Thursday, March 14, 2013

Surat untuk sahabat


Buat sahabatku,

Kehadapat sahabatku yang tiada dihadapan mata, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir. Bergembiralah wahai sahabat kerana pada hari ini telah genap 23 tahun kamu hidup diatas kerak muka bumi ini. Didalam satu kawasan diatas peta Malaysia, akhirnya kita berjumpa. Pada awalnya berbagai tanda tanya yang wujud didalam kotak fikiran membuatkan kita saling bertanya satu persatu mengenai fakta hidup masing-masing. Dari situlah aku mula mengetahui asal usulmu berserta namamu.

Selama 3 tahun kita bergelumang dengan baju hijau berloreng-loreng membuatkan ikatan persahabatan antara kita semakin erat. Aku masih teringat saat kamu berani mati bertarung nyawa merangkak mara kearah gpmg demi mempertahankan sahabat-sahabat satu skuad. Kita juga menjadi jiran bersebelahan bilik membuatkan aku pernah mengenakan kamu dengan kain putih dan rambut palsu yang aku gantungkan diluar tingkap. Selain itu, kita juga pernah sama-sama melakukan kejahatan dengan mengenakan seorang sahabat yang sangat yakin dengan dirinya sendiri sehingga kita sama-sama dipanggil oleh pak guard.

Aku masih ingat bagaimana aku menghabiskan masa lapangku dengan berkunjung ke bilik kamu hanya semata-mata untuk menghabiskan masa terluang yang aku ada. Kita juga pernah berkumpul didalam bilik sahabat kita yang lain hanya semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing dengan perangai sesetengah manusia.

Oleh itu, semperna hari kelahiranmu ini ingin aku memberi beberapa ucapan atau dengan kata lain wishlah… Semoga hidupmu akan terus ceria berwarna warnikan susah senang hadapi hidup ini. Selain itu, semoga kamu juga bergembira miliki aku sebagai sahabatmu. Itulah hadiah yang paling bermakna boleh aku berikan kepadamu dengan menjadi sahabatmu. Susah dan senang kita sama-sama laluinya demi untuk mengejar cita-cita dan impian yang kita miliki. Selagi kita masih bersama didalam kelas yang sama dan didalam kehidupan university yang sama selagi itulah aku akan cuba menjaga hubungan persahabatan ini.

Yang menaip,
Sahabatmu

Nota: Berharap sahabat yang dimaksudkan membaca post ini dan tersenyum dengan apa yang kami pernah lalui bersama…

No comments:

Post a Comment