Saturday, October 23, 2010

Cuaca Hujan

SALAM…

Hari ini hujan telah melanda skudai, johor dengan lebatnya. Hampir keseluruhan pelajar-pelajar UTM tidak dapat keluar dan bergerak kemana-mana akibat hujan yang sangat lebat ini. Berikutan daripada kejadian hujan itu, kebanyakan pelajar telah memilih untuk berada didalam bilik dan melayan mimpi mereka diatas katil. Suasana dikolej-kolej kediaman menjadi sunyi dan diganti pula dengan dentuman yang kuat daripada guruh dilangit.

Kami tidak dapat menemu ramah pelajar-pelajar kerana tiada orang yang berjoging, bermain bola sepak dan berbasikal dikawasan sekitar universiti. Kami percaya para pelajar semua menjalankan aktiviti petang mereka didalam bilik sahaja kerana cuaca hujan.

Namun, dalam suasana hujan yang lebat masih kelihatan tiga orang pelajar yang berpayung meredah hujan. Kami cuba meminta pendapat mereka namun mereka bertiga tidak mahu memberikan sebarang kerjasama. Hanya nama mereka sahaja yang dapat kami ketahui dan tujuan sebenar mereka meredah hujan masih dalam siasatan kami.

Ketiga-tiga pelajar yang kami temui itu dikenali sebagai Malina(bukan nama sebenar), Mna(bukan nama sebenar) dan Mun(nama samaran). Ketiga-tiga pelajar ini dilihat sedang berjalan kaki dari arked meranti menuju ke kolej 11 dengan berbekalkan payung dan air bungkus setiap seorang.

Kami percaya ramai pelajar tidak dapat menjalankan aktiviti petang dan malam mereka seperti hari-hari biasa akibat cuaca hujan pada hari ini. Diingatkan kepada semua pelajar agar sentiasalah membawa payung sebelum hujan supaya bila cuaca hujan pelajar masih boleh bergerak menggunakan payung yang dibawa itu. Selain itu, diharap pelajar tidak bermain hujan kerana dikuatiri akan menyebabkan demam.

Saya melaporkan untuk blog ini…


gunalah payung sendiri dan bukannya berkongsi payung yang sama...

No comments:

Post a Comment