Wednesday, December 25, 2013

Sahabat?

Salam...

Ok, nak tulis benda paling ringkas je... Betul, tak tipu... Ringkas je nak taip nie sebab malas dah nak taip panjang2... Takkanlah nak tipu pula... Memang betullah nak taip ringkas je... Ye, memang ringkas dan pendek je... Taip panjang2 pun buat apakan... Jadi, baik taip pendek je...

Ok, nak tulis dah nie... Ya, memang nak tulis dah nie... Tak tipu lah, memang betul2 nak tulislah nie... Ya, nielah benda yang ringkas dan pendek yang saya nak tulis tu... Laa...betullah, takkan itu pun tak percaya... Baiklah, saya tulis sekarang... Sekarang juga saya tulis dan taip nie.. Ok, dah nak tulis dah nie... Haa.... nak tulis nie...

"Saya benci awak. Awak buat saya rindu awak setiap hari. Jangan janji apa2 kalau awak dengan mudahnya boleh lupakan saya. Saya tak senang ingat tapi saya juga tak mudah lupa. Awak tak ingatkan saya bila saya lupakan awak. Dan sekarang awak lupakan saya. Bila saya nak ingatkan, awak tak layan saya. Saya faham awak sibuk, saya juga sibuk tapi awak sentiasa ada di hati dan fikiran saya." <--- strike="">untuk awak yang lupakan saya.


Catatanku...
Mindaku telah penat mereka dan membina andaian yang baik2 bagi mengelakkan lidah ini berkata sesuatu yang tidak enak didengar oleh telinga. Semoga awak boleh dengar luahan hati yang telah siap ditaip ini... TABAHAS

Saturday, December 21, 2013

Master chef

Salam....

Sejak dua menjak nie minat memasak semakin mendalam pula lepas menonton cerita MasterChef Malaysia All Stars dekat Astro Ria saluran 104 (fuhhh.... perlu ke tulis panjang2?). Oleh itu, sehari demi sehari aku pun akan mula menghasilkan menu2 baru... (baru dalam rumah bukan baru di dunia nyata...)

Antara masakan yang aku dah cuba adalah seperti berikut:-

uuu....macam sedap je...

nama2 makanan yang I dah masak

Bila dah masak, maka adalah juri yang akan komen... Juri tetap adalah....jeng...jeng...jeng...
Jurinya ialah abah. Walaupun abah jarang tonton MasterChef tu tapi kalau komen kalah juri2 dalam master chef. Selain abah, adik2 lah yang akan jadi juri. Macam2lah yang dikomennya, tak kurang juga yang minta dibuat lagi... 

Oh ya, semua resepi untuk masakan nie diambil di dalam blog2 dan website2 masakan. Thanks pada mereka2 yang sudi berkongsi resepi. 

Nota:
Suka main masak2 bila setiap kali masak semuanya menjadi...
Yuuu...huuuu.... cakap ape je, semua boleh dimasak...


Wednesday, December 18, 2013

Bersyukurlah Wahai yangbersinar...

Salam...


Kau hadiahkan aku dengan ganjaran yang aku tidak duga-duga hanya kerana aku mendengar kata mak dan abah. Kau kabulkan doaku setelah kau uji aku dengan sesuatu yang jika aku mengikut kata hati mungkin akan aku lukakan hati kedua ibubapaku. Oh, indahnya hikmah yang ENGKAU sembunyikan disebalik mendengar nasihat ayah dan ibu. 

Gambar dari google image... tak edit2 pun...


Ia membuatkan aku teringat kepada seorang sahabat, katanya kalau emak minta apa2... turutkan sahaja sebab disebalik itu mungkin ada hikmahnya. Walaupun kita sedang penat, tiba2 mak pula datang minta tolong hantarkan dia ke sana dan sani. Maka, turutkan sahaja... kita tidak nampak hikmah yang tersirat disebaliknya. 

Sahabatku itu membuatkan aku tergerak untuk menjadikan dia ikonku. (konfem, kalau dia tau nie... mesti dia gelak guling2...) Sesuai dengan nama yang keluarganya berikan kepadanya, dia telah berjaya menjadi petunjuk kepada sahabat2 yang berhampirannya. Oh, kelas lah kau yah... (Sweetkan nama yah... yuuuhu....) Kalau jumpa dia, mesti dia akan tanya apa yang aku inginkan. Aku selalu jawab, ingin berubah kepada yang lebih baik. Kemudian dia akan tanya, lebih baik yang macam mana tu? Saat itulah aku akan diam...

Sahabat, jika aku jelaskan... adakah engkau akan fahaminya?
Maksud di sebalik lebih baik itu ialah ingin menjadi seperti dirimu. Aku ingin berubah memperbaiki diri dari semasa ke semasa sama seperti yang telah engkau lakukan. Kau berubah menjadi muslimah yang lebih baik dari sehari ke sehari. Kau juga menggalakkan orang di sekelilingmu untuk berubah. Kau banyak memberi dan menghulurkan bantuanmu kepada mereka disekeliling. Kau menerima sahabatmu apa adanya. Kau tak pernah berkira dan tak pernah merungut.

juga gambar dari google.... pening kepala, x sempat nak edit2...


Note:-
Ya, kumpul sebanyak mana bekalan yang dapat digunakan di hari kemudian...
Kerana itulah aku menerimanya supaya ia boleh menjadi bekalanku dihari kemudian kelak...



Untuk memori yang akan hilang

Salam...

Menceritakan pengalamanku yang mungkin suatu hari nanti akan aku cari semula. Bila saat itu tiba, aku akan membaca semula apa yang telah aku tulis dan aku mula teruja...'Oh...aku macam nie ke dulu?' Aku sangat mahir dengan diriku, sebab sehingga kini aku akan mencari-cari semula nota2 dan buku2 diari yang pernah aku tulis waktu dahulu kala. Aku akan selak satu persatu halaman dan mula membacanya sambil mengkagumi diri sendiri kerana rajin menulis. Dan saat itu, beberapa memori yang hilang diingatan mula muncul dan mula aku berfikir...'Laaa...dulu aku baik dengan dia ke? Oooo...patut aku boleh rapat dengan dia sebab dulu....' hehehe... tersenyum sendiri bila teringat semula memori silam. Jadi, aku nak tulis sesuatu hari ini yang aku pasti ia akan menjadi rujukan aku suatu masa akan datang.

Hari Sabtu lalu bersamaan dengan 14/12/2013 berlangsungnya majlis kenduri kawin Azie. Alhamdulillah, dia dah selamat di ijab qabulkan pada tarikh itu. Walaupun pada mulanya aku sangat excited nak pergi selepas aku bermesej2 dengan dia seminggu sebelum majlisnya. Namun, perasaan excited nak jumpa dia terpaksa aku kuburkan atas sebab-sebab tertentu. Mak, Abah dan Acik sibuk suruh pergi MITC sebab waktu tu ada open interview dekat sana. Jadi, dengan berat hati terpaksa mesej semula sahabat yang menjadi ketua rombongan untuk membatalkan aku di dalam senarai peserta rombongan. (Rombongan Cik Kiah ok! aku pun tak tau mana datang Cik Kiah tu, setahu aku sahabat2 aku tak ada seorang pun nama Kiah...)

Dengan penuh kesedihan dan berat hati aku pun pergilah MITC pada pagi Sabtu itu. Sedih dan berat hati sebab dah tau sangat... kalau ada open interview pun belum tentu ada kerja kosong yang sesuai dengan kelayakan yang aku ada. Sampai sahaja di sana... Tadaaa.... Memang betul, tak ada... (Tahniah, aku dah membuat sesuatu yang merugikan diri sendiri dengan tidak menghadiri majlis kawin sahabatku...)

Tapi, untuk mengelakkan daripada rasa kecewa yang amat sangat sebab tak dapat berjumpa dengan sahabat2 rombongan... maka, aku pun pergi juga isi borang dan interview untuk jawatan pensyarah di salah sebuah kolej swasta. Jeng...jeng...jeng... interview lepas dan kena datang semula untuk second interview pada 18/12/2013 nanti.

Dannnn.... hari inilah harinya...
Tadi interview, lebih baik daripada interview2 yang sebelumnya. Daaannnn.... diterima.... Yahoooo.... Aku bakal pensyarah.... Ada peluang nak buat PhD nie, tapi tunggu lagi dua atau tiga tahunlah. Apa2 pun aku memang tetap nak dapat Dr walaupun doktor falsafah @ husband.

Saturday, December 7, 2013

Syukurlah...

Salam...


Saat mata leka melihat post2 dan status2 sahabat2 di fb... Tiba2, terdetik di dalam hati perasaan yang tidak puas hati melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Hati mula tertanya-tanya, 'mengapa aku sahaja yang masih begini sedangkan sahabat2ku yang lain sedang meraih kebahagiaan dan kegembiraan...'

Dalam hati bersoal2... mulut tiba2 bersuara, sayup2 kedengaran di telinga...' sabarlah duhai hati... mengapa engkau bersedih dengan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain sedangkan kau juga sedang berbahagia dan bergembira dengan cara dan kehidupan engkau sekarang. Kebahagiaan dan kegembiraan itu berbeza bagi setiap orang... tidak gembirakah engkau sekarang berada di dalam keluarga yang sentiasa menyayangi engkau... tidak bahagiakah engkau dikelilingi mereka yang sentiasa mengasihi engkau... Engkau cukup bersyukur, ada ahli keluarga yang lengkap dan penyayang seperti sekarang... mahukah engkau kehilangan insan2 ini? bersediakah engkau diatas kehilangan mereka nanti?'

Tangan kanan yang kaku mula menepuk-nepuk lembut hati ini, cuba untuk menenangkan ia. Kaki yang sejak tadi tidak bergerak mula melangkah menuju ke bilik air. Air sembayang diambil...


Kadang-kadang aku terlepas pandang, kebahagiaan mereka pamirkan membuatkan aku lupa untuk melihat semula kebahagiaan yang diri ini miliki. Wajah-wajah kegembiraan mereka mengkaburkan aku kepada kegembiraan yang aku sedang alami. Oh sahabat... aku ingin kabarkan kepadamu, aku turut bahagia dan gembira sama seperti apa yang kamu alami dan rasai sekarang namun aku bukan orang yang hebat untuk menulis dan mempamirkannya kepada umum di fb dan twiteer...

Aku bersyukur... ('',)


Terlalu ingin luahkan apa yang dirasai di fb...
Tapi, aku hanya orang biasa yang tidak pandai menulis di fb...
Cukuplah mempengaruhi aku wahai fb...