Wednesday, March 18, 2015

Demi tugas

Assalamualaikum...

Minggu lepas sepatutnya aku balik melaka sebab aku dah janji dengan mak dan abah nak balik tapi last minute kena kerja pula. Kena jaga booth dekat FACON EDUCATION FAIR di KLCC, promote kolej...

Oklah, demi nak membantu geng2 marketing yang memang tak ramai... aku pun pergilah KLCC. Telefonlah mak abah cakap tak boleh balik tapi aku bagi tau mak abah aku balik minggu nie.

Pada sabtu tengah hari minggu lepas dapat flyers baru untuk 'OPEN DAY KOLEJ' yang akan diadakan pada Ahad ini. Jadi, terpaksa juga kerja Ahad ini. Dalam masa yang sama, sepupu aku pula kawen minggu nie. Dia nikah sabtu malam, majlisnya ahad... Waaaaa.... aku dah janji nak tolong majlis dia.... macam mana nie....

Jumaat nie aku cuti niatnya nak balik rumah, tapi sabtu petang dah kena balik KL semula. Mana cuti aku??? Mana hujung minggu bersama family aku???

Aku dah kerja sabtu ahad di KLCC minggu lepas tapi Lady Bos aku cakap tak boleh claim duit perjalanan sebab dekat. Jadi aku tanya, yang lain kelebihan takkan tak ada? Dia cakap tak ada sebab aku jawatan eksekutif dan dalam buku perkhidmatan tak ada tulis.... Jadi kenapa kau hantar aku suruh buat marketing dekat KLCC??? Hantarlah orang yang jawatan bawah eksekutif kalau macam tu, diaorangkan boleh claim cuti???

Dahlah kena kerja, tak dapat jumpa family, duit elaun makan tak dapat... Malangnya.... Kenapa ada juga manusia yang tak berhati perut macam kau!!! Sakitnya hati nie... Sakitnya tuh di sini ----> hati

Nota: Panas betul dengan Lady Bos tu....

Wednesday, March 11, 2015

Bebas Berkata...

Assalamualaikum...

Nak sangat luahkan segalanya di hati tapi nak luah dekat mana?
Facebook - tak boleh, ramai yang baca nanti.
Wechat - ada pula officemate yang terasa hati.
Instagram - nak kena cop cari publicity murahan ke?
Tweeter - mana ada tweeter.
Blog - okay sangat, sebab tak ramai yang baca.

Ceritanya:
Si A nie dapat pergi Sarawak untuk buat marketing di sana akhir bulan 3 nie. Dia punya happy bukan main. Dia lupa agaknya yang dia tu ada anak2 dan isteri orang pula tu. Tak palah, kita tengok betapa enjoynya nanti bila tiba masanya ya... Hahaha...

(memang nie yang aku nak cakap dekat dia. Tapi bila fikir dua tiga kali macam kejam pula ayat aku nie. Tapi apa salahnya, dia bercakap pun macam tak fikir perasaan orang...)

Tak semua aku luahkan... Saja luahkan separuh sebab tangan ini nak sangat menulis supaya cerita ini sentiasa aku ingat. Aku nak baca balik cerita ini pada masa akan datang.

Tuesday, March 10, 2015

Bermula dengan B....

Assalamualaikum...

Bengangnya... Kenapalah aku boleh jumpa manusia macam tu... Sakit hati aku satu hari sebab manusia yang b.... nie....

"Kau tak payah jadi bodoh untuk tanya aku, kolej aku ada kerja kosong tak kalau gaji kau dah 4k++. Kau pun tak akan nak untuk letak jawatan dengan kerja kau sekarang so simpan sikit bodoh kau tu..." ----> ayat untuk kau yang b....

Meluat.... meluat sangat....

" Kau memang tak reti bersyukur ke? Kerja yang kau dapat sekarang pun atas bantuan orang lain ada hati nak tanya2 kerja orang lain." ----> utk kau b....

Benci betul.... Aku rasa sangat terhina bila kau tanya pasal kerja aku sedangkan kerja kau dah cukup elok. Seolah-olah kau persendakan aku...

Nota: Jangan baca kalau tak suka dan tak setuju dengan penggunaan bahasa aku untuk post kali ini.

Sesuatu yang aku belajar... ~Tak semua ayat yang kita utarakan itu boleh menghiburkan hati yang mendengar kadang2 ayat yang kita anggap biasa juga boleh melukakan hati yang mendengar...~

+++ aku meluat dekat group dia sejak degree lagi kut sebab tu aku x boleh terima apa2 gurauan @ usikan dari dia. Hahaha... +++

Wednesday, March 4, 2015

Masak...

Assalamualaikum...

Cakap salah, tak cakap pun salah... Mungkin inilah balasannya sebab aku secara tidak sengaja mengatakan sesuatu yang tidak benar pada dia. Ok, aku tau aku salah... Sorry... (<---berharap dia baca...hihihi)

"Malas nak balik awal, tu yang g jalan-jalan tadi. Balik awal pun tak tau nak buat apa." - aku
"Masaklah?" - dia
"Tak naklah masak dekat sini. Dekat rumah oklah." - aku
" Asal pulak" - dia
"Kat sini tak cukup bahan nak masak." - aku
"Emmm.... alasan..." - dia
"Eeeeee....." - aku
Perbualan mati...

Oh En FAA, saya tahu masak ok. Walaupun tak se perfect mak saya sekurang-kurangnya saya tahu masak air. Boleh juga buat maggie dan air kopi o panas.
Walaupun saya tak tahu seni, sekurang-kurangnya saya menghargai seni. Emm...saya puji hasil creativity orang lain...

Saya tahu En FAA pandai masak dan saya turut hargai kepandaian En FAA sebab itulah saya tak nak lawan dengan En FAA. Tak pa, En FAA masak je... saya akan terus bagi semangat dengan memberikan komen-komen yang membina untuk setiap masakan En FAA. Sweetkan saya, sanggup mengalah bab masak memasak...

Saya tahu En FAA bagi saya galakkan untuk memasak dengan memberi saya sayur sayuran. Tapi En FAA, saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak akan lawan kebolehan memasak En FAA.

Secebis cebisan:
Nie mesti sebab sahabat-sahabat aku panggil aku perfect zaman belajar dulu kan dah melekat dapat tunang En Perfect. Nie bukan En Perfect 10 dah nie, lebih rasanya... Tak palah sekurang-kurangnya Playboy itu bukan tunangku dan tunang aku pun bukan En Sotong. Bila terasa Manisnya cinta, mulalah Rindu awak 200%. Cinta itu tak terucap sehinggalah sebenar benarnya Saya Isteri Dia....