Sunday, October 23, 2011

Pandai memilih bahasa...

Kita sangat mengharapkan orang mengunakan bahasa yang elok bila bercakap dengan kita tapi kita? Adakah kita mengunakan bahasa yang elok semasa berbual dengan orang lain? Bagaimana pula bahasa yang kita gunakan, adakah bahasa yang sopan atau sebaliknya?

Kalau diri sendiri tak tahu menjaga perasaan orang dengan mengunakan bahasa yang elok... jadi, jangan berharaplah orang akan mengunakan bahasa yang elok dan sedap didengar. Senangkan, guna bahasa yang elok maka orang pun akan mengunakan bahasa yang elok juga. 

Ini tidak, selalu sangat keluarkan ayat yang makan dalam. Kita yang dengar nie panas hati je. Nak balas nanti ada je benda yang dia balas balik. Sakitnya hati dengar ayat dia tapi dia boleh buat bodoh je. Kalau kita buat dia macam tu tahu pula dia nak marah. Lepas nie tak payah marahlah sebab ayat kau pun sama je menyakitkan hati.

Pantang tersalah cakap nak ungkit sampai bertahun-tahun. Kalau dia yang salah cakap pandai pula dia diam, nak ungkit sikit pun tak boleh. Padahal bahasa yang dia gunakan itu sangat pelik dan tak logik. Mungkin suasana kita dibesarkan berbeza sebab tu bahasa dia sangat unik sikit.

Nota: Guna bahasa yang sopan kalau tak nak orang guna bahasa yang teruk dengan kamu. Guna bahasa yang mudah difahami walaupun kita berasal dari pelbagai keadaan dan tempat. Jaga hubungan persahabatan yang terbina antara kita dengan orang lain dan jagalah hatinya dengan tidak mengunakan ayat yang makan dalam. Semua orang ada perasaan, jagalah perasaan mereka dengan kata-kata kita dan dia juga akan berbuat begitu denganmu.

Monday, October 10, 2011

Setelah tesis pasal monyet gagal

Sebelum nie aku ada buat tesis mengenai monyet. Tapi, beberapa hari yang lepas...

Prof Dr : Maaf. Tesis kamu mengenai monyet itu tidak diluluskan. Kamu kena buat tesis baru.
Aku : What???
Prof Dr : Terimalah kenyataan seadanya...
Aku : Waaaaaaa............

Setelah beberapa hari mengurungkan diri didalam bilik air, akhirnya aku mendapat idea baru untuk tajuk tesis aku yang terbaru. Antara tajuk2 yang terpilih selepas mengira undian daripada penonton:-
1) Pandangan pelajar siswi terhadap masalah monyet di kolej kediaman. (nak ada kaitan dengan monyet sebab maklumat semua dah ada)
2) Pandangan pelajar siswi terhadap pekerja-pekerja lelaki yang sering masuk ke asrama untuk menyenggara bangunan. (nak minta pandangan pelajar nie)
3) Masalah-masalah yang dihadapi pelajar untuk hadir ke kelas setiap hari. (apalah masalah diaorang nie @ aku yang malas pergi kelas)
4) Sahabat baik, selamanya atau tikam belakang. (tajuk best nie)
5) Salah ke untuk berfashion untuk ke kelas. (wah...hangat topik nie)

Untuk memulakan membuat tesis yang baru, aku memerlukan semangat yang tinggi dan teguh seteguh pokok kelapa di tepi pantai. Aku juga perlu idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti. Jadi, untuk mendapatkan idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti ini, aku perlulah sumber2 yang boleh dipercayai. Aku akan kumpulkan semua maklumat mengenai tesis baru aku ini dan kemudian baru karang tesis. Ok, nak cari journal sekarang....
"apa yang dilihat tak semetinya sama dengan apa yang kita fikirkan..tanya.selidik kaji.baru buat kesimpulan.bukan andaian." <-- petikan daripada status seorang rakan fb


Aku nak sangat komen pada apa yang dia tulis kat dalam fb tapi... aku tau, kalau aku komen mesti ada yang tak puas hati pulak dengan aku. Jadi, aku komen dekat blog jelah... Aku malaslah nak timbulkan kemarahan orang...hehehe(baik tak aku...)

Yup, apa yang dilihat sangat tak sama dengan apa yang sebenarnya. Nampak baik, sopan pekertinya, lemah lembut tutur katanya dan ayu penampilannya tapi sebenarnya...hanya untuk tontonan semata-mata. Aku nie taklah jahat mana, selalu gak puji orang. Tapi, kadang-kadang pelik juga... bila aku puji orang tu semua kawan2 aku diam. Emm...pelik2...

Kawan aku ada yang siap angkat bahu sesama sendiri. Ada yang pandang pelik, macam aku nie salah cakap. Ada yang tiba-tiba buat malas nak layan. Ada juga yang tarik muka @ buat muka meluat. (aku tak nampak, tapi aku agak je hehehe...)

Tanya, selidik, kaji...baru buat kesimpulan. Bukan andaian.

Tanya member2 dia tak pun musuh2 dia...
Selidik perangai dia betul-betul bukan tipu-tipu...
Kaji sikap dia dengan sangat teliti...
Baru buat kesimpulan dengan betul sebetul betulnya...

Aku suka je buat andaian, sebab aku suka fikir positif. Seberapa buruk pun dia buat aku akan cuba fikir positif. Tapi sebab rakan fb aku dah tulis macam nie, jadi lepas nie kena tanya, selidik dan kaji dulu ar... Tak payah buat andaian baik terus buat kesimpulan je. Kalau kesimpulan tu salah??? (angkat bahu mata pandang ke atas dan jelir lidah...)

nota: Luahkan je apa yang terpendam jangan buat orang fikir negetif tentang kamu. Semua orang berhak nak cakap apa sahaja yang mereka rasa...jadi, tolong bagi tahu pada mereka semua perkara yang sebenarnya. Jangan simpan kemudian pendam dan lepas tu nangis sorang-sorang sebab orang lain tak faham apa yang kamu alami. Nak faham macam mana kalau perkara yang sebenarnya tidak diceritakan secara jelas. 

Jangan salahkan mereka yang berfikiran negetif tentang kamu sekiranya kamu sendiri tiada mahu membetulkan keadaan. Jangan salahkan mereka berkata buruk tentang dirimu sekiranya engkau sendiri tak mahu membetulkan keburukan engkau itu.

Sunday, October 9, 2011

Keluarga baru…





Alhamdulillah, kakak aku dah selamat melahirkan seorang baby yang sama cute macam dalam gambar (sebenarnya nielah gambar baby kakak aku tu). Wah, cute sama macam mak ngah cik ngah dia nie. Kalau ikutkan memang aku nak balik rumah je jumpa dengan baby nie, tapi esok ada hal pula nak kena buat. Hari senin kelas pagi pula tu… Baby, kita jumpa minggu depan ya. Tunggu cik ngah balik ya…

Tuesday, October 4, 2011

Carta Hati...


hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
hmm.. hoo.. lalala.. mmm..
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…
Lirik lagu carta hati yang dinyanyikan oleh Najwa Latif. Rasanya mejoriti orang kenal kut penyanyi lagu nie. Sampai mak aku pun boleh hafal dan suka dengan lagu Cinta Muka Buku yang turut dinyayikan penyanyi ini. Aku pun terikut-ikut suka gak lagu2 yang dinyanyikan penyanyi yang masih bersekolah menengah nie.

Sibuk : Kau minat lagu nie mesti ada sebab nie... baik cakap....
Aku : Mestilah, aku suka sebab lirik dia senang nak hafal...
Sibuk : Ya ke? Alah... mesti hidup kau ada kaitan dengan lagu niekan...
Aku : Kalau ya pun kenapa? Kacau je...
Sibuk : Patutlah sibuk duk hafal lagu nie... Lagu Cinta Muka Buku tu pun ada kaitan dengan kau kan???
Aku : Entah, mana aku tau. Asal kau sibuk sangat nie?
Sibuk : Biarlah, aku suka macam nie. Sentiasa sibuk menjaga urusan orang lain. Ada masalah ke?
Aku : Memang ada... Kau jangan sibuk urusan aku boleh tak.
Sibuk : Tengok keadaanlah...
Aku : Emmm....

Monday, October 3, 2011

Tesis : MONYET



Monyet merupakan seekor binatang yang suka bergayut. Kenapa bergayut? Ini bukan isu yang ingin kita bincangkan. Apa yang menjadi isunya sekarang ialah... Kenapa dan mengapa monyet2 ini menceroboh bilik2 siswi? 

Masalah yang menarik perhatian untuk dijadikan kajian:
1)     Kenapa monyet2 ini menceroboh masuk ke bilik2 asrama siswi.
2)     Apa yang menjadi daya tarikan monyet2 ini untuk datang ke asrama siswi.
     3)     Bagaimana untuk mengatasi @ menyelesaikan masalah monyet2 ini. 





Objektif kajian ini:
1)     Mengenal pasti tahap keselamatan penghuni2 di asrama siswi yang sering diganggu monyet.
2)     Mengkaji faktor2 yang menjadi daya tarikan bagi monyet ini untuk datang ke asrama siswi.

Skop kajian:
Secara logiknya, kajian ini dijalankan di kawasan asrama yang diganggu monyet itu tak kan nak kaji kawasan rumah setinggan pula. Semua bilik di bangunan asrama siswi yang diganggu monyet sebab senang kaji satu bangunan terus kan.

Kepentingan kajian:
Kepada siswi
Siswi dapat mengetahui sebab2 mengapa monyet ini menyerang asrama mereka.

Kepada orang awam
Orang awam dapat menjadikan kajian ini sebagai bahan bacaan yang berguna selain mendapat serba sedikit pengetahuan.

Kepada aku
Aku dapat menyelesaikan masalah ini yang mengganggu junior2 aku yang tinggal di asrama siswi.

Metodologi Kajian
Secara betul dan tidak tipu, kajian ini mengandungi beberapa langkah antaranya: 



Data2 Kaji Selidik 

Dapat dilihat didalam carta pai diatas, faktor2 yang menyebabkan monyet ini memilih asrama siswi sebagai tempat pelancongan/ kawasan riadah mereka kerana tong sampah yang berada berhampiran dengan asrama siswi ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat 3 lagi faktor2 lain yang menarik perhatian monyet2 ini untuk datang ke asrama siswi antaranya:

1)     Monyet ini mencari cinta.
2)     Mencari siswi yang pandai mekap/ melawa.
3)     Ingin berkawan.

Ketiga-tiga faktor ini dapat dikatakan betul dengan tersebarnya beberapa keping gambar di google image. Tak percaya, tengolah buktinya melalui gambar ini…

 
 

Cadangan

Dinasihatkan kepada siswi2 semua janganlah bercinta-cinta monyet kerana monyet2 ini sangat setia dengan cinta mereka. Selain itu, janganlah memakai mekap yang tebal2 yang boleh menarik perhatian monyet2 ini untuk belajar mekap daripada anda. Akhir sekali, jadikanlah monyet2 ini kawan anda. Berkongsilah bilik yang anda terpaksa bayar mahal dengan monyet ini sekiranya anda tidak mahu mengunci pintu dan tingkap sebab nak sangan pengudaraan yang baik.

Rumusan

Semua masalah ada penyelesaiannya cuma kita perlu berfikir secara rasional dan berhemah untuk menyelesaikan masalah itu. Jangan bertindak terlalu melulu tanpa memikirkan akibat dan risiko yang terpaksa dihadapi di kemudian hari.