Sunday, April 5, 2009

dinner for SGP students

ikut tema tak ????

Malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar SGP. SGP nie pelajar yang ambil jurusan Pengurusan Harta Tanahlah…. Dinner tu dah jadi salah satu aktiviti wajib untuk pelajar SGP pada setiap tahun. Tahun nie, pelajar tahun 2 yang kena organize untuk dinner tu dan tahun depan batch akulah pula yang kena organize dinner. Aku dah ada cadangan dah untuk tahun depan, aku ingat nak buat majlis tari-menari pada malam tu…..hehehehe…..good idea.

Malam tu kalau tak silam aku malam sabtu. Dinner tu di buat dekat Good hope hotel. Dekat jugaklah dengan Sri Putri. Tema untuk malam tu RED, BLACK AND WHITE. Aku pakai biasa je malam tu, sebab aku memang seorang yang biasa dan bukan luar biasa. Malam tu boleh tengok macam-macam gaya diaorang pakai. Ada yang sempoi ada yang grand. Aku Cuma mampu senyum dalam hati jelah.

Oh ya, tahun nie buat pertama kalinya Pengurusan Harta Tanah ada pelajar dari luar negara. Classmate akulah tu. Ramai jugaklah sebab 10 orang datang dari China, 2 dari Sumalia dan seorang dari Uganda. Bagus diaorang nie sebab nak join jugak benda-benda macam nie.

Malam tu ada macam-macam aktiviti lain macam karaoke, lucky draw dan lain-lain. Geng aku sorang masuk karaoke sapa lagi kalau bukan Mimie. Aku tak bertuah pun malam tu Cuma roommate aku je yang bertuah. Oklah, majlis makan malam tu. Aku enjoy sangat-sangat. Banyak jugalah gambar aku ambil malam tu. Yang pasti malam tu memberikan suatu pengalaman yang baru kepadaku.
kami walla......... kamilah walla..............

No comments:

Post a Comment