Sunday, October 31, 2010

Siapa Kata Adik-beradik Ramai Selalu Bergaduh…

Nie bukan soalan basic yang orang selalu tanya tetapi nie soalan yang menjadi tanda tanya dalam kepala aku nie. Nie semua sebab seorang kawan aku nielah, dia cakap aku nie dah biasa bergaduh-bergaduh nie sebab adik-beradik aku ramai. Agaknya dia ingat, aku dekat rumah asyik bergaduh je kut. Hehehe…tah pape je…

Kalau tanya dekat aku, aku memang tak ada masalah langsung dengan adik-beradik aku dan kamipun jarang bergaduh. Teringat pula waktu dulu-dulu, kalau abah dengan mak ajak je pergi pantai ke, jeram ke, kolam air panas ke ataupun taman mainan…boleh je kami adik-beradik main baik-baik. Tak payah nak ajak-ajak orang pun. Sampai sekarang pun masih macam tu juga. Kiranya aku dengan adik-beradik aku nie tak perlukan orang luar untuk bermain ataupun belajar sebab kami dah cukup ramai untuk itu. So, tak timbullah masalah tak ada kawan nak bermain atau tak ada kawan nak teman belajar.

Kadang-kadang kami saja je tak ajak orang luar untuk main laying-layang, pergi perpustakaan desa dan mandi pantai. Kalau bawa orang lain leceh sebab nak kena jaga diaorang lagi, adik-beradik lagi jadi kami ambil keputusan untuk pergi bersama adik-beradik je.

Seronok adik-beradik ramai nie, kalau main boling tu kecoh je lebih padahal bola semua masuk longkang. Kalau main air pula, bising je lebih padahal semua tak tahu berenang. Kalau karaoke tu, semua nak nyanyi padahal lirik lintang-pukang. Kalau tengok tv tu bukan main meriah lagi padahal cerita tah pape je. Kadang-kadang berebut nak tengok cerita dekat tv tapi tak sampai separuh cerita semua dah buat kerja masing-masing, masa mula-mula je.

Waktu yang paling meriah sekali bila semua berkumpul, semua benda nak diceritakan sampai kadang-kadang tak ada orang pun yang jadi pendengar. Bila main game pula, semua nak main game yang sama kadang-kadang siap lawan-lawan level lagi. Wah…rindunya dekat adik-beradikku rasa macam nak balik sekarang je…

Mak dengan abah selalu pesan, buruk baik adik-beradik kita dia tetap adik-beradik kita. Dengan adik-beradik nie jangan menyombong sangat, bila kita susah nanti ingat ada orang lain nak tolong kalau bukan adik-beradik sendiri. Jadi yang selalu bergaduh dengan adik-beradik sendiri tu cepat-cepatlah bermaaf-maafan.



Untuk ingatan: Air dicincang tak akan putus begitulah hubungan adik-beradik sepatutnya. Samalah macam kacang panjang walau bagaimana rupa sekalipun ia dipotong ia tetap dipanggil kacang panjang dan bukannya kacang botol. Air terjun tetap akan terjun daripada atas dan bukannya daripada bawah ke atas. Dah…dah…dah…jangan nak mengarut…hehehe…(‘’,)

Wednesday, October 27, 2010

Loceng Kecemasan Buat Gempak...


Selasa, 26/10/2010- Semalam, semua pelajar Ma1 di Kolej 11 digemparkan dengan satu bunyi yang nyaring dan membingitkan telinga apabila loceng kecemasan diblok itu berbunyi secara tiba-tiba. Kejadian berlaku sekitar pukul 11.55 hingga pukul 12.30 tengah malam.

Loceng yang berbunyi secara tiba-tiba itu membuatkan kebanyakkan pelajar berlari-lari mengosongkan bilik mereka. Mereka semua memilih untuk berkumpul dikawasan tempat letak kereta dan bukannya padang bola UTM. Ini mungkin kerana jarak blok dengan kawasan tempat letak kereta adalah lebih dekat berbanding dengan padang bola UTM yang terletak jauh dari Kolej 11.

Tiada kecederaan fizikal dilaporkan namun ramai yang dipercayai sakit hati akibat daripada bunyi loceng itu. Kami membuat kesimpulan tiada sebarang kehilangan berlaku kerana sehingga ke hari ini tiada kehilangan barang, roommate dan jiran dilaporkan.

Aifa(21), bukan nama samaran berkata punca loceng itu menjerit tiba-tiba adalah kerana berlaku kerosakan pada loceng lift. Sehingga kini punca sebenar masih dalam tanda tanya. Hanya dua orang pengawal sahaja yang tahu punca sebenar kerana merekalah yang memujuk loceng itu untuk berhenti menjerit.

Berdasarkan apa yang berlaku lewat malam semalam, kami yakin loceng itu saja menjerit untuk menarik perhatian orang ramai. Namun, usahanya untuk menarik perhatian orang ramai mendapat kutukan yang hebat daripada kebanyakkan pelajar.



Nasihat kepada semua, diharap anda sentiasalah peka dengan loceng kecemasan kerana malang tidak akan berbau hanya asap kebakaran yang berbau. Pastikan anda mengosongkan bangunan/ bilik anda sekiranya loceng kecemasan ini berbunyi walaupun kadang-kadang loceng itu saja-saja je nak berbunyi. Pastikan anda membawa barang berharga seperti beg duit, laptop, kunci bilik, handphone dan sebagainya agar semua barang berharga anda ini selamat. Kalau sempat, pack je semua barang anda masuk beg roda lepas tu bawa sekali sewaktu keluar bilik.

Berita semasa…

Saturday, October 23, 2010

Cuaca Hujan

SALAM…

Hari ini hujan telah melanda skudai, johor dengan lebatnya. Hampir keseluruhan pelajar-pelajar UTM tidak dapat keluar dan bergerak kemana-mana akibat hujan yang sangat lebat ini. Berikutan daripada kejadian hujan itu, kebanyakan pelajar telah memilih untuk berada didalam bilik dan melayan mimpi mereka diatas katil. Suasana dikolej-kolej kediaman menjadi sunyi dan diganti pula dengan dentuman yang kuat daripada guruh dilangit.

Kami tidak dapat menemu ramah pelajar-pelajar kerana tiada orang yang berjoging, bermain bola sepak dan berbasikal dikawasan sekitar universiti. Kami percaya para pelajar semua menjalankan aktiviti petang mereka didalam bilik sahaja kerana cuaca hujan.

Namun, dalam suasana hujan yang lebat masih kelihatan tiga orang pelajar yang berpayung meredah hujan. Kami cuba meminta pendapat mereka namun mereka bertiga tidak mahu memberikan sebarang kerjasama. Hanya nama mereka sahaja yang dapat kami ketahui dan tujuan sebenar mereka meredah hujan masih dalam siasatan kami.

Ketiga-tiga pelajar yang kami temui itu dikenali sebagai Malina(bukan nama sebenar), Mna(bukan nama sebenar) dan Mun(nama samaran). Ketiga-tiga pelajar ini dilihat sedang berjalan kaki dari arked meranti menuju ke kolej 11 dengan berbekalkan payung dan air bungkus setiap seorang.

Kami percaya ramai pelajar tidak dapat menjalankan aktiviti petang dan malam mereka seperti hari-hari biasa akibat cuaca hujan pada hari ini. Diingatkan kepada semua pelajar agar sentiasalah membawa payung sebelum hujan supaya bila cuaca hujan pelajar masih boleh bergerak menggunakan payung yang dibawa itu. Selain itu, diharap pelajar tidak bermain hujan kerana dikuatiri akan menyebabkan demam.

Saya melaporkan untuk blog ini…


gunalah payung sendiri dan bukannya berkongsi payung yang sama...

Friday, October 22, 2010

You nie teruklah…



You tahukan I tak suka dekat you tapi kenapa you selalu ikut I je… I rimaslah nak layan you, penat tau. Hari nie, disebabkan you I terpaksa bangun awal (Hari2 lain pun I bangun awal juga tapi bukan sebab you). Pagi2 bangun dah kena layan you. You suruh I buka internat semata-mata nak cari maklumat untuk you tapi I buat juga. Petang pula, I korbankan masa tengok movie I untuk you. I kena bersama dengan you pergi fakulti. Tapi lecture pula tak ada. You nie…ngada2 betullah… Nasib baik malam nie I tak payah jumpa you kalau tidak genaplah seminggu I tidur lambat sebab you. You tak kesiankan I ke? I tidur 3 4 pagi sebab you, 24 jam I asyik fikir pasal you, I berlari kehulu-kehilir cari printer sebab you juga. I penatlah nak layan kerenah you 24 jam. Boleh tak you pergi jauh2 sikit daripada I. I rimas, menyampah, dan tak suka dekat you. I nak putus dengan you. PUTUS!!!


I nak PUTUS dengan YOU!

Friday, October 15, 2010

Kau kawan dan musuhku…

Hahaha…dia musuh aku (jap3…dia musuk aku ke? aku musuh dia? Emm…tak kesah ar) tapi dalam masa yang sama dia masih kawan aku (jap3…dia kawan aku ke? aku kawan dia? Emm…lantak ar). Hihihi…macam pelik je kan.

Kalau bekas bf atau gf kita panggil ex-bf dengan ex-gf tapi kalau dalam persahabatan atau maksud lain dalam berkawan nie wujud ke benda yang ex nie? Sebagai contoh:
Syila: Kenapa kau macam tak rapat je dengan Farha. Korang gaduh ke?
Mira: Oh, dia tu ex-kawan aku je sebab tu kitaorang dah tak rapat sekarang.
Hahaha…macam tak logic je bunyinya.

Ada tak sesuatu yang spesifik sikit untuk gelaran ex-kawan nie sebab ex-kawan nie bunyi macam pelik dan tak pernah dengar ar.

Sebenarnya aku bukan nak sangat guna perkataan ex-kawan nie sebab macam tak best ar, dulu kita kawan tapi sekarang dah jadi ex-kawan pula tapi nak buat macam manakan…orang tak sudi takkan aku nak paksa2 pula suruh dia kawan dengan aku. Takpalah, kalau dia nak kawan dengan aku balik…aku ok je. Kalau dia tak nak kawan dengan aku pun aku tetap nak kawan dengan dia juga. Biar seberapa menyampah dia pada aku, aku tetap nak duduk satu kumpulan dengan dia juga. Aku nak makan dengan dia satu meja juga, pergi kelas sama2 dengan dia juga, duduk bincang dan berborak dalam satu bilik juga… Satu je motif aku buat macam nie supaya perasaan menyampah dia pada aku tu terus hilang dan diganti dengan perasaan suka pula berkawan dengan aku. Aku hanya perlu bersabar, biar masa yang mengubah perasaan menyampah dia pada suka. Hehehe…beranganlah kamu wahai munnn…

Khas buat dia:
Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai kawanmu selama dua tahun lepas dan terima kasih juga untuk air mata ini yang banyak aku korbankan demimu semata-mata hanya untuk memikirkan salahku terhadap dirimu. Terima kasih juga untuk perasaan bersalah yang sentiasa wujud di hati ini. Terima kasih juga untuk semua maaf2ku yang tidak pernah engkau endahkan. Andai suatu hari aku bertemu lagi seorang kawan sepertimu akan ku cuba jauhkan dia dari menjadi kawanku kerana aku mahu engkaulah satu2nya kawanku yang akhirnya menjadi musuhku. Semoga selepas ini tidak wujud lagi istilah ex-kawan dalam kamus hidupku. Terima kasih juga kerana menjadi ex-kawanku.

Thursday, October 14, 2010

Blog oh blog

Semalam, aku buka lagi blog dia untuk baca cerita pasal dia. Emm…menariklah juga. Bukan senang nak baca blog orang yang kita kenalkan, maklumlah kawan2 aku kebanyakannya tak ada blog atau…ada cuma aku je tak tahu. Aku suka baca blog dia sebab blog dia nie tulis dalam bi dan ayat pun macam sempoi2 gitu. Dia suka sangat cerita kehidupan seharian dia dan kadang2 cerita pasal benda2 yang tak boleh bercakap tapi ada perasaan…hehehe macam pelik pun ya juga dia nie...

Selain blog dia, ada jugalah dua tiga blog lain yang aku baca. Emm…kebanyakan cerita dan blog mereka nie menarik dan best. Aku nie bukan pandai sangat nak tulis2 cerita nie tapi aku cuba juga tulis supaya blog aku nie tak terus mati…