Wednesday, December 18, 2013

Bersyukurlah Wahai yangbersinar...

Salam...


Kau hadiahkan aku dengan ganjaran yang aku tidak duga-duga hanya kerana aku mendengar kata mak dan abah. Kau kabulkan doaku setelah kau uji aku dengan sesuatu yang jika aku mengikut kata hati mungkin akan aku lukakan hati kedua ibubapaku. Oh, indahnya hikmah yang ENGKAU sembunyikan disebalik mendengar nasihat ayah dan ibu. 

Gambar dari google image... tak edit2 pun...


Ia membuatkan aku teringat kepada seorang sahabat, katanya kalau emak minta apa2... turutkan sahaja sebab disebalik itu mungkin ada hikmahnya. Walaupun kita sedang penat, tiba2 mak pula datang minta tolong hantarkan dia ke sana dan sani. Maka, turutkan sahaja... kita tidak nampak hikmah yang tersirat disebaliknya. 

Sahabatku itu membuatkan aku tergerak untuk menjadikan dia ikonku. (konfem, kalau dia tau nie... mesti dia gelak guling2...) Sesuai dengan nama yang keluarganya berikan kepadanya, dia telah berjaya menjadi petunjuk kepada sahabat2 yang berhampirannya. Oh, kelas lah kau yah... (Sweetkan nama yah... yuuuhu....) Kalau jumpa dia, mesti dia akan tanya apa yang aku inginkan. Aku selalu jawab, ingin berubah kepada yang lebih baik. Kemudian dia akan tanya, lebih baik yang macam mana tu? Saat itulah aku akan diam...

Sahabat, jika aku jelaskan... adakah engkau akan fahaminya?
Maksud di sebalik lebih baik itu ialah ingin menjadi seperti dirimu. Aku ingin berubah memperbaiki diri dari semasa ke semasa sama seperti yang telah engkau lakukan. Kau berubah menjadi muslimah yang lebih baik dari sehari ke sehari. Kau juga menggalakkan orang di sekelilingmu untuk berubah. Kau banyak memberi dan menghulurkan bantuanmu kepada mereka disekeliling. Kau menerima sahabatmu apa adanya. Kau tak pernah berkira dan tak pernah merungut.

juga gambar dari google.... pening kepala, x sempat nak edit2...


Note:-
Ya, kumpul sebanyak mana bekalan yang dapat digunakan di hari kemudian...
Kerana itulah aku menerimanya supaya ia boleh menjadi bekalanku dihari kemudian kelak...



No comments:

Post a Comment