Wednesday, October 27, 2010

Loceng Kecemasan Buat Gempak...


Selasa, 26/10/2010- Semalam, semua pelajar Ma1 di Kolej 11 digemparkan dengan satu bunyi yang nyaring dan membingitkan telinga apabila loceng kecemasan diblok itu berbunyi secara tiba-tiba. Kejadian berlaku sekitar pukul 11.55 hingga pukul 12.30 tengah malam.

Loceng yang berbunyi secara tiba-tiba itu membuatkan kebanyakkan pelajar berlari-lari mengosongkan bilik mereka. Mereka semua memilih untuk berkumpul dikawasan tempat letak kereta dan bukannya padang bola UTM. Ini mungkin kerana jarak blok dengan kawasan tempat letak kereta adalah lebih dekat berbanding dengan padang bola UTM yang terletak jauh dari Kolej 11.

Tiada kecederaan fizikal dilaporkan namun ramai yang dipercayai sakit hati akibat daripada bunyi loceng itu. Kami membuat kesimpulan tiada sebarang kehilangan berlaku kerana sehingga ke hari ini tiada kehilangan barang, roommate dan jiran dilaporkan.

Aifa(21), bukan nama samaran berkata punca loceng itu menjerit tiba-tiba adalah kerana berlaku kerosakan pada loceng lift. Sehingga kini punca sebenar masih dalam tanda tanya. Hanya dua orang pengawal sahaja yang tahu punca sebenar kerana merekalah yang memujuk loceng itu untuk berhenti menjerit.

Berdasarkan apa yang berlaku lewat malam semalam, kami yakin loceng itu saja menjerit untuk menarik perhatian orang ramai. Namun, usahanya untuk menarik perhatian orang ramai mendapat kutukan yang hebat daripada kebanyakkan pelajar.



Nasihat kepada semua, diharap anda sentiasalah peka dengan loceng kecemasan kerana malang tidak akan berbau hanya asap kebakaran yang berbau. Pastikan anda mengosongkan bangunan/ bilik anda sekiranya loceng kecemasan ini berbunyi walaupun kadang-kadang loceng itu saja-saja je nak berbunyi. Pastikan anda membawa barang berharga seperti beg duit, laptop, kunci bilik, handphone dan sebagainya agar semua barang berharga anda ini selamat. Kalau sempat, pack je semua barang anda masuk beg roda lepas tu bawa sekali sewaktu keluar bilik.

Berita semasa…

No comments:

Post a Comment