Monday, January 3, 2011

HaRI PeRTamA Li

Rasa kekok pulak nak mula menulis maklumlah seminggu aku habiskan masa cuti hanya untuk hilangkan penat yang 3 minggu traning. Menaip ayat pun rasa macam dah tunggang-langgang. Nie baru menaip, kalau menulis agaknya dah banyak muka surat kena garis. Nasib baik menaip guna laptop kalau salah boleh terus tekan back space…hehehe…

Kembali kepada tajuk asallah. Bagi orang lain mungkin hari ini adalah hari pertama mereka masuk sekolah (khas buat pelajar darjah satu), hari pertama pakai pakaian baru (khas buat pelajar baru masuk sekolah menengah), hari pertama merasa cuti (khas buat lepasan SPM), hari pertama mula belajar (khas buat pelajar U) dan hari pertama di tempat LI (khas buat aku dan kawan2 seangkatan denganku)…

Macam mana hari pertama korang? Ok2…tak payahlah jawab simpan je untuk diri sendiri…hehehe…

Entah kenapa aku rasa hari pertama dekat tempat LI nie sangatlah boring ditambah pula dengan bosan gilerrr. Kakak kat tempat LI tu bagi baca contoh2 report. Sedikit sebanyak aku dapatlah gambaran apa yang syarikat itu uruskan. Buat masa ini yang aku tahu syarikat tu hanya menjalankan penilaian keatas harta tanah untuk tujuan jualan dan lelongan. Selain itu, syarikat itu juga menyediakan khidmat ejen harta tanah.

Apa yang aku belajar hari nie ya? Jap3x…pikir jap. Ha…belajar lukis site plan guna pensil dan guna software (kalau tak silap 3Dhome). Kakak kat situ ada ajar step2 sebelum kita buat report. Antara step2 dia ialah:

1) dapat kes dan baca untuk tahu background kes dia

2) buat appointment untuk melawat kawasan itu

3) melawat kawasan (ukur dan ambil gambar)

4) lukis site plan dan kira MFA dan AFA property tu

5) buat penilaian untuk harta tanah itu menggunakan comparison method

6) dah dapat market value untuk property tu barulah boleh buat report penuh.

Data untuk comparison method tu boleh didapati daripada JUPEM dan JPPH. Selepas cari property yang akan dijadikan perbandingan, kita kena pergi dekat property2 tu untuk ambil gambar dan tengok keadaan dia. Yalah, kitakan nak bandingkan property2 nie dengan subject property kita. Selain itu, maklumat2 ini sangatlah berguna sewaktu kita membuat comparison method.

Ok, itu sahaja yang aku belajar untuk hari pertama nie. Esok, aku akan pergi ke site untuk ukur kawasan. Kakak yang jaga aku tu dapat 3 kes baru pagi tadi so, aku kena sama2 belajar untuk buat report valuation. Aku sangat berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Lagipun aku ada Kak Amy (senior sgp), dia kerja dekat syarikat tu. Aku harap sangat semoga dia boleh menolong aku untuk teruskan LI dan siapkan assignment.

Moon: Walaupun boring tapi aku akan teruskan juga LI nie sampai habis sebab aku tak nak gagal untuk LI nie. Aku akan belajar perlahan-lahan dan akan pastikan setiap hari aku belajar benda yang baru. Bak kata Adwa “Kalau tak tahu belajar, dah tahu kena buat”-pinjam pepatah kamu ya…

No comments:

Post a Comment