Friday, August 30, 2013

Perasan tak perasan lah kan...

Salam

“Hello, U tak payah nak perasan sangat boleh tak... I nie tak ada perasaan sedikit pun dekat U tu. U, tengok jarak kita sudah… Dengan jarak kita nie, U ingat I nie sesuai ke dengan U tu? Jawapan dia tak ok, memang tak!!!” I meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini kepada U pada majlis rumah terbuka B.

I berlalu pergi meninggalkan U. U hanya diam melihat I pergi mendapatkan H dan J. U sedih lalu meninggalkan I dan pergi berjumpa V teman rapatnya.



 
I tak ada perasaan langsung dekat U ok!!!
Jadi, U tak payah perasan boleh tak!!!
Kesian U...

Thursday, August 29, 2013

Master itu...

Salam...

Ada beberapa adik2 yang masih dibawah umur dan baru menghabiskan ijazah mereka tertanya-tanya berkenaan niat mereka ingin menyambung pelajaran di peringkat master. Ok, malas nak berbohong dan mengkhabarkan benda yang indah2... Tengoklah sendiri pada gambar di bawah ini....



Khas pada mereka2 yang ingin sambung master untuk taught course, cadangkan buatlah assignment dan homework yang diberi oleh pensyarah pada awal waktu sebab bila dah berkumpul2...macam gunung gananglah jadinya. Alamaknya, terpaksa stay dekat fakulti sampai pagi sebab dekat bilik tak ada internet jadi kena buat semua kerja dekat fakulti. Paling teruk lagi, bila buat satu tahun je... Kenalah tunggang langgang fikir pasal final projek nak buat apa...Kalau tak jadilah macam dalam gambar diatas...

First time nak buat final projek tu punyalah excited sampai setiap minggu jumpa sv. Bila masuk bulan ketiga keempat...dah start malas2 nak jumpa sv. Bulan kelima dan keenam, mula rajin balik sebab nak viva 1 lah katakan. Bulan ke tujuh dan malas balik sebab raya, nak enjoy dulu... Masuk bulan kelapan, viva 2 pula, sekali lagi bertungkus lumus siapkan semuanya... Maklumlah, nak konvo cepat.... Hai...

Wednesday, August 28, 2013

Viva 2

Salam...


Ok, tak payah tulis tarikh sebab tarikh dah ada dalam gambar. Tak payah cerita berapa orang sebab dah tunjuk dalam gambar. Tak payah tulis siapa penal masing2 sebab semua dah ada dalam gambar. Komen panel tak boleh tulis sebab diorang komen panjang sangat tak sempat nak catat dan ingat...hehehe...


Beberapa minit sebelum viva 2 nie, sempat lagi berbincang dengan sv. Tapi ok gak, sebab sv dah bagi tau awal2 yg aku punya tu banyak gila masalah. So, dia cakap..."Kalau panel tanya nanti, mengaku je. memang tak buat benda tu." Oh tidak, semudah itu sahaja dia berkata-kata. Oh my sv!!!


Selepas viva terus pergi berjimba (ayat member, pinjam jap). Daripada tengah hari habis viva sampai ke malamnya dan membawa ke esok satu harinya... Hahaha...gila balas dendam... 


DAN HASILNYA....
-----------------------------------------> hari nie kami terpaksa bertungkus lumus siapkan pembetulan final projek sebab esok kena hantar... kwang kwang kwang....

Monday, August 26, 2013

Tulisan sendiri...

Salam...



Pen biru ditangannya dipusing-pusingkan sambil memikir nombor yang perlu dipenuhkan pada buku Sudoku hijaunya itu. Sesekali kedengaran keluhan yang keluar daripada mulutnya. Matanya fokus dalam masa yang sama fikirannya ligat berfikir. Lagu kosong nyanyian najwa latif kedengaran daripada playlist laptopnya. Bibirnya terkaku, tiada sepatah ayat yang keluar dari bibirnya namun air mata pula yang mula mengalir membasahi pipinya. Dia menutup buku sudokunya dan meletakkan pen biru diatas meja belajarnya lalu mencapai bantal peluknya dan menyembamkan mukanya pada bantal peluk itu. Tiada suara yang kedengaran cuma esakan yang berkumandang menemani petang sepi itu…
Lagu kosong itu betul2 terkesan pada dirinya sejak setahun yang lalu. Peristiwa yang cuba dilupakan kembali menerjah kotak fikirannya saat lagu itu kedengaran di gegendang telinganya. Segala susah payah, penat lelah dan kesusahan yang dialaminya selama ini membuatkan lagu itu betul2 memberi kesan pada dirinya. Dia cuba melupakan segalanya namun memori itu seakan telah terpatri kukuh pada kotak fikirannya…
Beberapa minit kemudian, dia bangun dan duduk diatas katilnya. Bantal peluk yang basah dengan air matanya itu dipeluknya kemas. Dia mengelap air matanya yang masih berbaki di pipinya. Dia kembali menghadap laptopnya. Playlist yang memainkan lagu kosong itu dimatikan. Dia membuka youtube, lagu ‘cukup bagiku daripada Opick’ pula yang kedengaran. Dia menyanyikan lagu itu sekuat mungkin menghilangkan kesedihannya sebentar tadi… 

Saturday, August 24, 2013

Cermin mata bingkai hitam...

Salam...

"Ada nampak cermin mata aku tak?" tanya Aku kepada seseorang disebelahku.
"Ada, tadi nampak dekat muka kau." jawabnya selamba.
"Aku tanya betul2 kut, tak payah nak main2 pula." geram aku dengan perangai orang disebelahku itu yang tidak serius. Sedangkan aku dah macam separuh gila tercari-cari akseseri hiasan kesayanganku itu.
"Tu, dekat atas meja. Aku letak dekat situ tadi." Jawabnya sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah meja yang dimaksudkan.
"La...kenapa kau letak situ. Kau tahu tak, benda inilah satu-satunya barang paling berharga yang aku ada." Marah sungguh dirinya saat sahabatnya itu menyimpan cermin mata kesayangannya itu di atas meja belajarnya.
"Aku dah tolong dah cukup baik. Aku jumpa cermin mata kau tu bawah katil, aku takut kau pijak lagi sebab tu aku simpan dekat atas meja belajar kau." Sahabatnya menjelaskan keadaan yang sebenar.
"Ooo....eee....ok, sorilah kalau macam tu. Sori...." Senyumku kearah sahabatku itu.

Barang berharga yang sering dipakai setiap hari bermula dari celik mata sehingga tertutup kelopak mata pun boleh hilang, inikan pula sesuatu yang jauh daripada kita dan sesuatu yang tidak kita gunakan setiap hari...
Kehilangan sesuatu benda yang normal dan akan sentiasa kita rasai...
Tapi, setiap kehilangan akan ada sesuatu yang bermakna seperti kenangan dan kerinduan...

Tinggal seminggu sebelum kehilangan datang menjemput kita...
Sahabat...

Sunday, August 18, 2013

Tengok wayang

Salam...

Semalam mak sedik sebab ada orang malukan mak dekat dalam satu majlis nie. Jadi, malam tu abah bawa mak keluar nak tenangkan mak. Tapi, aku pula sibuk nak balik JB. Jadi, abah bawa aku sekali walaupun tahu yang tiket bas memang dah tak ada malam tu. Kami keluar pukul 8 malam lebih dan sampai station bus dalam pukul 9 lebih macam tu. Malangnya, kaunter dah banyak yang tutup dan tiket dah tak jual.

Jadi, abah cakap "jom kita tengok wayang, hari tu pergi tak puas hati. Kali nie abah dah bawa sweater sekali, tak sejuk dalam tu nanti." Ok, sekarang aku faham apa fungsi sweater dekat dalam kereta tu. Pelik dan tertanya-tanya juga pada awalnya, macam mana sweater tu boleh ada dalam kereta.

Sampai dekat wayang dalam pukul 9 setengah dah. Tengok2lah cerita apa yang best. Lepas lima minit tengok2 dekat skrin, lepas tu buat keputusan nak tengok cerita LAST SUMMER. Cerita mula pukul 10.15 malam, jadi masih awal lagi untuk masuk ke bilik wayang. Mak nak twisties tapi aku nak popcorn. Jadi, abah bagi RM10 kat aku. Aku beli twisties dan popcorn je sebab air aku dah bawa siap2 dalam beg aku.

Sebelum masuk aku dah start makan popcorn, bila dalam bilik wayang tu aku tengok...popcorn aku dah tinggal separuh tapi waktu tu cerita tak start lagi. Jadi, nak tunggu cerita start...aku pun makan lagi popcorn tu. Baik2 cerita start je, aku tengok popcorn aku dalam kotak regular tu dah tinggal suku je lagi. Jadi, aku pun mula makan slow2...tak nak bagi habis dulu. Tapi malangnya, cerita baru separuh tapi popcorn dah habis dulu.

Yang bestnya pergi dengan mak dan abah malam tu ialah:
1) tiket wayang free, abah bayar.
popcorn pun free, abah bagi duit
3) tak takut sangat sebab mak dan abah ada sekali
4) kalau takut boleh peluk mak sebab mak ada kat sebelah
5) tak ada orang kacau, sebab mak dan abah ada
6) tak kesah balik lambat, sebab keluar dengan mak abah

Kesimpulannya, inilah first time keluar tengok wayang dengan mak dan abah. Nie kira kali kedua mak dan abah tengok wayang. First time diorang pergi berdua waktu siang raya ketiga. Abah siap jumpa student dia lagi dekat wayang tu tapi nasib baik tak tengok cerita satu bilik. hehehe...

Rindu kamu....
Mak Abah

Sunday, August 11, 2013

Raya...

Assalamualaikum...

Pagi berhari raya
Sama macam raya2 sebelum nie, pagi2 bangun awal...pakai baju raya...solat sunat hari raya dekat surau...salam2 dengan ahli keluarga...pergi umah nenek...salam2 dengan nenek + mak & ayah saudara + sepupu + anak buah...pergi umah pok long dan jumpa semua mak & ayah saudara belah mak pula...lepas tu salam...kutip duit raya...lepas tu makan...



Yang lainnya tahun nie, lepas makan dekat umah mak dan ayah saudara belah mak...kami semua terus pergi rumah terbuka TYT dan CM dekat MITC. Ramai gilarrr orang beratur nak salam dan nak dapat duit raya...(kecuali aku sebab aku malas nak beratur)


qasidah 
 Raya kedua buat rumah terbuka, biasa buat untuk makan tengah hari tapi kali nie malam pula. Malam tu jemput anak2 buah yang belajar dekat sekolah pondok untuk buat persembahan qasidah. Budak2 nie memang bagus, sedap suaranya (puji anak buah sendiri). Malam raya pun diorang buat persembahan qasidah gak lepas takbir. 

Anak2 buah 

Bagi mengelakkan peristiwa pagi raya tahun ini berlaku lagi pada tahun2 akan datang maka, aku mengambil satu langkah awal dengan mengambil gambar semua anak2 buahku yang tinggal di klang. Tujuannya untuk hafal nama dan muka mereka supaya aku tak salah sebut dan panggil lagi. Budak2 nie pandang pelik je kat aku, setiap kali jumpa mesti tanya nama sapa...

Kami 9 beradik...
 Kami sembilan beradik (ok, 10 sebenarnya tapi kakak kami dah kawin so tak duduk rumah kami. Dia duk rumah dia sendiri). Warna tema kami tahun nie merah keoren-orenan ya... (Baju aku oren kemerah-merahan dan kepurple-purplelan masih dalam tema cuma warna tudung je lain sikit)

Berakhirlah kisah raya kami...
Hehehe...

Sunday, August 4, 2013

Kisah duit 50 sen

Salam...

Time zaman comel2 dulu, selalu juga pergi raya ramai2 dengan sepupu2. Pagi raya kami kumpul rumah nenek, lepas tu...kami yang comel2 nie pun bergeraklah untuk pergi beraya dekat rumah2 jiran nenek. Yang bestnya, semua sepupu berkumpul dan kami jalan sama2... Tapi di sebabkan sepupu2 ramai jadi kami pun pecah dua kumpulan. Satu kumpulan pergi belah kanan dan satu kumpulan pergi belah kiri. Syarat dia, pergi rumah orang, bagi salam, makan sikit je, lepas tu minta duit raya terus pergi rumah orang lain.

Jadi, kami pun pergilah satu persatu rumah. Meriah kut waktu tu, yalah sepupu2 nak jumpa pun susah. Waktu tu jelah kami semua boleh bersama. Banyak jugalah rumah yang kami pergi. Dan sampai satu masa tu, semua sepupu2 akan berkumpul dekat satu rumah. Hehehe....

Kesian jiran2 nenek, terpaksa sediakan air dan makanan untuk kami sedangkan waktu tu kami bukan nak makan sangat kuih dan bukan nak minum sangat air. Yelah, zaman comel2 dulu, memang hari raya untuk pergi rumah orang kutip duit rayakan.

Kami ada satu pengalaman dekat satu rumah nie, rumah jiran nenek a.k.a. kawan neneklah. Kami pergi nie nak beraya, tapi tak sempat masuk lagi dia dah bagi kami duit raya.
"Ha...mari sini, ambil duit raya nie. Nanti boleh pergi rumah lain pula." Lebih sikit kurang macam nielah yang tuan rumah tu cakap. Dapat duit raya kami terus pergi rumah orang lain pula. Jimat sikit masa kami. Yalah, kami ada masa sampai sebelum tengah hari je sebab tengah hari semua ibu bapa kami dah nak gerak pergi raya rumah saudara-mara yang lain pula.

Oh ya, ada satu lagi rumah nie. Kami beraya dekat rumah dia dan siap makan kuih dan minum air lagi. Sampai part bagi duit, tuan rumah pun bagi sampul duit raya. Tapi isi dia agak pelik gak sebab terasa bulat2. Sebelum nie dapat sampul duit raya ringan je tapi kali nie berat lepas tu ada bentuk bulat timbul pula. Tapi kami tak buka depan tuan rumahlah.

Duit 50 sen


Sampai je rumah nenek, kami pun pakat2 duduk kira duit raya. Bukalah sampul duit raya yang ada bulat tu.
"50 sen je!!!" hampir mejoriti kami berkata macam tu saat sampul duit raya itu dibuka.
"Mak2, rumah nenek tu kedekut. Bagi 50 sen je..." ada yang berkata macam nie pada mak mereka. Ok, aku pun termasuk. Tapi itu waktu zaman comel2 dululah.

Kini aku dah besar dan kenangan 50 sen itu tetap menjadi ingatan pada aku sampai bila2. Sampai sekarang kut, nenek tu masih lagi sediakan duit 50 sen sebagai duit raya untuk budak2. Tapi sekarang aku dah tak dapatlah, yelah...saya dah besar. Bak kata seorang kawan tu "Kau tak layak dapat duit raya sebab kau tak boleh puasa penuh". ikut suka dia je cakap macam tu. Mana dia tau aku puasa penuh ke tak? Ada jelah perempuan yang boleh puasa penuh....haisss....

*** Tulis nie sebab hari tu ada seorang sahabat nie bagi kad raya, dalam kad raya tu dia letak 50 sen. So, terus teringat dekat kawan nenek yang bagi kami duit raya 50 sen je...
*** Thanks sahabat bagi duit raya. Buat saya teringat zaman comel2 dulu je...

Thursday, August 1, 2013

Persahabatan Sepahit Kopi...

Assalamualaikum...

“Eeee…pahitnya.” Ucapku sebaik sahaja air kopi didalam cawan itu habis aku minum. Aku mencapai gelas yang berisi air kosong di sebelah kananku. Beberapa teguk air kosong aku minum untuk menghilangkan rasa pahit air kopi itu.
“Pahit sangat ke?” Tanya seseorang di sebelahku.
“Ha’a, pahit sangat.” Jawabku. Aku terus bangun mengekori langkah dua orang sahabatku untuk mengambil sesuatu yang manis bagi menghilangkan rasa pahit kopi yang masih terlekat di lidah dan tekak ini.
***
Kopi memang pahit membuatkan kita akan berhati-hati untuk memilihnya. Hanya yang manis sahaja akan terpilih manakala yang pahit pula akan ditolak ke tepi dan kemudian di biarkan ia sejuk dan terdedah begitu sahaja. Kenapa perlu pilih kopi yang manis sahaja???
Bukan semua kopi itu sama ke? berasal dari buah koko juga kan? Cuma yang membezakan ia hanyalah cara ia di bancuh, di tembah gula dan dihias sahaja. Kalau kopi yang pahit ditambah gula dan dihias dengan cantik, kualitinya sama seperti kopi-kopi lain juga kan?
Bukan manis itu penyakit, pahit itu ubat ke? Kenapa nak pilih yang manis kalau ia boleh datangkan penyakit dan kenapa tidak memilih yang pahit sebab yang pahit itu lagi baik daripada yang manis ke?

Jadi samalah dengan persahabatan, bukan semua benda yang kita lalui itu manis untuk dikenang, ia juga ada pahitnya yang membuatkan kita akan cuba tidak melupakannya. Situasi sekarang, 'persahabatan kita tidak semanis epal lagi tetapi ia sepahit kopi'. Aku cuba untuk mengelak daripadanya namun dalam masa yang sama, aku adalah peminat kopi. Mana mungkin aku mengelak untuk meminum minuman kegemaranku. Aku masih lagi bersama-sama dengan mereka dalam masa yang sama aku cuba menambah gula supaya rasa kopi dalam persahabatan itu hilang sedikit demi sedikit...



Credit to Mr. Coffee Lovers.
Dia bagi inspirasi untuk buat entry persahabatan sepahit kopi ini... TQ ('',)