Thursday, August 1, 2013

Persahabatan Sepahit Kopi...

Assalamualaikum...

“Eeee…pahitnya.” Ucapku sebaik sahaja air kopi didalam cawan itu habis aku minum. Aku mencapai gelas yang berisi air kosong di sebelah kananku. Beberapa teguk air kosong aku minum untuk menghilangkan rasa pahit air kopi itu.
“Pahit sangat ke?” Tanya seseorang di sebelahku.
“Ha’a, pahit sangat.” Jawabku. Aku terus bangun mengekori langkah dua orang sahabatku untuk mengambil sesuatu yang manis bagi menghilangkan rasa pahit kopi yang masih terlekat di lidah dan tekak ini.
***
Kopi memang pahit membuatkan kita akan berhati-hati untuk memilihnya. Hanya yang manis sahaja akan terpilih manakala yang pahit pula akan ditolak ke tepi dan kemudian di biarkan ia sejuk dan terdedah begitu sahaja. Kenapa perlu pilih kopi yang manis sahaja???
Bukan semua kopi itu sama ke? berasal dari buah koko juga kan? Cuma yang membezakan ia hanyalah cara ia di bancuh, di tembah gula dan dihias sahaja. Kalau kopi yang pahit ditambah gula dan dihias dengan cantik, kualitinya sama seperti kopi-kopi lain juga kan?
Bukan manis itu penyakit, pahit itu ubat ke? Kenapa nak pilih yang manis kalau ia boleh datangkan penyakit dan kenapa tidak memilih yang pahit sebab yang pahit itu lagi baik daripada yang manis ke?

Jadi samalah dengan persahabatan, bukan semua benda yang kita lalui itu manis untuk dikenang, ia juga ada pahitnya yang membuatkan kita akan cuba tidak melupakannya. Situasi sekarang, 'persahabatan kita tidak semanis epal lagi tetapi ia sepahit kopi'. Aku cuba untuk mengelak daripadanya namun dalam masa yang sama, aku adalah peminat kopi. Mana mungkin aku mengelak untuk meminum minuman kegemaranku. Aku masih lagi bersama-sama dengan mereka dalam masa yang sama aku cuba menambah gula supaya rasa kopi dalam persahabatan itu hilang sedikit demi sedikit...



Credit to Mr. Coffee Lovers.
Dia bagi inspirasi untuk buat entry persahabatan sepahit kopi ini... TQ ('',)

No comments:

Post a Comment