Thursday, January 27, 2011

890123…

23/1 yang lepas merupakan hari ulang tahun ex-roommate aku waktu dekat matrikulasi zaman dahulu kala. Aku nie dengan semangatnya (konon nak jadi orang pertamalah wish birthday dia) hantarlah mesej melalui fb pada dia. Nak hantar guna sms tapi waktu tu kredit tak ada pula. Nak guna telefon rumah call dia tapi dah tengah malam waktu tu takut ganggu dia tengah tidur pula. Nak hantar surat tapi takut lambat sampai. Nak hantar guna e-mail tapi alamat e-mail pun tak ada. Nak sembang guna ym tapi ym dia tak on. Banyak betul halangan jadi mukabuku jelah yang paling berguna masa tu.

Kek buat Zubaidah a.k.a Idah/Zu

Eh, dia tak tidur lagi rupanya…Nie mesti member-member dia buat birthday party untuk dia sebab tu dia tidur lambat nie. Tadi aku hantar mesej selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 21 tahun…lepas tu dia balas yang dia bukan 21 tapi dah 22 tahun nie… Jap3x…22 tahun? Dia tua daripada aku setahunlah maknanya…tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun waktu kat matrix dulu. Pelik nie…

Dengan pelik, hairan dan confusenya aku pun tanyalah dia… Manalah tau selama nie dia berahsia dengan aku bab-bab tahun lahir nie. Dia pun balas, eh…kitakan 22 tahun, tahun nie. Kamu nie perasan mudalah… Oh, tidak!!! Aku dah 22 tahun ke???


Ok, nak sambung dengan cerita nie…

Hari ahad lepas, ahad yang baru lepas nie, ya hari ahad yang nie baru je 3, 4 hari berlalu tu…Aku bawalah sepiring kuih talam keladi pergi rumah nenek aku. Hehehe…cucu yang baik, melawat nenek siap bawa kuih talam sepiring lagi…sebenarnya kuih talam tu bukan aku yang buat, ada orang bagi…

Sembang-sembang-sembang dengan nenek tiba-tiba nenek tanya pula soalan yang memang selalulah dia akan tanya setiap kali aku jumpa dia…Ha..cuba teka soalan ape? Ha, tanya kabar? Dah makan ke belum? Bila nak abis belajar? Macam mana praktikal?

Ok, semua salah…soalan yang biasa dia tanya ialah…. Angah dah ada pakwe? (Semua family aku panggil aku angah sebab anak no 2 kan) Gila mencabar soalan nenek bagi…

Aku dengan muka buat-buat terkejut pun buat-buat tanya apa nenek cakap tadi. Saje je buat-buat tak dengar pula dengan soalan-soalan macam tu. Nenek pun tanyalah soalan yang sama, aku bajet nenek tukarlah soalan lain rupanya dia tanya soalan yang sama gak. Aku pun jawablah dengan yakin dan semangatnya…”Tentulah, tak ada nek….”hehehe…

Bila aku balik rumah, aku ceritalah yang aku dah bagi kuih talam keladi tu kat nenek siap bersembang dengan nenek lagi.

Mak pun cakap, “bagi kuih ada makna tu.”

Abah pula cakap, “Dalam cerita P.Ramli tu…pelajar mengurat anak tok guru tapi kau nie anak tok guru mengurat pelajar.”

Sebenarnya, kuih talam tu mak kawan aku @ kawan abah dan mak yang bagi. Aku belajar silat dekat rumah dia, lepas abis silat tu dia bagi kuih talam tu suruh aku bagi kat mak aku. Tu yang jadi isu sekarang nie….

Aku pun pandang abah dan berkata, “Abah nak hantar orang belajar silat dekat MMU ke?” hehehe…ayat berbau ugutan disitu.

Mak pula berkata, “Abang, karang ada pula yang tak nak pergi belajar silat dah.”

Aku dalam hati berkata…’tau tak pa.’

Aku memang tidak suka dan tidak gemar dengan benda-benda yang macam nie. Tolonglah jangan laga-lagakan aku dengan sesiapa sebab aku bukannya ikan laga. Mak dengan abah nie ada-ada je nak kenakan aku. Dulu dengan anak ustazah sekarang dengan anak tok guru pula…entah ape-ape je…

Kata2 azimatku: Aku dah 22 tahun dan mempunyai 2 orang anak tapi tak ada suami. Hehehe…itu maknanya yang dua orang anak itu adalah anak buahku. Usiaku masih muda dan perjalanan hidupku masih panjang…sijil ijazah belum lagi kugenggam, impian aku belum lagi tercapai. Jasa ibu dan ayah juga belum lagi aku balas… So, yang tak penting tolak tepi dulu ya….

Saturday, January 22, 2011

Khamis (20/1/2011)

"Saya nak awak buat macam Shoen buat tu, tapi untuk kawasan Dataran Pahlawan. Ini adalah analysis research yang kamu kena buat. Kalau awak tak buat saya tak nak tanda tangan buku log kamu. Dekat tempat sign tu saya lukis peta kalau awak tak buat benda nie." Dengan tegas dia memberi arahan kepadaku.

Aku memandang kearahnya sambil menganggukkan kepalaku tanda faham akan arahan yang diberikan.

"Ok, ada apa-apa masalah?" dia bertanya kepadaku sambil matanya masih lagi kearahku.

Aku dengan yakinnya menganggukkan kepala kepadanya.

'Buat masa nie memang aku tak ada masalah ape-ape pun cuma aku nak cakap yang aku happy sangat sebab sekurang-kurangnya tak adalah aku duduk2 je kat pejabat tu lagi lepas nie.' Ucapku dalam hati.

"Kalau kamu ada apa2 masalah, kamu boleh tanya Shoen ataupun Jack. Benda nie nampak je senang tapi bila nak buat nanti bukan senang pun. Tak tahu boleh tanya mereka duaorang nie."Ujarnya lagi.

Sekali lagi aku menganggukkan kepalaku sambil berkata ok.

"Bila lecture kamu nak datang?"tanyanya lagi.

"Emmm..."

"Dia cakap awal bulan dua ataupun akhir bulan satu nie." Jack memotong cakapku.

"Kalau dia nak datang bagi tau awal-awal saya nak amik cuti dulu." ujarnya sambil ketawa.

Aku hanya tersenyum termasuklah semua orang yang berada di sekitar meja itu. Aku terus mengemaskan barang-barangku sebaik sahaja meeting pada petang itu tamat. Aku terus melangkah keluar untuk pulang kerumah. Berakhirlah kerja aku hari itu.

Tolong ingatkan aku...

Tolong ingatkan aku
Kenangan lama yang kita lalui
Tolong ingatkan aku
Saat manis kita bersama

Tolong ingatkan aku
Kita pernah menjadi sahabat
Tolong ingatkan aku
Kita dulu sentiasa bersama

Tolong ingatkan aku
Engkau kini masih sahabatku
Tolong ingatkan aku
Persahabatan kita tak akan putus

Tolong ingatkan aku...
Aku lupa siapa temanku
Aku lupa siapa sahabatku
Aku lupa kenangan lama
Aku lupa sejarah dahulu

Tolong ingatkan aku wahai sahabatku...

Khas buat sahabat2ku... Aku sering terlupa siapa sahabatku dan siapa teman2ku... Aku mula mencari sahabat2ku dan teman2ku dahulu. Kita mulakan semula kenangan kita bersama. Aku rindu kalian semua...

Friday, January 14, 2011

Siapa dia?

Suasana sunyi menyelubungi keadaan dalam pejabat pada pagi itu. Masing-masing sibuk menyiapkan kerja mereka sehingga tiada siapa yang bersuara atau berbual-bual seperti kebiasaannya. Suasana sunyi tiba-tiba dikejutkan dengan suatu suara yang tidak asing lagi bagi semua pekerja yang bekerja di syarikat itu.
"Amirul!!!"
Aku terfikir adakah orang bernama amirul didalam pejabat itu kerana nama itu sangat jarang digunakan didalam pejabat itu.
Kakak yang berada di sebelah pintu dalam bilik tempat aku duduk itu telah ketawa mendengar nama itu. Seketika aku teringat saat terpandangkan sesusuk tubuh berjalan gaya catwalk memasuki bilik sebelah, disitulah punca datangnya suara orang yang memanggil tadi.
Aku tersenyum-senyum kemudiannya.

Beberapa minit kemudian sekali lagi nama itu dijeritkan didalam pejabat. Kakak yang berada dihadapanku ketawa mendengar nama itu. Aku masih sama seperti tadi hanya tersenyum.


Ha...inilah yang berlaku hari ini dalam pejabat tadi. Nape ada yang ketawa dan ada yang tersenyum mendengarkan nama itu??? hehehe... nama asal dia memang Amirul tapi nama gelaran atau nama glamorlah orang kata Ami.

Aku hampir-hampir pelik bila tiba-tiba boss yang duduk dalam pejabat sebelah tu jerit nama Amirul. Takkanlah dia tak tau yang semua orang panggil dia Ami kut. Boss tu memang macam tu, bila nak panggil orang je dia mesti akan menjerit dari dalam bilik dia. Save budget kut.


Kataku: Gambar nie saje je letak sebab taknak nampak kosong... Kalau letak gambar menarik sikit (aku rasalah), tapi memang betul pun...hehehe...

Thursday, January 6, 2011

Hari ke 4...

Pejam celik, pejam celik, jeling kanan, jeling kiri, dongak atas, dongak bawah, pandang kanan, pandang kiri...dah masuk hari ke 4 aku praktikal kat syarikat nie. Dalam masa 4 hari nie macam2 jugalah aku belajar. Tak kisahlah sikit je kerja yang aku kena buat janji aku dapat ilmu...itulah yang penting.

Tadi best juga sebab dapat taip satu report valuation untuk auction purpose. First time tu buat report... Aku buat report je yang value untuk property tu bukan aku pun. Oh ya, jenis subjec property yang aku buat tadi ialah fire-break single storey terrace house. ha...pelikkan ada fire-break plak... Aku tanya kakak tu kenapa nak kena letak fire-break, akak tu cakap sebab rumah tu depan pili bomba jadi saiz rumah dia berbeza dengan saiz rumah biasa. oooo...be...gi...tu...

Satu lagi benda yang aku baru tahu... aku habis kerja pukul 5.30 petang, selama nie aku ingat aku habis kerja pukul 5.00 petang... dan satu lagi, jangan pergi kerja awal sangat sebab nanti kena duduk kat luar sebab pintu gate pejabat tak buka lagi. Datanglah tepat pada masanya iaitu pada pukul 9.00 pagi, kalau bernasib baik andalah antara 5 orang atau 3 orang terawal yang datang pejabat dul. Kebanyakan mereka akan muncul selepas pukul 9.00 pagi...hehehe... Diaorang nie walaupun datang lambat tapi balik lambat, jadi tak apalah. Aku pun tak tahu pukul berapa diorang balik sebenarnya sebab tepat je pukul 5.30 petang aku dah keluar pejabat sedangkan diorang masih lagi meneruskan kerja diorang.

Info untuk aku:-
Hari ke 2 - gi inspection dekat kerubong, duyung, cheng, bukit china dan tak ingat pulak apa nama tempat nie... yang penting satu hari dihabiskan dengan inspection je.
Hari ke 3 - buat sketches floor plan untuk ami punya case, cari lot number untuk kak yen punya case dan bagi kak wati surat dari U.

Monday, January 3, 2011

HaRI PeRTamA Li

Rasa kekok pulak nak mula menulis maklumlah seminggu aku habiskan masa cuti hanya untuk hilangkan penat yang 3 minggu traning. Menaip ayat pun rasa macam dah tunggang-langgang. Nie baru menaip, kalau menulis agaknya dah banyak muka surat kena garis. Nasib baik menaip guna laptop kalau salah boleh terus tekan back space…hehehe…

Kembali kepada tajuk asallah. Bagi orang lain mungkin hari ini adalah hari pertama mereka masuk sekolah (khas buat pelajar darjah satu), hari pertama pakai pakaian baru (khas buat pelajar baru masuk sekolah menengah), hari pertama merasa cuti (khas buat lepasan SPM), hari pertama mula belajar (khas buat pelajar U) dan hari pertama di tempat LI (khas buat aku dan kawan2 seangkatan denganku)…

Macam mana hari pertama korang? Ok2…tak payahlah jawab simpan je untuk diri sendiri…hehehe…

Entah kenapa aku rasa hari pertama dekat tempat LI nie sangatlah boring ditambah pula dengan bosan gilerrr. Kakak kat tempat LI tu bagi baca contoh2 report. Sedikit sebanyak aku dapatlah gambaran apa yang syarikat itu uruskan. Buat masa ini yang aku tahu syarikat tu hanya menjalankan penilaian keatas harta tanah untuk tujuan jualan dan lelongan. Selain itu, syarikat itu juga menyediakan khidmat ejen harta tanah.

Apa yang aku belajar hari nie ya? Jap3x…pikir jap. Ha…belajar lukis site plan guna pensil dan guna software (kalau tak silap 3Dhome). Kakak kat situ ada ajar step2 sebelum kita buat report. Antara step2 dia ialah:

1) dapat kes dan baca untuk tahu background kes dia

2) buat appointment untuk melawat kawasan itu

3) melawat kawasan (ukur dan ambil gambar)

4) lukis site plan dan kira MFA dan AFA property tu

5) buat penilaian untuk harta tanah itu menggunakan comparison method

6) dah dapat market value untuk property tu barulah boleh buat report penuh.

Data untuk comparison method tu boleh didapati daripada JUPEM dan JPPH. Selepas cari property yang akan dijadikan perbandingan, kita kena pergi dekat property2 tu untuk ambil gambar dan tengok keadaan dia. Yalah, kitakan nak bandingkan property2 nie dengan subject property kita. Selain itu, maklumat2 ini sangatlah berguna sewaktu kita membuat comparison method.

Ok, itu sahaja yang aku belajar untuk hari pertama nie. Esok, aku akan pergi ke site untuk ukur kawasan. Kakak yang jaga aku tu dapat 3 kes baru pagi tadi so, aku kena sama2 belajar untuk buat report valuation. Aku sangat berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Lagipun aku ada Kak Amy (senior sgp), dia kerja dekat syarikat tu. Aku harap sangat semoga dia boleh menolong aku untuk teruskan LI dan siapkan assignment.

Moon: Walaupun boring tapi aku akan teruskan juga LI nie sampai habis sebab aku tak nak gagal untuk LI nie. Aku akan belajar perlahan-lahan dan akan pastikan setiap hari aku belajar benda yang baru. Bak kata Adwa “Kalau tak tahu belajar, dah tahu kena buat”-pinjam pepatah kamu ya…