Sunday, March 17, 2013

Keseorangan...


Aku pilih sendiri...
"Kesihan gila kau nie, hidup sorang-sorang."
"Tak bestnya kau, kau tak ada siapa-siapa."
"Tulah kau, sombong sangat. Tak nak cari kawan."

Sahabat aku pernah cakap, kalau nak sambung belajar ke peringkat yang lebih atas (master @ Phd) kenalah pandai berdikari. Hari tu, jumpa seorang sahabat nie. Sembang-sembang lepas tu dia cakap. "Walaupun kita ada sahabat bersama dengan kita tapi hakikatnya kita bersendirian. Kita buat research kita seorang diri. Kita selesaikan masalah kita sendiri." Betullah apa kata sahabat ini.

Ya, memanglah nampak macam kita ramai sahabat tapi sekarang dah lain tak macam zaman degree lagi. Ada masa kita free ada masa sahabat kita pula busy. Kadang kala kita busy, mereka pula free. Jadi, memang kena sendirilah. Tapi jangan bimbang, kalau pandai jaga diri dan pandai berdikari... campaklah dekat mana-mana pun tetap boleh hidup. 



  Aku tidak keseorangan cuma aku yang memilih untuk bersendirian kerana apa yang aku lalui tidak akan sama dengan orang lain lalui. Hanya bantal, laptop dan beberapa barang peribadi yang boleh menjadi temanku kerana mereka sentiasa bersama denganku… (‘’,)

Thursday, March 14, 2013

Surat untuk sahabat


Buat sahabatku,

Kehadapat sahabatku yang tiada dihadapan mata, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir. Bergembiralah wahai sahabat kerana pada hari ini telah genap 23 tahun kamu hidup diatas kerak muka bumi ini. Didalam satu kawasan diatas peta Malaysia, akhirnya kita berjumpa. Pada awalnya berbagai tanda tanya yang wujud didalam kotak fikiran membuatkan kita saling bertanya satu persatu mengenai fakta hidup masing-masing. Dari situlah aku mula mengetahui asal usulmu berserta namamu.

Selama 3 tahun kita bergelumang dengan baju hijau berloreng-loreng membuatkan ikatan persahabatan antara kita semakin erat. Aku masih teringat saat kamu berani mati bertarung nyawa merangkak mara kearah gpmg demi mempertahankan sahabat-sahabat satu skuad. Kita juga menjadi jiran bersebelahan bilik membuatkan aku pernah mengenakan kamu dengan kain putih dan rambut palsu yang aku gantungkan diluar tingkap. Selain itu, kita juga pernah sama-sama melakukan kejahatan dengan mengenakan seorang sahabat yang sangat yakin dengan dirinya sendiri sehingga kita sama-sama dipanggil oleh pak guard.

Aku masih ingat bagaimana aku menghabiskan masa lapangku dengan berkunjung ke bilik kamu hanya semata-mata untuk menghabiskan masa terluang yang aku ada. Kita juga pernah berkumpul didalam bilik sahabat kita yang lain hanya semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing dengan perangai sesetengah manusia.

Oleh itu, semperna hari kelahiranmu ini ingin aku memberi beberapa ucapan atau dengan kata lain wishlah… Semoga hidupmu akan terus ceria berwarna warnikan susah senang hadapi hidup ini. Selain itu, semoga kamu juga bergembira miliki aku sebagai sahabatmu. Itulah hadiah yang paling bermakna boleh aku berikan kepadamu dengan menjadi sahabatmu. Susah dan senang kita sama-sama laluinya demi untuk mengejar cita-cita dan impian yang kita miliki. Selagi kita masih bersama didalam kelas yang sama dan didalam kehidupan university yang sama selagi itulah aku akan cuba menjaga hubungan persahabatan ini.

Yang menaip,
Sahabatmu

Nota: Berharap sahabat yang dimaksudkan membaca post ini dan tersenyum dengan apa yang kami pernah lalui bersama…

Saturday, March 2, 2013

CERITA ITIK, AYAM BELANDA & ARNAB…


Itik a.k.a Cik Tih @ Putih
Ayam Belanda a.k.a En Yo @ Poyo
Arnab a.k.a Cik Tam @ Hitam
Itik, Ayam dan Arnab...

Cik Tam: Tengok tu, ada tiga orang datang nak jumpa aku… (dengan bangganya)
Cik Tih: Perasan betul kau nie. Dia datang nak bagi makan dekat aku. Tengok dekat tangan diaorang tu ada plastik. Oh…Makanannnn… (terus menghampiri tiga orang itu)
En Yo: Ah, tak payah kau nak menyibuk. Makanan yang mereka bawa itu semuanya untuk aku. (Terus kerkejaran ke ara tiga orang itu)
Cik Tam: Aku nak juga makanan itu. (Sambil melompat menghampiri salah seorang daripada tiga orang yang bawa plastic itu)
Cik Tih: Hitam, kau nie tak sedar diri ke? Dahlah badan kau tu hitam, buruk pula tu. Pergi main jauh-jauh. (Cuba menghalau Cik tam daripada menghampiri mereka tiga orang manusia)
En Yo: Hoi, Putih!!! Kau pun sama. Pergi main jauh-jauh. Makanan nie semuanya aku yang punya. (Cuba menghalau Cik Tih daripada mendapat makanan yang diberikan oleh manusia itu)
Cik Tam: Tapi, mereka datang sebab nak tengok aku. Bukan datang nak tengok korang pun.( Cuba meminta simpati daripada Cik Tih dan En Yo)
Cik Tih: Kalau macam tu, kau jangan makan makanan yang mereka bagi pada kau. Kau hanya dibenarkan bermain dengan mereka tiga orang sahaja. (Dengan bangga berkata)
En Yo: Betul tu, akhirnya ada juga ayat kau yang boleh membuatkan aku setuju. Hahaha…
Cik Tam: Simpatilah pada aku wahai Putih dan Poyo sahabatku….(memohon simpati)
En Yo: Tiada simpati yang perlu diberikan pada kau…Hahahaha….(ketawa besar)
Cik Tih: Betul tu. Tiada simpati untuk kau…Hahahah….(semakin besar gelaknya)
Manusia 1: Alaaa…. Arnab nie pemalu rupanya, dia tak makan pun apa yang aku bagi dekat dia.
Manusia 2: Ya ke, tengok ayam belanda dengan itik nie….semua yang aku bagi dia makan… licin betul… lapar agaknya…
Manusia 3: Ha’alah, kesiannya dekat ayam belanda dan itik nie… nanti kita bawa makanan banyak sikit untuk dua ekor binatang nie nak tak?
Manusia 1 dan 2: Ok…