Sunday, October 11, 2009

Panjat Balai Cerap....

Salam....

Lama rasanya tak menulis kat dalam blog nie. Pagi tadi aku ada join Aktiviti KIHAD atau nama penuh dia Kelab Islam Hadhari. Kelab yang ada dekat kolej aku. Kelab nie berunsur kerohanian. Tujuan utama aktiviti yang aku join pagi tadi tu sebenarnya untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli baru dan ahli lama kelab tu.

Setiap apa aktiviti yang dibuat pasti akan ada masalah, tak banyak pun sikit. Macam aktiviti pagi tadi, tujuan dia ok dah cuma penyertaan daripada ahli kelab tu yang kurang. Tak ramai ahli KIHAD yang baru (first year students) join aktiviti pagi tadi. Nasib baik kami ada cara lain untuk meramaikan penyertaan dalam aktiviti pagi tadi. Apa cara yang kitaorang buat, itu rahsia......

Oklah, ramai senior-senior dalam KIHAD yang datang pagi tadi. Jalan hutan yang diaorang bawa juga tidak bahaya sebab jalan hutan tu dah terang seolah-olah memang selalu digunakan oleh orang lain. Pengalaman baru bagi akulah. Pagi tadi adalah kali pertama aku pergi balai cerap ikut laluan hutan. Sebelum nie biasa guna jalan yang bertar je.

Aktiviti dekat atas balai cerap tu tak berapa menariklah. Dahlah sekejap sangat dan tak ada pemenang untuk semua suka-neka yang dia buat. Aku bukan nak cakap tak adil cuma tak bestlah macam tu. Apa-apa pun, aku ok je dengan aktiviti pagi tadi. Kalau boleh lepas nie buatlah dekat tempat lain pula. Rasa macam tak berkembang sebab semua aktiviti selalu buat kat dalam universiti je. Buat semua kawan-kawan baru di KIHAD yang aku baru berkenalan tadi, selamat berkenalan dan semoga kekallah persahabatan kita sepanjang di universiti nie.

No comments:

Post a Comment