Tuesday, January 27, 2015

Manisnya cinta...

Assalamualaikum...

Helo, helo, helo...
Ho...ho... lama rasanya tak update blog nie, naik keras jari nie nak start menaip balik.

Tergerak nak taip2 sikit malam nie, nak lakar kenangan indah hari ini. Tapi, bila mula taip je idea nie berlari-lari pergi pula. Tadi sebelum taip bukan main cantik ia tersusun... hai... (bukan senang nak karang ayat tau....)

Tadi dalam kelas, ada seorang student tu cakap yang semalam dia ada tertengok cerita manisnya cinta. Dalam cerita tu, ada dialog pelakon tu sama dengan dialog yang aku selalu guna dalam kelas. Dia cakap, dia terus teringat dekat aku. Bila aku tanya macam mana ceritanya, dia boleh cakap dia terus tukar cerita bila dengar pelakon tu guna dialog yang sama macam aku selalu guna. Cis... teruk betul student aku nie... (dia tutup sebab nak siapkan assignment yang aku bagi <--- fikir positif ok)

Ha.... jangan salah faham ya, aku tak tengok pun cerita manisnya cinta ok. Ayat yang aku guna pun, ayat aku... Tak tau pula ada penulis skrip yang berminat dengan ayat yang aku selalu guna (hihihi.... bajet kejap)



***
Masih tercari-cari simpanan yang bagus untuk masa depan tapi takut tertipu. Antara insurance dengan takaful?

En abg tegur, "kenapa ambil insurance... insurance tu kan xxxxx. Sekarang dah ada takaful, ambillah takaful. Alah setakat seratus lebih sebulan takkan itu pun nak berkira".
"Abg, bukan nak berkira cuma tak jumpa lagi yang terbaik."

En abg, "dah ada orang yang bagus service dia masih lagi nak ambil dengan kawan sendiri. Ambil dengan lecturer abg kan senang. Ramai member2 office yang ambil dengan dia, perihatin pula tu".
"Abg, dia kawan org..."

En abg, "kawan sama2 dekat utm, sama2 palapes. Tapi nanti penerangan dia boleh faham tak? Dia dah lama ke dalam kerja nie? Dia tahu ke tak nak terangkan nanti?".
"org jawab soalan abg tu lepas jumpa dia esk ya...".

[degil sikit sebab aku percaya member palapes aku.]

Sunday, January 18, 2015

Suatu masa nanti

Assalamualaikum...

Semalam keluar dengan En FAA, dia ajak tempah gelang untuk nikah nanti. Berpuluh kali juga aku tanya dia, " tak awal sangat ke?". Dia cuma cakap, " baguslah awal, lepas nie tak payah fikir dah".

First time aku masuk kedai emas, dia suruh aku pilih mana yang aku suka. Sebab aku tak suka pakai barang kemas so, aku cuma pandang je emas-emas tu. Kakak yang jaga kedai emas tu keluarkan emas yang ada love gantung-gantung. Bila kira harga, dekat seribu setengah.

Aku fikir gelang tu nak pakai lama, jadi aku pun ambil yg betul-betul boleh pakai lama. Dah pilih, kakak tu tanya nak ambil sekarang ke nak tunggu dulu. En FAA cakaplah, dia nak bayar deposit RMxxx dan selebihnya minggu depan waktu ambil gelang tu.

Waktu tengah tunggu kakak tu potong emas, En FAA nampak mesin untuk bayar guna kad. Dia pun tanyalah, sini boleh bayar pakai kad ke? Bila kakak tu kata boleh, dia terus nak bayar habis gelang tu dengan kad.

Waktu sampai dekat rumah sewa, En FAA bagi aku beg dengan gelang emas tu. Dia suruh aku pegang, nanti dah nak dekat dia datang ambil balik untuk letak kat hantaran. Dia siap bagi kain lace lagi suruh fikir nak jahit baju apa. Nanti bulan 5 dia datang ambil kain tu bawa pergi kedai untuk tempah baju.

Dia suruh aku siapkan sikit-sikit, buat slow-slow mana yang perlu dan boleh. Tinggal 7 bulan tapi nanti tolak dua bulan untuk puasa dan raya tinggal 5 bulan je... Masih awal lagi....hihihihi...

Saturday, January 17, 2015

Bergambar peluk dan cium

Assalamualaikum...

Okay, tengok tajuk pun dah tahu yg cerita ini berkisahkan k-pop peluk dan cium yg tengah viral sekarang. Tapi maaf, aku bukan nak cerita pasal itu. Kisah ini mengenai pengalaman aku bersama seorang sahabat suatu masa dahulu...

Waktu tu kami ramai-ramai buat trip ke USS. Saja nak kumpul ramai-ramai dan release tension. Kami ke sana sehari awal dan tidur di salah sebuah pondok di sentosa island. Pagi tu kami bangun awal dan mandi awal di tandas awam.

Lepas tu kami terus berangkat ke USS. Kami datang awal pulak dan terpaksa tunggu di hadapan pintu utama USS. Bila dibenarkan masuk je, kami terus masuk beramai-ramai.

Kami habiskan masa bermain semua permainan di dalam USS itu daripada permainan extreme sampailah ke permainan budak-budak. Bayar mahal ok, kenalah main semua mainan kan...

Sampailah petang tu kami pergi tengok persembahan-persembahan yg terdapat di dalam USS. Persembahan yg terdapat di dalam USS tu ada masa-masa tertentu. Ada satu persembahan yg kami terpegun melihat iaitu street dance boy. Tarian dia hebat sangat.

Bila habis persembahan mereka, kami pun minta untuk ambil gambar bersama. Waktu tu kami hanya 4 orang sahaja. Saat nak ambil gambar tu, salah seorang daripada street dance boy tu nak letak tangan dekat atas bahu salah seorang sahabat. Aku lihat sahabat itu mengelak dan cakap "no".

Walau sehebat mana seseorang itu, sesuka mana kamu padanya, sekagum mana kamu padanya selagi dia bukan muhrimmu silalah menjaga batas-batas pergaulan dan sentuhan.

Thursday, January 8, 2015

Sweet = manis

Assalamualaikum...

Tadi tanya En FAA, kedai kek apa yg sedap dekat KL nie selain secret recipe dengan kings. Maklumlah, secret recipe dan kings dah selalu makan jadi nak cuba yg lain pulak. En FAA tanya, nak sambut birthday siapa? Aku pun balaslah, saja nak makan...terasa nak makan kek.

Tiba2 terfikir, kan best kalau malam nie En FAA buatkan kek dan esok bagi dekat aku. Oh, soooo sweet. Tapiiii.... tiba2 terfikir, adakah En FAA se sweet itu???

"Sweet atau tidak tak penting bila hati dah sayang... Hahaha...."

Wassalam...

Nota: Post ini bertujuan sebagai bahan bacaan pada masa2 mendatang. Bukan untuk menunjuk atau menggatal cuma sebagai peringatan betapa manisnya saat bercinta secara diam. Tanpa pengetahuannya sebelum menuju kearah suatu ikatan yg sah.