Saturday, December 7, 2013

Syukurlah...

Salam...


Saat mata leka melihat post2 dan status2 sahabat2 di fb... Tiba2, terdetik di dalam hati perasaan yang tidak puas hati melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Hati mula tertanya-tanya, 'mengapa aku sahaja yang masih begini sedangkan sahabat2ku yang lain sedang meraih kebahagiaan dan kegembiraan...'

Dalam hati bersoal2... mulut tiba2 bersuara, sayup2 kedengaran di telinga...' sabarlah duhai hati... mengapa engkau bersedih dengan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain sedangkan kau juga sedang berbahagia dan bergembira dengan cara dan kehidupan engkau sekarang. Kebahagiaan dan kegembiraan itu berbeza bagi setiap orang... tidak gembirakah engkau sekarang berada di dalam keluarga yang sentiasa menyayangi engkau... tidak bahagiakah engkau dikelilingi mereka yang sentiasa mengasihi engkau... Engkau cukup bersyukur, ada ahli keluarga yang lengkap dan penyayang seperti sekarang... mahukah engkau kehilangan insan2 ini? bersediakah engkau diatas kehilangan mereka nanti?'

Tangan kanan yang kaku mula menepuk-nepuk lembut hati ini, cuba untuk menenangkan ia. Kaki yang sejak tadi tidak bergerak mula melangkah menuju ke bilik air. Air sembayang diambil...


Kadang-kadang aku terlepas pandang, kebahagiaan mereka pamirkan membuatkan aku lupa untuk melihat semula kebahagiaan yang diri ini miliki. Wajah-wajah kegembiraan mereka mengkaburkan aku kepada kegembiraan yang aku sedang alami. Oh sahabat... aku ingin kabarkan kepadamu, aku turut bahagia dan gembira sama seperti apa yang kamu alami dan rasai sekarang namun aku bukan orang yang hebat untuk menulis dan mempamirkannya kepada umum di fb dan twiteer...

Aku bersyukur... ('',)


Terlalu ingin luahkan apa yang dirasai di fb...
Tapi, aku hanya orang biasa yang tidak pandai menulis di fb...
Cukuplah mempengaruhi aku wahai fb...


No comments:

Post a Comment