lukis peta kalau awak tak buat benda nie." Dengan tegas dia memberi arahan kepadaku.

Aku memandang kearahnya sambil menganggukkan kepalaku tanda faham akan arahan yang diberikan.

"Ok, ada apa-apa masalah?" dia bertanya kepadaku sambil matanya masih lagi kearahku.

Aku dengan yakinnya menganggukkan kepala kepadanya.

'Buat masa nie memang aku tak ada masalah ape-ape pun cuma aku nak cakap yang aku happy sangat sebab sekurang-kurangnya tak adalah aku duduk2 je kat pejabat tu lagi lepas nie.' Ucapku dalam hati.

"Kalau kamu ada apa2 masalah, kamu boleh tanya Shoen ataupun Jack. Benda nie nampak je senang tapi bila nak buat nanti bukan senang pun. Tak tahu boleh tanya mereka duaorang nie."Ujarnya lagi.

Sekali lagi aku menganggukkan kepalaku sambil berkata ok.

"Bila lecture kamu nak datang?"tanyanya lagi.

"Emmm..."

"Dia cakap awal bulan dua ataupun akhir bulan satu nie." Jack memotong cakapku.

"Kalau dia nak datang bagi tau awal-awal saya nak amik cuti dulu." ujarnya sambil ketawa.

Aku hanya tersenyum termasuklah semua orang yang berada di sekitar meja itu. Aku terus mengemaskan barang-barangku sebaik sahaja meeting pada petang itu tamat. Aku terus melangkah keluar untuk pulang kerumah. Berakhirlah kerja aku hari itu.

No comments:

Post a Comment