Tuesday, December 29, 2009

AdA CiNTa...


ucapkanlah kasih

satu kata yg ku nantikan

sebab ku tak mampu membaca matamu

mendengar bisikmu


nyanyikanlah kasih

senandung kata hatimu

sebab ku tak sanggup

mengartikan getar ini

sebab ku meragu pada dirimu


mengapa berat ungkapkan cinta

padahal ia ada

dalam rinai hujan

dalam terang bulan

juga dalam sedu sedan


mengapa sulit mengaku cintap

adahal ia terasa

dalam rindu dendam

hening malam

cinta terasa ada


nyanyikanlah kasih

senandung kata hatimu

sebab ku tak sanggup

mengartikan getar ini

sebab ku meragu pada dirimu

nilai cintamu.....



Pernah dulu kufikirkan

Tanpa cinta tak mengapa

Bila kau pergi kurasakan

Sunyinya dihati

Baru kini kutahu

Nilai cintamu


Kurenungi gambarmu

Kubaca surat surat mu

Namun pedihnya kuterasa

Tanpa kau bersama

Kuharap dikau pun

Begitu jua


Kini aku mengerti

Hanya engkau pelita hati

Semua yang kau korbankan

Hanyalah untukku

Akan tetapku kenang

Kasihmu terhadap diriku

Janji untuk bersama

Sehidup dan semati


Andainya kau kembali

Kan ku curahkan rasa hati

Akan aku buktikan

Cintaku yang suci


Berikan ku harapan

Untuk bersamamu semula

Akan aku buktikan

Nilai cintaku...


Sunday, December 20, 2009

CiNTa

Apaka ertinya cinta...
Hadir tanpa dipinta...
Ingin tuk menerima...
Tapi dibatasi cita...

Aq x nak jatuh cinta lagi sebab aq takut hatiku atau hatinya akan terluka. Mampukah aq menafikan rasa cinta dihati ini? Aq telah mula menyintainya, senyumannya membuatkan aq sentiasa teringatkan dirinya. Sekuat manakah hatiku mampu menafikan rasa cinta yang baru berputik ini. Aq keliru dengan pendirian dan perasaan hatiku.

Perasaan remajaku sentiasa memberontak untuk mencintai dan dicintai. Perlukah aq mengikut sahaja perasaan remajaku ini. Ya Allah, berikanlah petunjuk padaku untuk aku membuat keputusan dalam kehidupanku... Ya Allah, bimbinglah aku dalam membuat keputusan supaya keputusan yang aku buat itu tidak salah... Amin....

Wednesday, December 16, 2009

Saya minta maaf....


Peliklah, susah sangat ke nak ucapkan perkataan " minta maaf " sampai sanggup tak bertegur sapa berhari-hari....
Sayangkan, hubungan persahabatan yang dibina terputus disebabkan tidak mahu memohon maaf terlebih dahulu. Nak sangat tunggu orang lain yang minta maaf dulu. Entahlah...
Kenapalah kita nak malu sangat untuk ucapkan perkataan maaf tu? Sebenarnya tak susah pun nak ungkapkan ucapan tu sekiranya kita sentiasa mengamalkannya. Yalah, bila dah biasa ia dah jadi macam sebahagian daripada kita. Salah kecil pun kita dah minta maaf, kan bagus tu....
Sayanglah persahabatan yang telah dibina jangan runtuhkannya dengan sifat angkuh dan sombong kita hanya kerana tidak mahu menyebut maaf. Semaikan persahabatan yang telah dibina dengan saling memahami antara satu sama lain agar masalah-masalah salah faham tidak berlaku. Akhir sekali, ikhlaslah menerima sahabat kita itu seadanya dan janganlah mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin daripadanya. Susah senang bersama hingga keakhirnya.
Semoga persahabatan yang telah terjalin antara aq dan sahabat2ku kekal selamanya.

BeRmULaLaH SemEsTeR BaRu....

Pada hari yang cerah tidak mendung, isnin bersamaan 14 disember 2009, dengan rasminya membawa aq melangkah ke semester yang baru. Kini aq berada di semester yang ke 4 dan masih lagi dalam jurusan yang sama. Dengan semangat baru dan azam yang lama aku cuba untuk terus melangkah mengharungi semester ini. Semoga segalanya berjalan dengan jayanya. Aq sangat berharap agar aq memperoleh kejayaan yang cemerlang diakhir sem ini nanti. Semoga kejayaan adalah milik aq.....

Saturday, October 31, 2009

Facebook!!!

Facebook...
Smalam, kwn aq bgi tau yg slah stu quiz dlm facebook tu ada kaitan dgn aq. Hai.....panas aq nie.
Nasib baiklah ari nie ada exam so aq tak online lah smalam. Ha, skrang bru berksmpatan nak online sbb next paper ari rabu nie lmbat lgi. Tdi aq bkaklah facebook nak tgk quiz tu, wa.....panas nie! Sapelah yg rjin sngt wat quiz tak logik mcm tu. Quiz tu x logik lgsung bnci aq tgk. Aq rsa yg wat quiz tu msti kwan2 yg aq knal gak cma aq tak tau sapa je. Kalau aq tau sapa, hai......taulah apa aq nak wat. (Hehehe....bnyi mcam ykin je....) Aq dahlah skit ati dgn facebook tu nie tmbah plak mcm nie, lgilah aq skit atie. Benci!!!

Sunday, October 11, 2009

Skudai, UTM


UTM Skudai, Johor.

Tinggal seminggu lagi sebelum study week, apa aku perlu buat nie?

Penilaian Statut....
Undang-undang Harta Tanah....
Ekonomi Perbandaran....
Pengurusan Harta Tanah....
Komunikasi Berkesan....
Islam dan Isu-isu Semasa....

Nak study sekarang ke atau tunggu study week je baru study betul-betul?
Boleh enjoy lagi ke sekarang nie?
Nak teruskan main game kat komputer lagi ke?
Nak terus baca novel dan komik yang melekakan ke?

Kalau korang jadi saya, apa yang korang akan buat sekarang nie?
A) Terus-terusan study.
B) Terus melayari internet.
C) Teruskan dengan aktiviti yang biasa korang lakukan.
D) Terus bersuka-ria.

Jawapannya semua ditangan anda. Tak kiralah apa jawapan anda, semuanya betul sebab soalan tu tak ada jawapan yang spesifik. Apa jawapan anda hanya anda yang tahu sebabnya. Semoga berjaya dengan jawapan yang anda pilih. Jawapan saya...... tentulah tidak ada dalam senarai jawapan diatas.

Panjat Balai Cerap....

Salam....

Lama rasanya tak menulis kat dalam blog nie. Pagi tadi aku ada join Aktiviti KIHAD atau nama penuh dia Kelab Islam Hadhari. Kelab yang ada dekat kolej aku. Kelab nie berunsur kerohanian. Tujuan utama aktiviti yang aku join pagi tadi tu sebenarnya untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli baru dan ahli lama kelab tu.

Setiap apa aktiviti yang dibuat pasti akan ada masalah, tak banyak pun sikit. Macam aktiviti pagi tadi, tujuan dia ok dah cuma penyertaan daripada ahli kelab tu yang kurang. Tak ramai ahli KIHAD yang baru (first year students) join aktiviti pagi tadi. Nasib baik kami ada cara lain untuk meramaikan penyertaan dalam aktiviti pagi tadi. Apa cara yang kitaorang buat, itu rahsia......

Oklah, ramai senior-senior dalam KIHAD yang datang pagi tadi. Jalan hutan yang diaorang bawa juga tidak bahaya sebab jalan hutan tu dah terang seolah-olah memang selalu digunakan oleh orang lain. Pengalaman baru bagi akulah. Pagi tadi adalah kali pertama aku pergi balai cerap ikut laluan hutan. Sebelum nie biasa guna jalan yang bertar je.

Aktiviti dekat atas balai cerap tu tak berapa menariklah. Dahlah sekejap sangat dan tak ada pemenang untuk semua suka-neka yang dia buat. Aku bukan nak cakap tak adil cuma tak bestlah macam tu. Apa-apa pun, aku ok je dengan aktiviti pagi tadi. Kalau boleh lepas nie buatlah dekat tempat lain pula. Rasa macam tak berkembang sebab semua aktiviti selalu buat kat dalam universiti je. Buat semua kawan-kawan baru di KIHAD yang aku baru berkenalan tadi, selamat berkenalan dan semoga kekallah persahabatan kita sepanjang di universiti nie.

Saturday, July 25, 2009

First Love..........

Semua orang mesti ada pengalaman bercinta, betul tak? Sesuatu benda yang sangat bermakna dan tidak mungkin senang untuk dilupakan ialah cinta pertama. Cinta sesama insan…..

Cinta pertama aku bermula disekolah menengah saat aku mula-mula masuk kealam remaja. Aku mula suka padanya saat aku memandangnya pada kali pertama. Aku suka dengan cara dia bercakap, berjalan, beraksi dan segalanya. Dia suka sangat menyanyi dan suara dia ppun oklah, boleh tahan.

Aku suka setiap kali berada bersamanya. Dia akan selalu buat orang yang berada disisinya gembira. Aku tak pernah rasa bosan pun sepanjang bersama dengannya. Dia sangat suka bercerita tentang pengalamannya, walaupun hidupnya belum sampai separuh abad.

Sikap kepimpinan yang ada dalam dirinya juga membuatkan aku semakin suka padanya. Dia merupakan seorang abang yang baik dan sangat mengambil berat. Dia juga akan menjaga semua anak buahnya sebaik mungkin.

Aku suka padanya namun aku tidak pernah menyatakan kepadanya secara terus terang. Aku selalu terfikir, perlukah kita bagi tahu orang itu yang kita betul-betul suka padanya??? Perlukah kita mengejarnya dan meluahkan segalanya kepada dia??? Mungkin aku bukan jenis seorang yang suka berterus terang. Biarlah ia menjadi rahsia hatiku buat selamanya.

Kini dia telah bertunang dengan pilihan hatinya. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya dan mungkin berita ini juga merupakan berita baik bagiku. Sekurang-kurangnya aku boleh cuba untuk menyukai lelaki lain pula seperti mana aku menyukai dirinya. Atau mungkin aku perlu cari seseorang yang mempunyai cirri-ciri sepertinya untuk dicintai. Whatever…..

Ciri-ciri dirinya :
1) Smart
2) Berkaca mata
3) Rambut lurus dan terpacak
4) Tegap
5) Tinggi daripada aku
6) Ceria
7) Pandai ambil hati dan menjaga hati
8) Sopan santun
9) Berkepimpinan
10)Penyayang
11) Beriman
12) Berkerjaya
13) Boleh dipercayai
14) Amanah dan jujur

Debaran......

Debaran masih terasa
Segala-gala serba tak kena
Debaran masih terasa
Segala-gala serba tak kena

Buat itu salah, buat ini salah….
Debaran masih terasa…..

First time aku jumpa dengan dia….aku rasa aku macam pernah jumpa dia sebelum nie. Dia nampak lebih tua daripadaku. Gaya pakaian dia macam seorang pelajar master tapi….. Kalau betul aku pernah jumpa dia sebelum nie, tapi dekat mana???
Dia macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Kenapa aku perlu mencarinya saat aku tidak melihat kelibatnya??? Siapa dia??? Kenapa aku rasa berdebar bila jalan depan dia??? Dan satu lagi, kenapa aku rasa nak sangat mengenali dirinya??? Ah……….. siapakah dia??? Kenapa dengan aku nie…..Kenapa aku rasa nak sangat kenal dia???
Kenapa???........

“Hai, boleh kenal?”
“Em…nama awak siapa?”
“Awak pelajar baru ke?”
“Asal dari mana? Duduk kolej mana?”

(Benci………..Tension…………Geram………aaaaaaaa……………….
Kenapa pula aku perlu kenal dan kawan dengan dia??? Dia tak ada kaitan pun dalam hidup aku, jadi kenapa aku nak kenal dengan dia??? Siapa dia, semua itu tak ada kaitan dengan aku……So, tak payah nak tahu pasal dia…….Muka dahlah macam orang tua. Pendiam pula tu, macam penjahat je….. Dahlah tak ada kawan, mesti sebab tak ada orang nak kawan dengan dia…..hehehe….kesian…………)
Negative thinking….

Ciri-ciri dirinya :
1) Tinggi
2) Rambut lurus
3) Kurus
4) Pendiam
5) Bersendirian
6) Misteri
7) Kemas

Tuesday, July 14, 2009

20 tahun.......


Hari nie, hari jadi aq yg ke 20 tahun. Dah masuk 20 tahun....
'SNICKERS' nie hari pertama yg aq dapat, kwn aq yg bagi.
Thanks Amalina untuk 'snickers' nie......

Monday, April 20, 2009

Kenapa Cinta itu datang lagi?


Apakah ertinya cinta?

Hadir tanpa dipinta?

Ingin untuk menerima...

Tapi dibatasi cita....


Cita-citaku lebih berharga daripada segala-galanya..... namun hati kecilku seringkali mencari cinta dari seorang insan yang bergelar lelaki. Perlukah aku mengikut kata hati kecilku atau hanya meneruskan hidupku seperti biasa dan sedia kala????


Cintakan bunga....bunga akan layu

Cintakan Harta.....hatra itu akan kita tinggalkan

Cintakan Manusia....manusia akan mati

Cintakan Ilahi.....Hanya DIA yang kekal abadi............


Monday, April 6, 2009

YaKinLaH AkU MeNjEmPutmU...

Teringat selalu wajah kekasihku
Saatku menuai lagu cuba engkau dengarkan
Kutuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita….

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini syurga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahtah

Tenang sayang ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis hapus air matamu
Yakinlah kutetap milikmu

Tenang sayang kutepati janjiku
Kerna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku matilah dipelukkan ku
Biar seluruh jagat raya tahu…….

Tenang sayang ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis hapus air matamu
Yakinkan kutetap milikmu

Tenang sayang ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis hapus air matamu
Yakinlah kutetap milikmu

Tenang sayang kutepati janjiku
Kerna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku matilah dipelukkan ku
Biar seluruh jagat raya tahu…….

Tenang sayang ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku matilah dipelukkan ku
Biar seluruh jagat raya tahu…….
Kau milikku……..

Sunday, April 5, 2009

dinner for SGP students

ikut tema tak ????

Malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar SGP. SGP nie pelajar yang ambil jurusan Pengurusan Harta Tanahlah…. Dinner tu dah jadi salah satu aktiviti wajib untuk pelajar SGP pada setiap tahun. Tahun nie, pelajar tahun 2 yang kena organize untuk dinner tu dan tahun depan batch akulah pula yang kena organize dinner. Aku dah ada cadangan dah untuk tahun depan, aku ingat nak buat majlis tari-menari pada malam tu…..hehehehe…..good idea.

Malam tu kalau tak silam aku malam sabtu. Dinner tu di buat dekat Good hope hotel. Dekat jugaklah dengan Sri Putri. Tema untuk malam tu RED, BLACK AND WHITE. Aku pakai biasa je malam tu, sebab aku memang seorang yang biasa dan bukan luar biasa. Malam tu boleh tengok macam-macam gaya diaorang pakai. Ada yang sempoi ada yang grand. Aku Cuma mampu senyum dalam hati jelah.

Oh ya, tahun nie buat pertama kalinya Pengurusan Harta Tanah ada pelajar dari luar negara. Classmate akulah tu. Ramai jugaklah sebab 10 orang datang dari China, 2 dari Sumalia dan seorang dari Uganda. Bagus diaorang nie sebab nak join jugak benda-benda macam nie.

Malam tu ada macam-macam aktiviti lain macam karaoke, lucky draw dan lain-lain. Geng aku sorang masuk karaoke sapa lagi kalau bukan Mimie. Aku tak bertuah pun malam tu Cuma roommate aku je yang bertuah. Oklah, majlis makan malam tu. Aku enjoy sangat-sangat. Banyak jugalah gambar aku ambil malam tu. Yang pasti malam tu memberikan suatu pengalaman yang baru kepadaku.
kami walla......... kamilah walla..............

Aku tak tahu apa perasaan aku bila mula-mula masuk UTM sebab waktu tu, perasaan takut, gembira, kecewa dan sedih bercampur menjadi satu jadi tak tau mana satu nak pilih. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku masa nak on the way ke JB waktu tu. Aku datang agak lewatlah waktu tu, lebih kurang pukul 2 petang. Datang-datang je, parents aku ajak makan dulu sebab kitaorang belum makan tengahhari lagi. Lepas makan barulah aku pergi mendaftar. Bermulalah kisah baru dalam hidupku……

Perkara pertama yang tak pernah aku buat sebelum nie ialah mendaftar secara bersendirian. Aku kena mendaftar sendiri tanpa ditemani oleh ibubapaku sebab alasan dia tak nak bagi crowded sangat kat dalm dewan tu nanti. Aku pun pergilah bersendirian……tapi belum jauh aku melangkah aku ternampak seorang mamat nie. Aku kenal mamat nie sebab aku sama-sama gi kampung angkat dengan dia waktu kat matrik dulu. Nasib baik, aku x payah tegur dia sebab dia tegur aku dulu. Dia pun kenal aku jugak. So, kitaorang pun pergilah sama-sama mendaftar dari satu kaunter ke satu kaunter. Lebih kurang 7-8 kaunter lah aku pergi untuk mendaftar. Punyalah banyak…..
taklimat di DSI

Lega rasanya selepas mendaftar……kemuadian aku pun pergilah ke proses seterusnya, mencari kolej yang bakal aku duduki. Tadi kakak dekat kaunter tu ada bagi kunci, kunci tu cuma tulis MA13-21. Apa lagi, satu KTDI aku pusing cari MA13. Akhirnya, selepas bertanya hampir 6-7 orang barulah aku jumpa kolejku. Manalah nak jumpa, dalam Kolej 11 blok dia dari MA1-MA7 je tapi aku pergi cari MA13….esh..esh…esh…esh…..sampai aku graduate pun belum tentu aku akan jumpa MA13 tu. Mula-mula masuk blok MA1 nie nampak teruk jugaklah sebab tak nampak penghuni dia.

Aku dapat aras 3, tinggi tapi dengan adanya lift semuanya mudah. Masa jalan-jalan dekat aras tiga tu aku tersalah buka pintu bilik. Aku pergi buka pintu bilik nombor 13 sedangkan nombor bilik aku 21…..hehehehe…… waktu tu gabra sangat so main buka je pintu yang ada depan mata. Elok je waktu tu sebab pintu bilik nombor 13 tu x kunci. Cepat-cepat aku tutup balik pintu bilik tu. Masuk je bilik, aku tengok katil sebelah aku dah ada cadar. Yang mengejutkan, cadar yang terpasang kat katil tu cadar matrik aku. Wah….syukur, roommate aku satu matrik dengan aku. Dah siap kemas-kemas barang aku pun tukar baju sebab pukul 3 petang ada perjumpaan buat pertama kalinya.

hari sukan MHS....


bersama roommate sejati

kolej 11 pasti menang!!!

Sepanjang minggu orientasi tu memang penatlah, em….standardlah minggu orientasi memang penat pun. Sepanjang minggu tulah aku mula kenal Farah(roommateku), Masyi dan Asmahan. Waktu tu kami x jadi geng lagi. Lama-kelamaan barulah aku kenal Nisa, Syaz, Iza dan Mimie. Mula-mula aku x berapa suka sikit dengan Mimie sebab aku rasa aku tak boleh masuk dengan dia. Masyi dengan Asmahan pula asyik guna loghat kedah dia je. Farah pula nampak macam sombong. Iza dengan Syaz pula macam tak mesra alam. Jadi aku mulalah berbaik-baik dengan mereka. Sebenarnya, mereka nie jiran-jiran aku je. Macam iklan semakin hari semakin sayang, macam tu jugalah yang berlaku. Kami mula rapat dan tubuhkan pasukan futsal dengan nama Wallah. Pernahlah sekali kami main futsal waktu tu ada aktiviti kolej. Sayang seribu kali sayang sebab kumpulan kami hanya menang tempat ke 3 jer.............
walla................

Semakin hari semakin rapat dan akhirnya kami menjadi geng yang mempunyai banyak kepala tapi matlamat tetap sama. Kami pergi kuliah sekali, makan sekali, jalan-jalan sekali dan banyak kami habiskan masa bersama-sama. We are still together from the beginning until now. We hope our friendship never go to the end.


friends forever...........

Sunday, March 22, 2009

Kawan?

Ada kawan bagus jugak tapi kadang-kadang tak bagus jugak. Yang tak bagusnya bila dia selalu sakitkan hati kita. em....tapi yang bestnya bila dia sudi teman kita bila kita kesunyian. Semua benda dalam dunia nie ada baik dan buruknya. terpulang pada kita sama ada nak lihat yang buruk itu lebih atau yang baik itu lebih.

semua orang ada kawan dan semua orang ada masalah. tapi bukan semua masalah boleh kita kongsi dengan kawan kita kan? Susah betul nak cari kawan yang boleh cerita semua benda pada dia. susah sangat nak cari kawan yang betul-betul boleh memahami kita. Masalahnya, masih ada ke kawan yang betul-betul boleh memahami kita? (tak semua soalan ada jawapan, susah betul)

Sunday, February 15, 2009

salam....

salam semua...........