Wednesday, December 16, 2009

Saya minta maaf....


Peliklah, susah sangat ke nak ucapkan perkataan " minta maaf " sampai sanggup tak bertegur sapa berhari-hari....
Sayangkan, hubungan persahabatan yang dibina terputus disebabkan tidak mahu memohon maaf terlebih dahulu. Nak sangat tunggu orang lain yang minta maaf dulu. Entahlah...
Kenapalah kita nak malu sangat untuk ucapkan perkataan maaf tu? Sebenarnya tak susah pun nak ungkapkan ucapan tu sekiranya kita sentiasa mengamalkannya. Yalah, bila dah biasa ia dah jadi macam sebahagian daripada kita. Salah kecil pun kita dah minta maaf, kan bagus tu....
Sayanglah persahabatan yang telah dibina jangan runtuhkannya dengan sifat angkuh dan sombong kita hanya kerana tidak mahu menyebut maaf. Semaikan persahabatan yang telah dibina dengan saling memahami antara satu sama lain agar masalah-masalah salah faham tidak berlaku. Akhir sekali, ikhlaslah menerima sahabat kita itu seadanya dan janganlah mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin daripadanya. Susah senang bersama hingga keakhirnya.
Semoga persahabatan yang telah terjalin antara aq dan sahabat2ku kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment