Saturday, September 21, 2013

Buku Itu...

Salam...

Dari jauh aku melihat dia memegang buku itu di tangan kanannya. 
Kelihatan penanda buku terselit di salah satu halaman buku itu. 
Buku itu masih setia bersamanya namun tidak pernah sekali aku melihat dia membelek atau membuka halaman buku itu. 

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara Shahir memanggil kami untuk memasuki kereta kerana perjalanan kami pada hari itu masih jauh. 
Aku lihat dia menaiki kereta Avanza itu dan meletakkan buku itu di sisi pintu belakang sebelah pemandu. 

Seorang demi seorang memenuhi kereta Avanza itu. 
Aku turut masuk dan duduk di sisi tepi bahagian belakang pemandu. 
Kini buku itu berada betul-betul di sebelah kananku. 

Aku memandang kearah buku itu. 'bolehkah aku membacanya?', 'layakkah aku membaca buku itu?', 'tuannya marah tak kalau aku sentuk buku itu?'... berbagai-bagai soalan timbul di fikiranku ini. 

Masa terus berlalu sehinggalah kereta mula memecut laju meninggalkan pantai cherating pada petang itu. Hatiku masih lagi membuak-buak ingin mengetahui isi buku itu. 
Sudah lama rasanya hati ini tergerak untuk membaca buku itu sejak aku mula terpandang buku itu di kedai MPH pada awal keluarannya. 

Tajuk buku itu membuatkan aku berfikir beberapa kali 'layakkah aku membacanya?' kerana tajuk buku itu kelihatan tidak sesuai untuk pembacaan perempuan. 
'Tapi betul ke?' bisik hatiku.

Aku melihat ke luar jendela, kelihatan matahari telah mula menyembunyikan cahayanya. 
Akhirnya aku mencapai buku itu bila aku yakin pemiliknya telah lena tidur yang ketika itu duduk di bahagian belakang tempat dudukku.

Aku menyelaknya satu persatu halaman buku itu. 
Seperti kebiasaannya, itulah yang akan aku lakukan bila sahaja mana-mana buku berada di tanganku. 
Aku tidak akan terus membaca tetapi akan memastikan kandungan buku itu dahulu. 

Setelah itu, aku mula membaca satu persatu cerpen pendek yang terdapat di dalam buku itu. 
Kesemuanya berdasarkan kisah benar dan kesemua kisah itu memberi pengajaran secara tidak langsung kepadaku. 

Sampai sahaja pada cerita keenam, aku berhenti membaca. 
Tidak tahan rasanya hati ini untuk meneruskan pembacaan. 
Sedih dan menusuk hati sungguh cerita yang ditulis itu. 

Aku cuba menahan air mata daripada jatuh bimbang juga nanti yang lain melihat air mata itu turun. 
Aku menutup buku itu dan melihat satu persatu sahabat2ku yang terdapat di dalam kereta Avanza itu. 

Pembacaan aku teruskan namun belum habis satu perenggan aku berhenti lagi. 
Kali ini aku betul-betul tidak mampu untuk habiskan membaca kisah itu. 

Aku melihat keluar jendela dan halaman muka surat itu aku selak. 
Aku terus membaca kisah seterusnya. 

Habis sahaja kisah itu aku baca, kereta Avanza yang aku naiki itu berhenti. 
Shahir yang merupakan pemandu kereta Avanza itu mengarahkan kami turun untuk singgah minum petang di rumah abangnya. 

Aku menutup buku itu dan aku letakkan semula di tempat aku mengambilnya. 
Buku itu... buku itu... buku itu... aku inginkan buku itu sebab aku belum habis membacanya...


Nota:
Aku nak buku nie sebab aku belum habis membacanya...
Sori pemiliknya, aku ambil tanpa persetujuan...
dan membaca tanpa mendapat keizinan...
Sebab tu kut aku lupa cerita apa yang aku baca...
oooo...

No comments:

Post a Comment