Wednesday, December 18, 2013

Untuk memori yang akan hilang

Salam...

Menceritakan pengalamanku yang mungkin suatu hari nanti akan aku cari semula. Bila saat itu tiba, aku akan membaca semula apa yang telah aku tulis dan aku mula teruja...'Oh...aku macam nie ke dulu?' Aku sangat mahir dengan diriku, sebab sehingga kini aku akan mencari-cari semula nota2 dan buku2 diari yang pernah aku tulis waktu dahulu kala. Aku akan selak satu persatu halaman dan mula membacanya sambil mengkagumi diri sendiri kerana rajin menulis. Dan saat itu, beberapa memori yang hilang diingatan mula muncul dan mula aku berfikir...'Laaa...dulu aku baik dengan dia ke? Oooo...patut aku boleh rapat dengan dia sebab dulu....' hehehe... tersenyum sendiri bila teringat semula memori silam. Jadi, aku nak tulis sesuatu hari ini yang aku pasti ia akan menjadi rujukan aku suatu masa akan datang.

Hari Sabtu lalu bersamaan dengan 14/12/2013 berlangsungnya majlis kenduri kawin Azie. Alhamdulillah, dia dah selamat di ijab qabulkan pada tarikh itu. Walaupun pada mulanya aku sangat excited nak pergi selepas aku bermesej2 dengan dia seminggu sebelum majlisnya. Namun, perasaan excited nak jumpa dia terpaksa aku kuburkan atas sebab-sebab tertentu. Mak, Abah dan Acik sibuk suruh pergi MITC sebab waktu tu ada open interview dekat sana. Jadi, dengan berat hati terpaksa mesej semula sahabat yang menjadi ketua rombongan untuk membatalkan aku di dalam senarai peserta rombongan. (Rombongan Cik Kiah ok! aku pun tak tau mana datang Cik Kiah tu, setahu aku sahabat2 aku tak ada seorang pun nama Kiah...)

Dengan penuh kesedihan dan berat hati aku pun pergilah MITC pada pagi Sabtu itu. Sedih dan berat hati sebab dah tau sangat... kalau ada open interview pun belum tentu ada kerja kosong yang sesuai dengan kelayakan yang aku ada. Sampai sahaja di sana... Tadaaa.... Memang betul, tak ada... (Tahniah, aku dah membuat sesuatu yang merugikan diri sendiri dengan tidak menghadiri majlis kawin sahabatku...)

Tapi, untuk mengelakkan daripada rasa kecewa yang amat sangat sebab tak dapat berjumpa dengan sahabat2 rombongan... maka, aku pun pergi juga isi borang dan interview untuk jawatan pensyarah di salah sebuah kolej swasta. Jeng...jeng...jeng... interview lepas dan kena datang semula untuk second interview pada 18/12/2013 nanti.

Dannnn.... hari inilah harinya...
Tadi interview, lebih baik daripada interview2 yang sebelumnya. Daaannnn.... diterima.... Yahoooo.... Aku bakal pensyarah.... Ada peluang nak buat PhD nie, tapi tunggu lagi dua atau tiga tahunlah. Apa2 pun aku memang tetap nak dapat Dr walaupun doktor falsafah @ husband.

No comments:

Post a Comment