Sunday, April 5, 2009


Aku tak tahu apa perasaan aku bila mula-mula masuk UTM sebab waktu tu, perasaan takut, gembira, kecewa dan sedih bercampur menjadi satu jadi tak tau mana satu nak pilih. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku masa nak on the way ke JB waktu tu. Aku datang agak lewatlah waktu tu, lebih kurang pukul 2 petang. Datang-datang je, parents aku ajak makan dulu sebab kitaorang belum makan tengahhari lagi. Lepas makan barulah aku pergi mendaftar. Bermulalah kisah baru dalam hidupku……

Perkara pertama yang tak pernah aku buat sebelum nie ialah mendaftar secara bersendirian. Aku kena mendaftar sendiri tanpa ditemani oleh ibubapaku sebab alasan dia tak nak bagi crowded sangat kat dalm dewan tu nanti. Aku pun pergilah bersendirian……tapi belum jauh aku melangkah aku ternampak seorang mamat nie. Aku kenal mamat nie sebab aku sama-sama gi kampung angkat dengan dia waktu kat matrik dulu. Nasib baik, aku x payah tegur dia sebab dia tegur aku dulu. Dia pun kenal aku jugak. So, kitaorang pun pergilah sama-sama mendaftar dari satu kaunter ke satu kaunter. Lebih kurang 7-8 kaunter lah aku pergi untuk mendaftar. Punyalah banyak…..
taklimat di DSI

Lega rasanya selepas mendaftar……kemuadian aku pun pergilah ke proses seterusnya, mencari kolej yang bakal aku duduki. Tadi kakak dekat kaunter tu ada bagi kunci, kunci tu cuma tulis MA13-21. Apa lagi, satu KTDI aku pusing cari MA13. Akhirnya, selepas bertanya hampir 6-7 orang barulah aku jumpa kolejku. Manalah nak jumpa, dalam Kolej 11 blok dia dari MA1-MA7 je tapi aku pergi cari MA13….esh..esh…esh…esh…..sampai aku graduate pun belum tentu aku akan jumpa MA13 tu. Mula-mula masuk blok MA1 nie nampak teruk jugaklah sebab tak nampak penghuni dia.

Aku dapat aras 3, tinggi tapi dengan adanya lift semuanya mudah. Masa jalan-jalan dekat aras tiga tu aku tersalah buka pintu bilik. Aku pergi buka pintu bilik nombor 13 sedangkan nombor bilik aku 21…..hehehehe…… waktu tu gabra sangat so main buka je pintu yang ada depan mata. Elok je waktu tu sebab pintu bilik nombor 13 tu x kunci. Cepat-cepat aku tutup balik pintu bilik tu. Masuk je bilik, aku tengok katil sebelah aku dah ada cadar. Yang mengejutkan, cadar yang terpasang kat katil tu cadar matrik aku. Wah….syukur, roommate aku satu matrik dengan aku. Dah siap kemas-kemas barang aku pun tukar baju sebab pukul 3 petang ada perjumpaan buat pertama kalinya.

hari sukan MHS....


bersama roommate sejati

kolej 11 pasti menang!!!

Sepanjang minggu orientasi tu memang penatlah, em….standardlah minggu orientasi memang penat pun. Sepanjang minggu tulah aku mula kenal Farah(roommateku), Masyi dan Asmahan. Waktu tu kami x jadi geng lagi. Lama-kelamaan barulah aku kenal Nisa, Syaz, Iza dan Mimie. Mula-mula aku x berapa suka sikit dengan Mimie sebab aku rasa aku tak boleh masuk dengan dia. Masyi dengan Asmahan pula asyik guna loghat kedah dia je. Farah pula nampak macam sombong. Iza dengan Syaz pula macam tak mesra alam. Jadi aku mulalah berbaik-baik dengan mereka. Sebenarnya, mereka nie jiran-jiran aku je. Macam iklan semakin hari semakin sayang, macam tu jugalah yang berlaku. Kami mula rapat dan tubuhkan pasukan futsal dengan nama Wallah. Pernahlah sekali kami main futsal waktu tu ada aktiviti kolej. Sayang seribu kali sayang sebab kumpulan kami hanya menang tempat ke 3 jer.............
walla................

Semakin hari semakin rapat dan akhirnya kami menjadi geng yang mempunyai banyak kepala tapi matlamat tetap sama. Kami pergi kuliah sekali, makan sekali, jalan-jalan sekali dan banyak kami habiskan masa bersama-sama. We are still together from the beginning until now. We hope our friendship never go to the end.


friends forever...........

No comments:

Post a Comment