Saturday, September 21, 2013

Buku Itu...

Salam...

Dari jauh aku melihat dia memegang buku itu di tangan kanannya. 
Kelihatan penanda buku terselit di salah satu halaman buku itu. 
Buku itu masih setia bersamanya namun tidak pernah sekali aku melihat dia membelek atau membuka halaman buku itu. 

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara Shahir memanggil kami untuk memasuki kereta kerana perjalanan kami pada hari itu masih jauh. 
Aku lihat dia menaiki kereta Avanza itu dan meletakkan buku itu di sisi pintu belakang sebelah pemandu. 

Seorang demi seorang memenuhi kereta Avanza itu. 
Aku turut masuk dan duduk di sisi tepi bahagian belakang pemandu. 
Kini buku itu berada betul-betul di sebelah kananku. 

Aku memandang kearah buku itu. 'bolehkah aku membacanya?', 'layakkah aku membaca buku itu?', 'tuannya marah tak kalau aku sentuk buku itu?'... berbagai-bagai soalan timbul di fikiranku ini. 

Masa terus berlalu sehinggalah kereta mula memecut laju meninggalkan pantai cherating pada petang itu. Hatiku masih lagi membuak-buak ingin mengetahui isi buku itu. 
Sudah lama rasanya hati ini tergerak untuk membaca buku itu sejak aku mula terpandang buku itu di kedai MPH pada awal keluarannya. 

Tajuk buku itu membuatkan aku berfikir beberapa kali 'layakkah aku membacanya?' kerana tajuk buku itu kelihatan tidak sesuai untuk pembacaan perempuan. 
'Tapi betul ke?' bisik hatiku.

Aku melihat ke luar jendela, kelihatan matahari telah mula menyembunyikan cahayanya. 
Akhirnya aku mencapai buku itu bila aku yakin pemiliknya telah lena tidur yang ketika itu duduk di bahagian belakang tempat dudukku.

Aku menyelaknya satu persatu halaman buku itu. 
Seperti kebiasaannya, itulah yang akan aku lakukan bila sahaja mana-mana buku berada di tanganku. 
Aku tidak akan terus membaca tetapi akan memastikan kandungan buku itu dahulu. 

Setelah itu, aku mula membaca satu persatu cerpen pendek yang terdapat di dalam buku itu. 
Kesemuanya berdasarkan kisah benar dan kesemua kisah itu memberi pengajaran secara tidak langsung kepadaku. 

Sampai sahaja pada cerita keenam, aku berhenti membaca. 
Tidak tahan rasanya hati ini untuk meneruskan pembacaan. 
Sedih dan menusuk hati sungguh cerita yang ditulis itu. 

Aku cuba menahan air mata daripada jatuh bimbang juga nanti yang lain melihat air mata itu turun. 
Aku menutup buku itu dan melihat satu persatu sahabat2ku yang terdapat di dalam kereta Avanza itu. 

Pembacaan aku teruskan namun belum habis satu perenggan aku berhenti lagi. 
Kali ini aku betul-betul tidak mampu untuk habiskan membaca kisah itu. 

Aku melihat keluar jendela dan halaman muka surat itu aku selak. 
Aku terus membaca kisah seterusnya. 

Habis sahaja kisah itu aku baca, kereta Avanza yang aku naiki itu berhenti. 
Shahir yang merupakan pemandu kereta Avanza itu mengarahkan kami turun untuk singgah minum petang di rumah abangnya. 

Aku menutup buku itu dan aku letakkan semula di tempat aku mengambilnya. 
Buku itu... buku itu... buku itu... aku inginkan buku itu sebab aku belum habis membacanya...


Nota:
Aku nak buku nie sebab aku belum habis membacanya...
Sori pemiliknya, aku ambil tanpa persetujuan...
dan membaca tanpa mendapat keizinan...
Sebab tu kut aku lupa cerita apa yang aku baca...
oooo...

Wednesday, September 18, 2013

noodle in tom yum soup

Salam...

Cuba teka kedai mana ada jual noodle in tom yum soup??? Apa??? Secret recipe??? Ya betul... (eh, mana tahu?). Ok, kali nie nak cerita pasal secret... adalah kaitan dengan secret recipe sikit...

Hari selasa aku ada interview di salah sebuah bangunan berdekatan dengan city square (cs, jb). Aku pun pergi macam biasa. Semua berjalan dengan lancar sehinggalah tiba saat itu (hehehe... macam ape je...). Aku jumpa seseorang dan berbual dengannya sambil lunch. Dia pilih secret recipe. Tahu cs nie ada secret recipe tapi terlupa dekat mana kedudukannya. Jadi dialah yang tunjukkan tempat secret recipe tu. (Ok...sangat secret tempat tu)

Makan sambil bercerita-ceritaan


Bermulalah ceritanya dimana dia bercerita secretnya kepada saya di kedai secret recipe pada waktu kami menjamu selera noodle in tom yum soup dan bertemankan hot chocolate dan ais lemon tea. Agak makan masa juga pada awalnya untuk dia bercerita, sehingga akhirnya dia memberi aku kuiz. Kuiznya agak mengejutkan aku tapi dia bukan orang pertama yang bertanyakan soalan itu padaku.

"Saya suka awak?"
"Ha?"
"Apa awak buat bila saya cakap saya suka awak?"
"Suka je kan?"
"Ya, suka je. Apa reaksi awak?"
"Ok je. Saya pun mudah je suka pada orang."
"Ooo...jadi, awak oklah nie?"
"Habis nak buat macam mana? Bukan saya paksa awak suka saya, awak yang suka saya."
"Jadi, awak tak kesahlah?"
"Nak kesah kenapa? Suka je kan."
"Tak pa ke saya suka awak."
"Takkan nak marah pula?"

Dua insan bercerita ceritanya...


(Cukup3x... jangan disambung cerita itu. Nanti tidak jadi secret pula.) Serba sedikit dan ditambah dengan beberapa ayat yang direka sendiri supaya cerita asal tetap menjadi rahsia. Pandai juga dia memilih tempat itu sebagai tempat untuk bercerita rahsianya walaupun pada orang yang tidak dikenali hati budinya seperti aku ini. Beraninya dia bercerita padaku dan yakin aku akan menyimpan rahsianya. Ok, sebab dia dah percayakan aku jadi sebagai balasannya... aku akan simpan rahsia itu...

Nota:
Kalau kita jumpa balik selepas ini,
jangan bimbang kerana saat itu...
Aku telah melupakan semua cerita2mu itu,
sebab aku bukan seorang yang mudah mengingat.
Itu pun kalau jumpa baliklah...
hehehe... ('',)

Wednesday, September 11, 2013

Dua dalam satu...

Salam...

Pengalaman interview kali ke 2. Ok, nak cerita sedikit sebanyak apa yang berlaku semalam. (nak cerita sikit ke nak cerita banyak nie???) Ok, perjalanan ke sana lancar tiada sebarang gangguan bunyi, warna dan rupa yang berlaku...(ok2, skip...)

Dalam perjalanan dapat call daripada seorang pensyarah kesayangan kami (aku dan dua lagi adik beradik aku). Pensyarah tu tawarkan untuk jadi RA (Research Assistant). So, aku pun dah mula berbagi-bagi nak pilih yang mana satu...(ok skip part tu terus cerita pasal interview)

Datang interview on time gak sebab nak kena cari tempat, ambil pas, cari pejabat. Aku di interview oleh empat orang yang berjawatan besar dalam company tu. Satu general manager, satu financial manager, satu ceo company dan satu .... manager (ok tak ingat). Semuanya baik2 dan baik2.

Interview berjalan dan masa pun berlalu. Sampailah ke akhir sebelum keluar daripada company tu. Financial manager tu tanya aku;

Financial Manager: Kamu dah sedia ke nak jadi manager? Muda lagi nie...
Aku: emm...(senyum akhirnya)
Financial Manager: Kalau kamu kerja dekat sini, kamu kena buat semua sendiri. Akak tak boleh nak tolong sebab akak pun ada kerja akak sendiri. Kamu kena banyak belajar daripada luar sebab dekat sini memang tak ada risk manager lagi.
Aku: ooo...ok...
Financial Manager: Nie kad akak, kalau kamu...katakan kamu x jadi nak teruskan, kamu call akak. Kalau kamu nak teruskan pun kamu call akak. Call jelah akak.
Aku: Ok kak, terima kasih.

Note;
Nak cubalah, macam best je buat sesuatu yg baru...
Lagi pun, tak ada pesaing dan tak ada guideline...
Akulah peneraju di situ...
Hehehe...(Gelak jahat)

Saturday, September 7, 2013

Cinta terlarang...

Salam...

Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang...
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang...
Ku harapkan agar engkau cepat menghilang...
Dan jangan lagi kau datang...

Cinta relakanlah 
akhiri cerita tentang kita...
Ku tahu berat bagimu 
untuk melepaskan aku...


Cinta terhalang...

Cinta kita, cinta terhalang...
Teddy bear tak akan bersama kucing...
Oh, tidak mungkin...
('.')...