Wednesday, May 29, 2013

Viva 1

10.30 pagi (27/05/2013)

Akulah orang pertama...


Dia orang ke-2


Ini orang ke-3

Apa-apa pun, semuanya berjaya...Yahooo.....
Ok, tunggu VIVA 2 pula.... hehehe....('',)

Saturday, May 25, 2013

Malas...

Salam.

Malas, malas, malas, malas, malas....
Aku malas nak buat kerja yang banyak melambak-lambak sehingga membuatku merungut-rungut tanpa sedarku. Aku mula mengeluh dengan segala benda yang perlu aku lakukan. Mengeluh, merungut, complain, cuba argue dan akhirnya aku terus tertidur tanpa buat satu kerja pun.

Bila aku bangun, aku mula mengeluh semula. Aku mula merungut dengan semua benda yang sama. Aku mula benci untuk teruskan hidup dan akhirnya aku tinggalkan semuanya. sampai suatu masa hatiku terdetik, kenapa nak kena merungut sebab dengan merungut tu bukan boleh siap pun semua kerja. Akhirnya dengan perasaan yang masih lagi ingin merungut dan mengeluh, aku pun teruskan juga membuat kerja-kerjaku. Tanpa aku sedari...akhirnya, siap juga kerja itu. Yahoooo..... siap satu, ada satu lagi....Begitulah seterusnya.  

Aku terus membuat satu persatu kerjaku sambil hati ini masih lagi ingin merungut dan terus merungut. Walaupun aku teruskan kerjaku sambil bibirku terus merungut namun aku berasa seperti kosong. Tiba-tiba, lagu kosong daripada Najwa Latif pun berkumandang. Aku menyanyi-nyanyi mengikut lagu yang berkumandang. 

Aku berhenti buat kerja dan merungut. Aku muhasabah diri seketika dan hasilnya. Aku buat kerja dengan fokus. Tiada lagi rungutan yang keluar daripada bibirku. Aku perlahan-lahan membuat kerja sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku. Bilik aku kemas supaya sentiasa cantik dan tersusun membuatkan aku lebih bersemangat untuk membuat kerja-kerja yang tertangguhku.

Sekian...

Thursday, May 16, 2013

Lupakan aku padanya

Salam...

Dalam dunia nie, ada sesetengah ingatan yang kita tidak mahu ingat dan ada pula sesetengah ingatan itu yang kita cuba untuk tidak melupakannya. Tapi bagai mana dengan ingatan kita kepada seseorang?

Ada orang yang pernah wujud dalam hidup kita yang kita cuba untuk tidak melupakan mereka dan ada pula yang kita cuba hendak lupakan tetapi ingatan kepadanya sentiasa wujud membuatkan kita sukar untuk melupakannya. Bagi aku pula, aku susah nak ingat orang jadi itu satu keistimewaan kepada aku. Tak semua orang yang wujud dalam hidup kita, kita perlu ingat mereka. Sesetengah daripada mereka tidak akan wujud lagi dalam kenangan akan datang kita jadi kenapa nak penuhkan memori dalam otak kita untuk simpan kenangan dengan dia lagi. HEheheheHEheheheHeHEHe

(Buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan handai serta semua kenalan, korang jangan bimbang sebab korang adalah kenangan yang aku tak akan cuba padamkan daripada kotak memori otak ini)

Lupakan aku padanya...
Aku lupakan padanya...
Padanya aku lupakan...
Lupakan padanya aku...
Aku padanya lupakan...
Padanya lupakan aku...


Dia ada dalam jadual saya...

Salam...

"Aku ada dalam jadual dia." vs "Dia ada dalam jadual aku"

Dua benda yang nampak sama tapi ada mengandungi dua maksud yang sangat tidak sama. Ok, yang mula-mula tu "Aku ada dalam jadual dia" maksudnya, aku merupakan antara orang penting dalam hidup dia sebab aku boleh wujud dalam jadual dia. Jadi kalau aku nak tahu betapa pentingnya aku pada mereka...aku kena pastikan yang aku wujud dalam jadual dia. Setiap minggu paling kurang pun sekali dia akan letak nama aku dekat dalam jadual waktu dia untuk jumpa aku. Hehehe....terasa pentingnya aku pada dia...

Yang kedua tu pula, "Dia ada dalam jadual aku" maksudnya, aku akan beriya-iya untuk masukkan dia di dalam jadual waktu aku pula. Kiranya, dia adalah orang penting yang aku perlu jumpa. Aku kena juga call atau mesej dia supaya aku dapat jumpa dia.

Entah apalah yang aku merepek dekat atas nie.... Tujuan asal nak cakap bezanya pelajar dan pensyarah. Kedua-dua ayat tu menunjukkan sikap pelajar itu waktu buat final projek mereka. Ayat yang pertama tu "Aku ada dalam jadual dia" tu menunjukkan yang pelajar tu jarang berjumpa dengan pensyarah mereka sehingga penyarah pula yang terpaksa call dan cari pelajar dia. Kesian pensyarah tu dapat pelajar macam tu. Ayat kedua pula, "Dia ada dalam jadual aku" maksudnya betapa bersungguhnya pelajar itu untuk jumpa dengan pensyarah dia. Dia akan meletakkan satu hari khusus untuk jumpa dengan pensyarah tu je.

Untuk kedua-dua ayat nie, aku biasanya jadikan ayat no 2 tu sebagai panduan untuk aku. Aku akan jadikan pensyarah itu penting dalam hidup aku. Yalah, kalau tak memang tak siaplah final projek aku. Jadi, terpaksalah berusaha sikit pergi jumpa dan bincang dengan pensyarah tu setiap minggu. Tapi, tak payah setiap minggu sangat pun tak apa janji jelas apa yang kena buat.

*** Dia ada dalam jadual aku, tapi jadual itu selalu hilang sehingga terpaksa di buat baru untuk setiap hari...
*** Aku ada dalam jadual dia, supaya dia sentiasa ingat yang aku masih wujud di atas muka bumi ini...

Tuesday, May 14, 2013

Aku yang mengelak, Kau pula berpaling...

Salam...

Thanks, sebab faham situasi diri ini yang tak cukup berani dan kuat untuk bersemuka denganmu. Aku cuba untuk tidak mengelak setiap kali berjumpa denganmu namun tindakan luar kawalku selalu membuatkan aku berpaling daripada bertembung denganmu. Maafkan aku, aku terlupa tukar setting di dalam mindaku untuk tidak lagi berpaling daripadamu.

Thanks, sebab kau juga berpaling daripada terus terserempak denganku. Aku tahu kau nampak aku sebab aku bukannya semut yang berada di dalam botak hitam saat aku berjalan di bawah kilauan lampu pada malam pesta konvo hari itu. Aku tahu engkau juga kekok untuk menegurku sebab kita tidak lagi bersama-sama jatuh dan bangun di dalam persatuan yang sama lagi.

Thanks, sebab masih benarkan aku untuk menghadirkan diri dan melihat sendiri persembahanmu pada hari itu. Aku tahu engkau nampak aku, tapi engkau cuba sedaya upaya untuk tidak merasai kehadiran diri ini. Aku bukanlah sang suria yang memberi cahaya di dalam setiap hari-harimu, aku hanya sinaran kilat yang hadir membuatkan orang lain tidak suka.

Minta maaf untuk segalanya. Aku juga berterima kasih untuk kenangan yang pernah engkau berikan sepanjang kita berada di dalam persatuan dan kumpulan yang sama. Aku terlalu sibuk mengejar angan, cita-cita dan impianku sehingga terpaksa korbankan sesuatu yang pernah menjadi hobi masa lapangku dulu. Kenangan kita bersama pada suatu masa dahulu akan tetap terpahat di dalam ingatan ini. Semoga kita sama-sama mendapat apa yang kita kejar dan impikan...

Perh, ayat kalah sasterawan negara. Terkejut cikgu BM aku tengok apa yang aku tulis nie. Dia pun tak percaya, dia pernah jadi cikgu BM aku dulu....hehehehehe.....